"Okay sekarang nak masak apa eh ikan kembung ni?" Bebel aku sendiri sambil tenung ikan yang telah siap disiang di dalam singki.
"Sayang? I'm sorry." Ujar Jimin sambil memeluk pinggang Sufi dari belakang.
"Ya Allah. Terkejut aku. Dah kenapa ni?" Tanya aku terkejut.
"Sorry sesangat. Aku terlepas pandang tanggungjawab aku sebagai suami." Kata Jimin sambil meletakkan hidungnya pada leher Sufi sebelah kiri.
Ingat sweet lah tu.
"Hahaha tak apa lah. Benda dah lepas. Sekarang ni apa kata tolong aku masak nak?" Balas aku ceria. Aku terus pusingkan badan aku menghadap dia.
Betul betul rapat muka dia dengan aku.
Jimin merendahkan sedikit badan dia. Bibirnya dirapatkan pada bibir Sufi. Sufi terdiam dan cuma tergamam. Mata Sufi dipejam.
Aku tak tahu hati aku rela biar dia sentuh bibir aku. Ya sebab dia suami aku. Dia lelaki dia pun ada nafsunya sendiri. Dah ready ke aku untuk bagi segalanya dekat dia?
Jimin melepaskan ciuman bibirnya pada bibirku. Aku membuka perlahan mata aku memandang tepat pada matanya juga. Kami saling berpandangan.
"Sayang dah ready ke?" Tanya Jimin yang masih memandang mata aku.
Aku terus tundukkan kepala aku serta alihkan pandangan aku. Sumpah aku malu.
"Sayang? Abang tanya ni." Tanya Jimin lagi sambil menarik dagu aku.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala je.
"Tak apa lah. Abang tunggu. Sekarang ni abang tolong ayang masak ya?" Jimin terus menggeluarkan sayur sayur di dalam plastik pasar tu tadi.
Aku menghembus nafas lega. Aku tak sangka dia boleh paham aku. Aku tahu dia nak sesuatu dari aku yang sememangnya pasangan suami isteri akan lakukan. Tapi aku masih belum bersedia untuk memberikannya.
Maaf suamiku.
****
Sesi masak memasak telah pun bermula.
"Aduh!" Keluh Jimin sambil gosok matanya.
"Eh kenapa?" Tanya aku gelabah terus datang kat dia yang tengah potong bawang.
"Pedih weh." Ngadu dia. Eleh ngada lah.
"Hahaha potong bawang je. Tak apa lah biar aku yang buat ni." Kata aku sambil mengambil pisau dari tangannya.
"Eh tak apa tak apa. Boleh ni." Balas Jimin lalu mengambil semula pisau.
Aku tersenyum melihat Jimin. Rasa beruntung dapat suami macam dia.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Random[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...