Bab 2

121 4 0
                                    

       "Siapa perempuan tadi?" kata Yana.

       Nazhan memandang Yana sekilas. Dia diam dan terus menatap telefonnya. Yana jadi geram dan terus merampas telefon Nazhan.

       "Apa? Ada saja yang tak puas hati. Tak faham betul saya dengan awak ni." Suara Nazhan ditahan agar tidak memarahi Yana memandangkan mereka berada di dalam kereta sewa untuk ke rumah ibu bapa Nazhan.

        "Siapa perempuan itu?"

         "Perempuan mana? Pemandu tu kan lelaki. Memanglah rambut dia panjang tapi dia lelaki." balas Nazhan selamba. Pemandu kereta sewa itu pula tidak senang duduk apabila gaya rambutnya dikritik penumpang sendiri.

        "Bukan dia. Perempuan dekat airport tu. Saya nampak awak ada bercakap dengan perempuan tadi." balas Yana.

        "Awak lama sangat pergi tandas. Saya usha lah perempuan lain." geram pula Yana mendengarnya.

         "What did you say?"

          "Nothing. Sudahlah. Saya nak sambung game tadi." Nazhan kembali merampas telefon bimbitnya.

           "And one more thing, jangan buat drama macam ni di rumah ummi dengan abah. I don't like it." kata Nazhan membuatkan Yana diam. Salahkah dia bertanya?

          "Saya nak balik rumah mama." kata Yana secara tiba-tiba.

           "Baliklah. Siapa halang?" Nazhan membalas dengan selamba.

            "Awak tak nak ikut? Dia kan mama awak juga." balas Yana. Walaupun dia tahu Nazhan seolah-olah tidak suka akan ibunya. Dia tetap mahu Nazhan ikut.

            "Tidak. Saya akan masuk kerja di pejabat abah secepat mungkin. Awaklah pergi. Ajak ummi sekali." Balas Nazhan endah tak endah. Yana mengeluh.

         
         




          "Mak duduklah dulu. Angah tolong letakkan beg mak dalam bilik." kata Alya sesampainya dia dirumah.

           "Kamu duduk sini dulu. Mak nak cakap dengan kamu sikit."
 
          Alya menelan air liur. Aduh...apa pula kali ini yang ingin ibunya perkatakan. Alya akur dan duduk disebelah Puan Hanim.

          "Mak nak cakap ni. Kamu kalau boleh cepat-cepatlah bernikah."

         Air muka Alya terus berubah. Setiap kali berjumpa dengan ibunya pasti itulah topik hangat yang diperkatakan oleh ibunya.

         "Mak bukan apa, kamu tu dah masuk 30-an dah. Mak risau kamu belum kahwin-kahwin."

          "Mak, angah kan dah cakap. Angah nak fokus untuk butik angah yang tengah nak baru nak naik. Zaman sekarang ni mak ramai je yang kahwin lambat sebenarnya. Mak bagi angah masa."
  
         Belum sempat Puan Hanim menghabiskan kata-katanya, Alya sudah menyampuk. Air muka Puan Hanim terus berubah.

      "Masa apa lagi kamu nak? Kamu seorang je anak perempuan mak. Mak nak kamu kahwin nanti mak uruskan semua. Kalau kamu minta masa lagi mak pun tak tahu entah mak sempat atau tak tengok kamu berkahwin."

        Alya menekup wajahnya. Bila sentuh bab-bab ajal ini memang lemah betul. Alya cuba merangka ayat untuk dijadikan alasan kepada ibunya.

        "Mak nak kamu kahwin juga tahun ini. Tolong jangan hampakan permintaan mak yang satu ni nak ya."

Pilihan Hati Where stories live. Discover now