Rumah sunyi bila atok tak ada dan cuma ada aku dengan Jimin. Oh my god! Kekok teruk aku macam ni. Aku cuba biasakan diri kat dapur. Memasak la ye. Memang tu je kerja aku.
"Kau masak apa?" Tanya Jimin yang turun tangga tuk ke dapur.
Aku terdiam. Aku pun tengah pegang pisau masa tu potong bawang. Kalau dia buat apa apa, memang menempah maut la dia.
"Oi perempuan kampung. Kau dengar tak?" Tegur Jimin lagi sekali bila aku tak jawab pertanyaannya.
Aku dah terkejut. Sakit jantung aku.
"Aku masak asam pedas ikan mayong." Jawab aku kekok.
"Ikan apa ni? Macam pelik je. Boleh makan ke ni?" Tanya dia lagi.
Apa ke bodohnya la. Nyampah aku nak layan.
"Kau ni. Masak la dumpling ke, ramen ke tuk aku. Ni ikan je? Asam pedas? Pelik pelik je la kau ni." Bebel panjang dia.
Aku dah panas je dengan mamat ni.
"Aku tak suruh pun kau makan asam pedas ni. Aku masak tuk aku dengan atok okay. Kau pergi cari makanan sendiri la." Sound aku selamba. Nyirap.
"Okay! Aku cari makanan sendiri! Dasar perempuan kampung tak reti tolak ansur!" Kata Jimin berkeras. Terus dia naik semula ke atas.
Kisah apa aku, kau nak pergi mana. Pergi lah.
"Nak pergi ke mana ni Min?" Tanya atok yang baru nak ke dapur tengok Sufi.
"Jimin nak pergi cari makanan tok." Jawab Jimin dalam nada yang merajuk. Ceh konon je.
"Laa. Kan Sufi tengah masak ni Min. Mari makan sekali." Ujar atok lagi, terus atok menarik tangan Jimin dan bawak Jimin ke dapur.
"Tapi tok.." Jimin mencari alasan lain.
"Min kena makan makanan malaysia. Kena biasa ya Min." Potong atok.
Jimin mengangguk redha.
Hahaha kena makan masakan aku juga ya kau lelaki korea berlagak nak mampos.
Masa makan muka Jimin pelik tengok aku dengan atok makan pakai tangan. Hek eleh dah ada darah melayu tu melayu je la. Acah jelah.
"Tak ada chopstick ke gemok?" Tanya Jimin selamba ke arah aku. Tersedak juga aku bila dia panggil aku gemok. Memang cari pasal!
"Dengar tak gemok?" Tanya dia lagi, bila soalan pertama dia ajukan tadi aku tak jawab.
"Wahai Encik Jimin ya. Sini Malaysia. Bukan Korea! Dah darah melayu tu pakai je tangan!" Balas aku dengan marah, pantas aku memberikan kepadanya jelingan maut semaut mautnya.
"Aku tak biasa." Jawab dia melawan selamba sambil balas jelingan aku.
Atok cuma gelengkan kepala je.
"Dah dah. Jangan gaduh. Min guna sudu garfu kalau tak biasa. Nanti lama lama Min biasa lah ni." Kata atok nak halang peperangan berlaku.
Mengada je lebih mamat ni. Atok pun manjakan sangat dia ni.
"Sufi. Sekejap lagi atok nak keluar ya." Kata atok lagi sambil memandang ke arah aku.
"Atok nak pergi mana?" Tanya aku.
"Atok nak pergi jumpa Pak Wahab. Nak tempah balai tuk kerja kahwin." Jawab atok selamba.
"Ha? Siapa kahwin atok?" Tanya aku yang masih tak puas hati. Pelik.
Jimin tetap makan and tak hiraukan langsung perbualan antara aku dan atok. Pi lantok dia!
"JANGAN CAKAP ATOK NAK KAHWIN LAGI LAH!" Terbeliak mata aku pandang atok.
"Haish, apa pula atok. Kamu lah." Jawab atok selamba sambil terus menerus menyumbat makanan dalam mulutnya.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Aléatoire[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...