Dag petang, memang tetamu undangan dah semakin berkurang. Tinggallah sedara sedara je yang ada. Malam pulak ada joget lambak untuk hilangkan penat lelah semua. Aku harap harini jadi hari yang paling menggembirakan untuk family besar aku.
Aku dengan Jimin duduk dalam bilik untuk salin pakaian semua sekali.
"Jimin. Esok pagi kita pergi pusara umi dengan walid boleh?" Soal aku.
"Ha?" Jimin tak paham.
"Esok bawak aku pergi kubur mak bapak aku." Jelas aku.
"Untuk apa?" Soal Jimin.
Eh mamat ni banyak tanya pulak!
"Aku nak ziarah umi dengan walid aku. Nak bagitahu yang aku dah kahwin dah." Aku tersenyum nipis. Aku rasa nak menangis je. Tapi aku tahan. Aku tak nak nampak yang aku ni lemah walaupun aku sememangnya tak kuat.
Jimin pandang aku sambil tersenyum nipis juga. Lembut tangannya mengusap kepala aku.
"Ya. Esok aku bawakkan ye." Jawab dia lembut.
Aku tersenyum manis ke arahnya.
Dia ni softspoken juga. Walaupun kurang ajar, biadab, tak ada adab dulu dengan aku.
Malam tu apa lagi joget lambak lah bossku. Aku memang tak join. Tapi yang join si Jimin ni. Ada kawan kawan dia, bukan main lagi hyper aktif ya kau!
Lagu goyang dumang dimainkan oleh sebuah kugiran kampung aku ni. Memang atok tempah dah semua sekali.
Bukan main gelek lagi si Jimin ni. Jangan dia gelek dengan perempuan lain dahlah. Memang kena hempuk kepala dia kat pokok ceri atok tu. Cari nahas lah macam tu.
Sampai pukul 1 pagi joget lambak tu. Aku dah masuk dalam bilik lepas kemas semua sekali. Penat weh. Serius penat jadi raja sehari ni. Nak kena layan tetamu. Bergambar lagi. Mulut aku ni penat dah.
Aku memang dah siap baring baring. Tinggal pejam mata je mesti terus tidur dah ni. Tapi spoil bila Jimin masuk bilik pulak. Aduh dengan berpeluh peluhnya.
Jimin bukak baju dia depan aku. Aku memang buat buat tak nampak. Sebab aku fobia nanti dia gatal lagi. Serik beb.
Aku cuba lah curi curi pandang dia. Haih suami aku ni ada abs lah hm ~♡
Jimin laju je pandang aku balik. Aku apa lagi cepat cepat alihkan pandang. Naya je kalau kantoi.
"Dah nak tidur dah ke?" Soal Jimin mengejut. Aku tetiba tersentak sebab terkejut.
"Ha ye ye ye." Jawabku gagap. Apa ni Sufi Najwa. Rilek jelah ek. Jangan gelabah. Dia tak buat apa apa pun kat kau beb.
"Kau ni kenapa? Ingat aku nak buat benda bukan bukan ke kat kau?" Ujar Jimin lagi.
Aku diam seribu bahasa. Bebal lah kau ni Sufi hmm kan dah malu sendiri.
"Tak payah lah tidur dulu. Jom borak borak dengan kawan aku dari Korea tu. Diorang nak kenal dengan isteri aku yang gemok gedempol ni." Usik Jimin.
Aku jeling dia.
"Aku ngantuk lah. Nak tidur." Jawab aku, aku memang malas nak layan si Jimin ni.
"Halah sekejap je. Kang nanti dia cakap orang Malaysia ni sombong baru tahu. Semua punca dari kau." Ujar Jimin. Memang seboleh boleh nak aku layan kawan Korea dia tu. Kang nanti kawan dia terfall in love dengan aku baru tahu. Dah lah aku ni lawa. Kawan kawan dia tu semua handsome handsome. Tak takut ke haa Ahmad Jimin Aryan Park?!
