Selesai makan malam, Sufi kemas dapur. Sufi basuh kuali, pinggan dan alatan yang digunakan untuk memasak tadi.
Haih mamat korea ni dah sampai ke belum ek?
Sufi bergegas mengambil telefonnya di atas meja makan. Malah, tiada whatsapp mahupun panggilan dari Jimin langsung. Sufi mengeluh perlahan lalu diletaknya semula telefon atas meja.
Tiba tiba telefonnya berbunyi.
HAIYAIYAI WAK JALI MAKAN PETAI ~
Ish bahalol mana yang letak ringtone call aku macam ni?
Tertera pada skrin telefon Sufi.
JIMIN ARYAN ♡ calling...
Eh dia dah call aku. Sejak bila aku letak nama contact dia ada love love bagai ni? Sah mamat korea ni punya kerja.
Cepat cepat Sufi jawab panggilan dari Jimin tu. Eleh rindulah tu.
"Assalamualaikum sayang hehe."
"Waalaikumussalam. Apa sayang sayang?"
"Halah kau ni. Nak sweet sweet sikit tak boleh!"
"Ha ada apa call ni?"
"Cuma nak bagitahu je aku dah sampai."
"Alhamdulillah selamat sampai. Kirimsalam kat mama dengan papa ya?"
"Taknak kirim kat aku juga ke?"
"Dengan kau buat apa?!"
"Mana tahu nak kirim sayang, cinta dan rindu kau untuk aku ke kan."
"Err tak kuasa. Dah lah. Aku nak kemas dapur. Selamat malam Ahmad Jimin Aryan Park." Ujar Sufi di dalam panggilan itu.
"Yelah yelah. Selamat malam juga Sufi Najwa, my future wife." Balas Jimin.
Lalu panggilan pun tamat. Sufi tersenyum sendiri.
Haih perasaan apa ni? Ish keliru lah aku. Please Sufi Najwa behave okay. Jangan pernah letak harapan pada dia.
***
Dah 2 hari tanpa Jimin kat sini. Aku rasa bosan, rasa sendu, rasa sunyi. Selalunya dia je yang riuhkan rumah. Lagi 3 minggu dia balik Malaysia semula sebab majlis nikah kitaorang bulan depan. Aku tak tahu lah kenapa aku tak sabar nak jumpa dia ni. Aku pandang je telefon aku untuk tunggu panggilan dari dia. Tapi tak ada. Haih apa lah mamat tu buat kat sana?
***
[ SEOUL, KOREA ]
"Tuan Muda Jimin? Ada orang datang. Dia cakap nak jumpa tuan muda." Kejut Kim Ahjumma, orang gaji rumah Jimin. Jimin yang sedang tidur lena itu pun tersedar.
"Nugu?" Soal Jimin yang masih mamai.
Baru Kim Ahjumma tu nak jawab, tiba tiba..
"Annyeonghaseyo Jimin." Seorang wanita terjah masuk ke dalam bilik Jimin, membuatkan Jimin terus bangun dari perbaringannya.
"Choa? Kau buat apa kat sini?" Jimin dah mula rasa nak ngamuk dan tak selesa.
"Sebab nak jumpa you lah baby." Jawab Choa sambil datang menghampiri Jimin.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
De Todo[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...