Bab 30

125 1 0
                                    

             Alya membuka butiknya seperti biasa. Asalnya memang mahu ke pejabat Nazrin tapi Tihah cuti kerana tidak sihat manakala Sarah cuti kerana membawanya ke hospital untuk rawatan berkala. Jadi, memang Alya terpaksa bekerja sendiri.

            Nazhan membuka pintu butik Alya. Alya menoleh dan tersenyum seolah-olah sudah menanti kedatangan Nazhan.

             "Nazhan."

              "Lia. Saya bawa sesuatu untuk awak." kata Nazhan sambil tersenyum.

              Nazhan mengeluarkan sekotak cincin. Alya memandang cincin itu dan tersenyum. Lega. Segalanya akan berakhir. Pilihan hatinya sudah tetap.

              Alya mengambil cincin itu.

              "Thanks for everything."
    
             "You too."

              "Apa semua ni? Awak kata awak dah lupakan dia! Apa semua ni Han?" marah Yana yang tiba-tiba masuk.

             Alya tergamam. Nazhan turut terdiam. Tidak sangka pula Yana datang.

            "Kenapa semua diam? Yana tanya tu" Nazrin pula tiba-tiba muncul.

            "Bila kau orang datang? Kau orang datang sekali?"tanya Alya.

            "Eh, sudahlah jangan berdalih. Apa semua ni? Kau kemain lagi suruh aku pujuk Alya lepas tu kau pula yang lamar dia." Nazrin sudah hilang sabar.

            "Kau salah faham ni. Sayang, ni semua salah faham." kata Nazhan. Wajah ayu Yana di pandang.

           "Saya dah tahu dah mana akhirnya kita Han."

            Yana berlalu pergi. Nazhan mengejar Yana. Tinggal Alya dan Nazrin. Alya terdiam.

           "Lia, apa semua tu? Jangan nak cakap tu salah faham juga."

           "Memang salah faham pun Nazrin."

           "Eh, tolonglah bagi alasan lain. Kau dengan Nazhan memang rancang kan. Kau ajak aku dengan Yana untuk datang untuk raikan hari bahagia kau orang." marah Nazrin.

          "Tolong bagi saya peluang untuk jelaskan."

            Tangan Nazrin di angkat seolah-olah tanda mahu menyerah.

            "Kau dengan aku memang tak ada apa-apa dah. Jangan nak minta peluanh atau apa-apa sebab aku tak nak dengar." Nazrin terus keluar.

            Alya terdiam. Bukan ini yang seharusnya terjadi. Ini bukan dalam perancangan mereka. Ini memang salah faham yang mereka sendiri  tak sangka.Alya ingat lagi patut ini patut jadi ucapan selamat tinggal mereka.

              "Ada apa nak jumpa saya?" tanya Alya.

               Nazhan baru sahaja memesan minuman memndang Alya dan tersenyum.

              "Saya nak minta maaf atas segalanya.Saya salah sebab desak awak macam tu."

              "Tak mengapalah. Benda dah berlaku. Saya nak mulakan hidup baru dan saya pun ada jawapan untuk soalan awak selama ini"

              "Apa dia?"

               "Saya dah tak cintakan awak. Saya yakin dengan keputusan saya dan tak ad apa yang akan ubahnya. Saya harap awak dapat bahagia dengan isteri awak. Saya yakin dia untuk awak." Jawapan Alya sangat yakin.

            Nazhan tersenyum.

             "Glad to hear that.Barulah saya yakin. Selama ini saya tak yakin pun dengan awak. Saya pun nak cakap yang. Saya takkan kacau awak dan Nazrin. Itu janji saya."

              Nazhan mengangkat tangan kanannya seolah-olah berjanji. Alya tersenyum lega. Nazhan mencari-cari sesuatu dari poketnya.

            "Cari apa?"

             "Cincin."

              "Cincin?"

              "Awak lupa ya. Cincin yang ada kartun di atasnya itu. Cincin yang akan saya berikan pada awak seandainya saya ada orang lain dalam hati saya."

             Alya gelak. Nazhan masih simpan rupanya. Ingat sudah dibuang jauh-jauh kerana ketika itu katanya cincin akan dibuang kerana kononnya tiada yang lain selain Alya.

           "Tak perlulah."

            "Perlu. Saya nak pulangkan juga tapi tertinggal pula."

            "Okay. Macam nilah kalau dah jumpa datang saja ke butik saya."

            
               Yana menyumbat sahaja baju yang ada di dalam almari. Air matanya mengalir deras. Rupanya selama ini Nazhan buat baik itu hanyalah palsu semata. Benci!

              "Sayang, nak pergi mana ni? Tolong dengar apa saya nak cakap."

               Yana menepis tangan Nazhan yang cuba mengenggam tangannya. Nazhan terdiam sebentar. Tidak sangka Yana akan bertindak sebegitu.

                "Sayang."

                "Stop calling me sayang.Gelilah." kata Yana.

                Yana terus mengheret bagasinya. Dia menuju ke arah tangga. Tangannya ditarik Yana.

               "Lepaskanlah!"

              "Sayang, tolonglah."

              "Saya bukan lagi isteri awak."

              "Siapa kata? Talak pada tangan saya."

               Yana ditarik menghampiri Nazhan. Nazhan merenung mata Yana. Dia berharap hati Yana akan kembali sejuk. Dia tak mampu hidup tanpa Yana.

             "Lepaslah."

              Yana bergelut kasar. Nazhan sehabis mungkin cuba menarik Yana risau juga kalau Yana jatuh dari tangga. Namun, Yana tidak henti-henti bergerak untuk melepaskan dirinya. Pegangan erat Nazhan sehabis cuba untuk diregangkan.

                 "Yana!"

                  Yana jatuh. Nazhan tergamam. Yana terbaring lemah di atas lantai. Darah mengalir dari celah kelangkang Yana. Nazhan semakin panik.

                  "Ya Allah! Nazhan kenapa ni? Cepat-cepat bawa Yana pergi hospital." Datin Sharifah Zarina sudah menjerit apabila menantunya sudah terbaring lemah dan berlumuran darah.

                  Nazhan yang pada mulanya kaku terus mengangkat Yana untuk di bawa ke dalam kereta. Datin Sharifah Zarina terus mengikuti anaknya itu. Panggilan telefon dibuat untuk menghubungi suaminya.

              

             

          

   

Pilihan Hati Where stories live. Discover now