Yana sudah bersiap-siap untuk balik ke rumah ibunya. Sangkanya Nazhan tidak akan datang tapi sebelum abang dan ibunya datang lagi Nazhan sudah datang. Kasihan juga melihat Nazhan yang bersungguh memujuknya. Tapi, sakit hatinya itu tidak dapat tertanggung lagi.
"Yana,jom. Abang dan mama tunggu di kaunter." Nazhan membawa kerusi roda untuk Yana.
Yana diam sahaja. Malas untuk berkata apa. Walaupun, dia agak terharu.
Kereta Nazhan mengikuti mereka dari belakang. Yana masih diam sepanjang dalam kereta. Dia tiada mood untuk bercakap seperti selalu.
"Yana dah buat keputusan?" Tanya Datin Sharifah Salina.
"Kawan abang peguam.Dia boleh bantu Yana permudahkan urusan ni." tambah Yazid pula.
"Nantilah, Yana masih tak boleh buat keputusan."
Keluarga seolah-olah mendesak agar Yana meninggalkan Nazhan. Bukan dia tak nak cuma kadang-kadang rasa sayang pada suaminya itu masih ada. Dia pun pelik. Macam-macam Nazhan buat tapi masih sayang? Gila agaknya dia ni.
Sampai di rumah, Alya melihat ada kereta lain. Kereta itu milik Nazrin. Alya juga ada bersama. Apa mereka mahu?
"Dah kenapa bawa ahli keluarga yang lain ni?" Tanya Datin Sharifah Salina.
Yana masih diam. Dia juga bingung sebenarnya. Apa yang Nazhan mahu lakukan pun dia tak tahu. Yang penting sekarang dia mahu rehat dari Nazhan.
"Aunty,kami nak bincang sedikit dengan aunty sekeluarga sebab ada salah faham yang terjadi." kata Nazrin dengan sopan.
"Masuklah kalau macam tu. Takkan nak bincang tengah panas-panas ni."
Alya dan Nazrin mengikuti langkah Datin Sharifah Salina. Nazhan juga turut masuk ke dalam.
"Maaflah tiada hidangan apa-apa kerana kalian datang tiba-tiba." Malu pula Datin Sharifah Salina apabila tidak dapat menghidangkan apa-apa untuk tetamu.
"Tak apa. Kami datang cuma nak jernihkan keadaan antara Yana dan Nazhan sahaja." jawab Nazrin lagi. Alya hanya diam takut untuk bersuara.
"Ada apa ni Naz? Penting sangat ke semua ni?" tanya Yana.
"Penting. Sekejap saja sayang. Saya tau awak penat tapi saya janji ni tak lama." belum sempat Nazrin membuka mulut Nazhan sudah bersuara.
"Sebenarnya bukan saya yang akan ceritakan semuanya tapi Alya. Alya yang akan ceritakan segalanya pada aunty,Yazid dan Yana."
Nazrin memandang Alya.Dia tahu Alya gementar. Tapi, dia harus lakukannya agar rumah tangga Nazhan dapat diselamatkan. Dia tidak mahu menjadi pemusnah rumah tangga orang.
Alya mula menceritakan hal yang pernah diceritakan pada abah dan ummi Nazrin. Setiap butir bicara diatur agar tiada salah faham lagi.
"Jadi kamu punca semua ni?"Tanya Datin Sharifah Salina.
"Ya,saya mengaku semua salah saya. Saya datang untuk meminta maaf dan menceritakan hal yang sebenar." jawab Alya lembut.
"Dah habis kan? Yana naik dulu." Yana terus meninggalkan mereka di ruang tamu.
Nazhan bangun untuk mendapatkan Yana. Dia keliru dengan tindakan Yana.Adakah Yana masih marah?
"Aunty,kami balik dulu sebab Alya nak balik kampung lusa keluarga saya ada hantar rombongan."Nazrin meminta diri.
"Tahniah untuk kamu berdua." ucap Datin Sharifah Salina sambil menemani mereka hingga ke muka pintu.
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...