Dah puas Jimin membebel. Terus dia keluar dari bilik and lepak dengan kawan kawan dia tu. Aku pikir 2 3 kali beb nak keluar. Hm malasnya nak hadap kawan kawan dia yang handsome tu.
"Sayang?" Jimin panggil aku dari depan pintu bilik. Aku terdiam and agak cair. taik betul.
"Kawan kawan abang nak jumpa sayang ni. Nak kenal kenal dengan pengantin baru." Ujar Jimin lagi.
Ya Allah macam mana lah nak kenal kenal kalau aku sendiri pun tak paham bahasa Korea. Kawan kawan dia tu bukannya paham bahasa melayu pun. Mampus aku.
"Cepatlah sayang. Keluar tau." Pujuk Jimin lagi.
Aku cepat cepat bukak pintu sebelum dia panggil aku sayang lagi.
"Ish kau ni tak malu ke atok makcik pakcik semua dengar?" Bebel aku kat Jimin. Geram aku. Malu pulak tu aku ni haihh.
"Hi Sufi-sshi. Annyeonghaseyo. Jung Hoseok imnida." Sorang dari kawan Jimin memperkenalkan diri dia. Aku terdiam. Dia cakap apa tho? Dia ni anak hamida ke? Weh aku tak paham.
"Hoseok-ah. Wife aku tak pandai hangul." Ujar Jimin.
"Oh mian mian. Aku lupa."
Aku masih tak paham lagi.
"Dia kenalkan diri dia. Nama dia Jung Hoseok." Jelas Jimin kat Sufi yang dah buat muka mintak kaki sebab tak paham.
"Oh cakap lah. Sokay i can speak english little little." Balas Sufi sambil tersengih.
Rancak jugalah kami borak. Kalau aku tak paham, Jimin terangkan kat aku. Tapi ada sorang kawan dia ni usya aku baik je. Nama dia Jungkook. Aku rasa tu nama dia. Handsome beb. Gigi dia bunny bunny gitu. Setiap kali aku pandang dia. Dia senyum. Aduh gugur iman ku. Suka aku lah tu ehek.
HAHAHAAH jangan. Sekarang aku dah sah jadi hak milik Ahmad Jimin Aryan Park a.k.a Park Jimin ni.
Jam dah pukul 2 pagi, selesai lah sesi borak memborak ye. Now time to sleep. Aku dengan Jimin masuklah dalam bilik. Muka Jimin berubah tau.
"Kau kenapa?" Soal aku. Pelik beb.
Jimin diam dan terus menghempas badannya kat atas katil.
"Kau ni dah kenapa?!" Soal aku lagi. Nada aku tinggi sikit. Geram.
"Kau kena sedar diri yang kau tu dah jadi bini orang." Jawab Jimin.
"Aik? Aku buat apa?" Soal aku lagi. Sebab tiba tiba je.
"Kau ingat aku suka ke kau gurau gurau dengan kawan aku macam tu? Padahal suami kat sebelah je." Kes cemburu terlampau lah mamat korea ni.
"Dahtu kau nak aku jadi tunggul ke duduk kat situ. aku layan diorang sebagai tetamu. Kang nanti tak pasal pasal diorang mengata orang Malaysia ni sombong." Perli aku. Dah dia juga suruh aku borak borak dengan kawan kawan dia. Sekarang ni? Nak marah aku pula?! Banyak handsome muka kau!
Jimin membelakangi aku. Merajuk la tu kononnya. Aku tutup lampu dan terus baring. Tidur lagi bagus.
Dalam pukul 5 pagi macam tu, aku tersedar. Sedar sedar je tangan Jimin kat perut aku and muka dia kat leher aku.
Ya Allah dugaan apakah ini? Dengan bernafasnya dekat leher aku. Aku terkaku, tak mampu nak gerak.
Ya Allah, selamatkan lah aku.
Aku usap lembut lengan jimin.
"Aku tak sangka aku boleh tersayang dekat kau." Getus aku didalam hati.
- BERSAMBUNG +++
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Losowe[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...