Bab 35

120 2 0
                                    

               "Yana, awak marah lagi?" tanya Nazhan.

              "Saya nak tidur. Penat."

               Selimut ditarik hingga ke paras dadanya. Yana yang sudah membuka tudungnya itu baring dan menutup matanya. Nazhan mengusap kepala Yana.Yana biarkan saja. Dia suka.



              "Mama memang tak akan masuk campur lagi. Biar Yana yang buat keputusan." kata Datin Sharifah Salina saat Nazhan masuk ke dapur.

             "Kalau Han nak duduk sini dua tiga hari mama benarkan?"

             "Kamu masih menantu mama." Jawab Datin Sharifah Salina sambil menghidangkan segelas air pada Nazhan.

              "Abang Yazid mana? Bukan katanya anak dan isteri dia pun ada disini?"

              "Semalam ada. Pagi tadi,isteri dia dah keluar dah dengan anak-anak sebab nak pergi majlis kahwin kawan dia. Yazid baru saja keluar untuk join mereka."

             Nazhan hanya mengangguk.



           "Macam mana kalau Yana masih nak minta cerai?"

            "Mungkin dah tak ada jodoh."

           "Semudah itu saja awak cakap?"

           "Saya bukan tuhan nak ramal apa akan jadi. Biar Allah yang tentukan dia tahu segalanya."

            Alya terdiam.Benar juga kata Nazrin. Siapa dia untuk menidakkan takdir yang telah diatur oleh-Nya.

            "Jangan risau,setahu saya Yana lembut orangnya. Dia akan maafkan Nazhan." Nazrin tersenyum sebelum kembali fokus dengan pemanduannya.

            Alya turut tersenyum. Entah kenapa senyuman Nazrin sangat menenangkan hatinya. Dia makin percaya Nazrin adalah untuknya.

           "Nak kemana ni?" tanya Alya saat melihat Nazrin memandu ke arah bertentangan dari rumahnya.

           "Makan jom."

            Alya hanya tersenyum. Mereka tiba di sebuah kafe. Alya hanya ikut sahaja langkah Nazrin. Tidak pernah pula dia ke sini. Selalunya, Nazrin akan bawa dia kedai mamak ataupun kafe di hadapan butiknya itu.

              "Tak pernah kita datang sini."

               "Sepupu saya punya kafe ni. Sebaya saja dengan butik awak."

              "Maksudnya?"

              "Kafe ni baru 4 tahun beroperasi. Ramai orang bagi feedback yang positif. Jadi, saya nak bagi awak rasa makanan disini."

               Mereka memesan dua set nasi kukus. Nazrin kelihatan seseorang mencari seseorang. Mungkin mencari sepupunya. Kemudian, Nazrin melambai-lambaikan tangannya.

             "Lia, ni Adlina. Perempuan yang pernah jawab panggilan awak dulu."

            Alya tersenyum ke arah Adlina. Cantik orangnya. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Memang patut pun dia cemburu ketika itu.

          "So,this is your future wife? Lawa." Adlina tersenyum.

          "Yup. Macam mana dengan franchise di Terengganu tu? Diteruskan atau tidak?" tanya Nazrin. Alya hanya diam tidak tahu untuk berkata apa.

          "Masih diteruskan. Akmal tolong juga sikit-sikit. Jadi, agak mudahlah urusan saya."

          "Akmal? Wow....ada apa-apa ke?"

          Pipi Adlina merah. Malu pula ditegur begitu oleh Nazrin.

          "Hm..Okaylah apa kata kau orang enjoy your food. Kalau ada yang kurang atau apa-apa just tell me." Adlina terus meminta diri sejurus makanan sampai.

           Nazrin ketawa. Nampaknya misi jodohkan Adlina berjaya.

            "Apa yang seronok sangat tu?" tanya Alya.

           "Seronoklah misi berjaya."

           "Misi?"

            Nazrin hanya mengeyitkan matanya. Alya hanya menggelengkan kepalanya. Adalah tu idea Nazrin yang tidak di ketahuinya.

Pilihan Hati Where stories live. Discover now