Bab 25

104 1 0
                                    

              Alya termenung di depan rumahnya. Kadang-kadang dia terfikir, mungkin memang salahnya. Semua yang terjadi salah dirinya yang terlampau ragu dengan cintanya terhadap Nazrin.

           "Sempat lagi kalau nak baiki semuanya." kata Puan Hanim yang tiba-tiba duduk di atas pangkin sebelah Alya.

           "Entahlah. Dah berapa kali kami ni asyik on off .Angah tak rasa dia masih menunggu." Mata Alya mula berkaca.

           "Mak pula tak rasa yang dia akan menyerah. Dia tunggu kamu lama angah."

          Alya diam. Tak tahu apa nak dicakapkan lagi. Dia yakin Nazrin sudah menyerah. Buat apa Nazrin mahu tunggu lagi kalau Alya sudah katakan tidak. Mungkin memang tiada jodoh.

              Nazrin baru pulang dari pejabat. Penat rasanya. Bukan penat kerana kerja yang banyak tapi penat memikirkan Alya. Sampaikan satu masa terdetik di hatinya untuk menyerah.

           "Naz, abah nak tanya kamu ni."

            Langkah Nazrin terhenti saat disapa Dato Syed Zahari.

            "Ada apa abah?"

             "Tentang majlis merisik apa cerita? Kamu tak ada buat persiapan pun. Ummi ada beli cincin sebab kamu lambat sangat bertindak."

           "Hmm...abah, tentang itu. Naz pun ada sesuatu nak cakap."

           Nazrin mengambil posisi yang bertentangan dengan abahnya. Telefon yang dipegang Dato Syed Zahari diletak di atas meja kopi.

          "Sebenarnya, Naz dah tak ada apa-apa hubungan dengan Alya. Jadi,semua majlis tu tak jadi. Naz minta maaf kalau ummi dah beli macam-macam. Naz akan bayar balik semua tu."

          "Kenapa boleh jadi macam tu?"

          "Mungkin tiada jodoh abah. Naz minta maaf sebab dah susahkan abah dengan ummi."

           Nazrin terus bangun dan naik ke biliknya.Dia tidak mahu abahnya itu bertanya macam-macam. Cukuplah sekadar tahu status sebenar perhubungan mereka.

          Tanpa mereka sedari,Yana mendengar setiap butir bicara dari Nazrin dan ayah mertuanya.

         Jantung Yana berdebar. Kalau hubungan Nazrin dan Alya sudah putus, maksudnya Alya sudah kembali pada Nazhan. Patutlah baik benar layanan Nazhan padanya. Rupanya ada udang di sebalik batu. Itu yang bermain di fikiran Yana.

             "Abang, cantik betullah cincin ni. Mesti Alya suka kan." Sebentuk cincin dipegang Datin Sharifah Zarina.

           "Awak sajalah yang pakai Ina. Anak awak tu tak jadi kahwin pula."

            Datin Sharifah terus duduk di sebelah suaminya itu untuk mengore cerita sebenar.

           "Abang ni main-main atau betul-betul? Saya beli mahal ni."

           "Saya cakap benda betul. Kalau tak percaya tanya Naz tu."

           "Hmm...Saya baru berkenan dengan Alya tu. Saya rasa kan abang masalah Nazhan dan Nazrin saling berkait."

          "Apa awak cakap ni? Awak nak cakap yang Nazhan tu rampas Alya dari Nazrin? Dia kan dah beristeri buat apa nak ambil hak orang pula."

        "Manalah tahu. Saya tengok Han dengan Yana tu pun macam sedang dilanda masalah."

         "Banyak tengok drama awak ni. Sudahlah urusan rumah tangga Han biar dia uruskan biar dia matang sikit. Umur pun dah 30-an."

         Dato Syed tergelak mendengar kata-kata isterinya. Datin Sharifah Zarina tidak berpuas hati dan terus keluar dari bilik untuk mencari Nazrin.

      

     
       Tok...tok..tok...

      "Boleh ummi masuk?" tanya Datin Sharifah Zarina.

       Nazrin dapat rasakan sesuatu. Mesti umminya itu sudah tahu hal sebenar. Mungkin juga umminya itu mahu meminta ganti rugi atas cincin yang dibelinya. Nazrin hanya mengangguk.

            "Naz, sihat? Ummi perasan Naz dah dua hari tak turun makan malam bersama."

           "Naz sihat." balas Nazrin sepatah.

            Datin Sharifah Zarina melabuhkan punggungnya di atas katil Nazrin.

          "Ummi dah tahu tentang Naz dengan Alya. Kalau boleh Naz cerita pada ummi apa yang berlaku."

          "Tak ada jodoh ummi. Naz pun tak boleh nak kata apa. Duit ummi beli cincin tu Naz bayar esok ya."

          "Eh, tak apa. Ummi halalkan. Ummi simpan cincin tu bakal isteri Naz. Walau siapa pun dia ummi terima saja nanti. Walaupun, Alya ummi terima kembali."

          "Mungkin." Nazrin masih tidak menunjukkan minat untuk bercerita.

           "Okaylah. Ummi keluar dulu. Nak pergi dapur." Datin Sharifah Zarina mengalah.

Pilihan Hati Where stories live. Discover now