esok pagi aku kemas kemas barang. sebab tengahari dah gerak balik siol. okay gurau, seoul.
aku pandang katil bilik tu. dah tukar baru. semalam keluar dengan jimin beli barang bbq. cari sekali cadar katil baru. ada lah sebabnya (◕દ◕)
tak sangka bilik ni jadi saksi antara aku dengan jimin berasmaradana, dibawah lampu minyak tanah. okay dah.
jam dah menunjukkan pukul 12.45pm. sekejap lagi nak gerak balik. rindu dekat bilik ni. rindu kenangan yang aku dengan jimin cipta kat sini.
"gemok?" tegur jimin. terangkat bahu aku sebab terkejut.
memang jenis datang mengejut ke?
"ye." balasku.
"dah siap belum? mak ayah yoongi panggil tu makan tengahari. pergilah turun bawah. aku nak angkat barang ni kejap bawak masuk kereta." kata jimin.
"tak apalah. aku tolong angkat." tanpa dengar apa apa alasan daripada jimin, aku terus angkat beg baju aku.
jimin geleng kepala dan terus angkat beg baju dia.
gila ke? takkan aku nak duduk kat meja makan tu tanpa dia? kalau diorang tanya, apa aku nak jawab? mampos situ ಥ‿ಥ
selesai angkat barang barang semua dalam kereta dan selesai juga makan tengahari.
"gomawo ahjussi, ahjumma, halmeoni. tumpangkan kami bercuti kat sini nae." kata jimin.
keluarga min mengangguk dan tersenyum manis.
aku dalam kereta melambai tangan ke arah mereka. mereka balas tanpa rasa kekok.
kami semua pun mulakan perjalanan pulang ke seoul.
***
"diorang nak pergi mana?" tanya aku bila jimin belok ke arah lain menuju ke seoul. manakala kawan kawan dia yang lain menuju ke bandar daegu.
"diorang nak pergi rumah taehyung." jawab jimin.
"oh kenapa kita tak ikut sekali?"
"sebab appa suruh balik cepat. halmeoni datang dengan keluarga adik appa." terang jimin.
aku jadi blur.
"halmeoni?"
"nenek aku belah appa. dia datang dengan mak sedara aku belah appa." jawab jimin.
"ohh." dada aku berdebar.
macam mana lah layanan nenek dia kat aku nanti.
***
jimin terus balik ke rumah omma dan appa. aku cuma diam dan ikutkan je.
sampai saja dirumah tu. ada 2 buah kereta lain. ni mesti kereta keluarga belah appa.
"dah jom." kata jimin. lantas jimin keluar dari kereta. diikuti aku.
jimin pegang tangan aku.
aku dengar memang riuh dalam rumah.
gelak tawa, sembang lancar je.
"annyeong." sapa jimin bila masuk dalam rumah.
"assalamualaikum." sapa aku pulak. jimin terus pandang aku.
aku cuma angkat kepala aku memberi isyarat 'apa?'.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Random[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...