❮ ✾ Kampung Girl ; 01 ✾ ❯

1.3K 87 62
                                    

Note for readers : "Bold" ( bercakap dalam hangul )

Seoul, Korea. Bandar yang besar dan juga maju. Mempunyai banyak kemudahan yang disediakan. Sesiapa je akan mempunyai satu perasaan ingin pergi ke sana. Mana taknya, banyak keindahan alam yang kita belum pernah jumpa lagi disana.

"Jimin-ah? Nanti papa dengan mama oversea. Papa kena settle kan masalah sikit dekat Canada. Jadi sepanjang papa tak ada, papa akan hantar Jimin dekat rumah atok. Arraseo?" Ujar Tuan Park sambil baca surat khabar kepada satu satunya anak bujangnya itu.

Kebetulan pula Jimin baru saja balik dari universiti-nya. Baru juga selesai final exam dia harini. Jadi sekarang ni dia freedom. Hanya tunggu untuk graduasi saja.

Jimin terus toleh ke arah Tuan Park. "Mwo? Rumah atok? Aniyo. Jimin tak nak." Balas Jimin selamba. Lantas dia menyilangkan tangannya ke dada sambil memandang Tuan Park.

"Papa dah bagitahu dekat atok. Nanti papa balik dari Canada terus pergi rumah atok." Tegas Tuan Park, lalu mata Tuan Park terus sambung membaca surat khabar.

Jimin mengeluh nafas berat. "Aigo Jimin nak duduk sini je. Tak nak lah balik rumah atok." Balas Jimin yang sememangnya tidak mahu ikut kehendak Tuan Park.

"Tak boleh! Kalau Jimin duduk sini nanti macam macam jadi. Papa tak percayakan kamu kalau kamu duduk sendiri. Jangan nak membantah. Faham?" Tegas Tuan Park lagi. Nada Tuan Park juga sedikit tinggi.

"Haih berapa lama papa pergi?" Soal Jimin yang sepertinya akan akur dengan arahan Tuan Park. Risau juga dia kalau melawan lebih lebih kena tempeleng dengan papanya itu.

"Lebih kurang 2 minggu macam tu. Kalau kerja siap cepat, cepatlah papa balik." Jawab Tuan Park.

Jimin mengeluh perlahan. Dia sememangnya tak suka balik rumah atok dia kat Malaysia. Kali terakhir dia balik masa umur dia 12 tahun. Sekarang ni umur dia dah 25 tahun. Kena balik sana semula. Silap silap rupa atoknya pun dia tak kenal.

"Sekurangnya boleh jagakan atok sekali." Puan Park pula nyampuk.

"Bukan setakat jaga je, boleh belajar pasal agama sekali dengan atok. Baru jadi orang sikit, kalau tak kerja nak enjoy je dengan kawan kawan." Potong Tuan Park setegas tegasnya.

"Haih rosak program aku." Keluh hati Jimin. Lantas dia menaiki tangga untuk ke biliknya.

Baru dia ingat nak travel dengan kawan kawannya yang lain. Terpaksalah dibatalkan. Kalau dia tak ikutkan kehendak Tuan Park, memang kena potonglah duit belanja dia lepas ini.

Jimin seorang lelaki yang suka bersosial dan kebandaran sangat. Dimewahkan dengan harta. Daripada kecil, dia diajarkan tentang islam kerana Puan Park seorang wanita islam manakala Tuan Park seorang lelaki mualaf setelah berkahwin dengan Puan Park.

Tapi disebabkan kelalaian dan kedegilan Jimin, dia telah jauh daripada agama. Terpengaruh dengan rakan sebayanya serta penyebabnya adalah dia begitu rapat dengan keluarga Tuan Park yang bukan islam.

Indah bukan keluarga kecil ini? Puan Park atau nama sebenarnya adalah Khadijah berkahwin dengan lelaki daripada korea yang bukan islam iaitu Tuan Park atau nama sebenarnya Park Jiyoung.

Bukan mudah Puan Park untuk mendidik Tuan Park mengenali Islam. Bila Tuan Park dapat mengenali apa itu Islam, baru dia tahu betapa indahnya Islam.

Kampung Girl [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now