Esoknya, Alya datang awal ke butik. Sangkanya dia lah yang akan datang awal rupanya Sarah lagi awal darinya.
"Awalnya datang. Bagus, pekerja macam ni lah yang kita perlukan." balas Alya sambil tersenyum.
Sarah hanya tersenyum malu.Tiba-tiba, Tihah datang dengan riuhnya.
"Assalamualaikum! I'm back!" kata Tihah dengan gembira.
"Waalaikumussalam. Amboi, orang baru balik berbulan madu bahagia betul. Cuba tunjuk sikap yang elok sikit pada pekerja baru."
"Eh, ada pekerja baru rupanya. Hai, saya Fatihah panggil Tihah saja. Tapi, nampak macam lagi muda panggil kak Tihah lah." kata Tihah sambil tersengih.
"Saya Sarah. Umur saya baru 18."
"18? Kenapa tak sambung belajar?" tanya Tihah. Alya turut terkejut. Yalah, semalam dia main ambil saja tak sangka pula Sarah baru 18."Saya belum cukup duit. Mak saya sakit. Jadi, saya kena kumpul duit dahulu baru boleh sambung belajar." balas Sarah.
"Ouh..kalau macam itu, nanti akak bagi bonus pada awak. Boleh beli ubat atau simpan untuk belajar." kata Alya.
"Eh, tak apa. Saya kena lah kerja kalau dapat duit macam itu saja mana boleh."
"Kalau macam itu, Sarah kena tunjukkan prestasi yang baik. Biar kak Tihah yang turunkan ilmu tu." Kata Tihah sambil tersenyum lebar.
Alya mengeleng kepala. Ada saja Tihah tu. Dia lah penghibur mereka di butik. Tanpanya, senyap saja butik itu.
"Lia,aku lupa sesuatu." kata Tihah sambil menyeluk sesuatu dari beg kertas yang dibawanya.
"Nah, untuk bos kesayanganku." Tihah menghulurkan sekotak coklat yang dibelinya dari Langkawi.
"Ingatkan tak ada tadi. Baru nak perli pergi bulan madu di Langkawi dah lupa kawan." kata Alya.
"Kau, memang suka kan perli aku. Aku ni dah lah pekerja terbaik. Jangan lupa okay." balas Tihah selamba.
Pintu butik dibuka. Alya sangkakan itu pelanggan mereka rupanya bukan. Nazhan yang datang rupanya. Aduh, masalah apa lagi yang nak datang ni.
"Nazrin, lama tak jumpa." tegur Tihah.
Nazhan memandang Tihah. Tihah masih tersenyum ke arah Nazhan tanpa menyedari yang di hadapannya bukan Nazrin tapi Nazhan.
"Saya Nazhan. Kenapa ya semua kenal Nazrin?" tanya Nazhan.
"Eh, maaf. Saya ingatkan encik ni Nazrin." balas Tihah.
"Apa awak nak?" tanya Alya.
"Saya nak jawapan pada soalan saya."
"Again? Seriously?"
"Yup. Tapi, sebelum itu nah."
Nazhan menghulurkan sejambak bunga untuk Alya. Alya memandang tajam ke arah Nazhan.
"Saya nak jawapan yang mudah untuk soalan mudah saya." kata Nazhan.
Tihah dan Sarah memerhati saja gerak-geri mereka. Macam mereka sedang menonton drama melayu saja. Penuh dramatik.
"Saya tak boleh bagi sekarang." balas Alya ringkas.
"Kenapa Lia? Sebab apa susah sangat awak nak luahkan perkara sebenarnya?" tanya Nazhan.
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...