❮ ✾ kampung girl ; 12 ✾ ❯

445 57 7
                                    

Keesokkan harinya, aku dengan Jimin bawak satu family aku jalan jalan. Pergi makan makan apa semua. Sebab lusa aku dah kena ikut Jimin balik Korea. Aku dah sedaya upaya pujuk atok untuk ikut aku. Tapi dia tak nak. Dia nak duduk rumah dia.

"Atok. Betul ke tak nak ikut Sufi?" Soal aku lagi kali ke 5 dah.

Aku yang duduk di sebelah Jimin yang sedang memandu. Manakala atok kat seat penumpang belakang.

"Ya Sufi. Atok penat. Atok nak rehat je dekat rumah atok." Jawab atok. Jawapannya masih sama.

Aku mampu mengangguk dan tersenyum nipis. Aku tak sedap hati biarkan atok duduk sorang sorang. Apa apa jadi nanti, susah. Aku kesian kat atok.

***

[ TOMYAM SEAFOOD RESTORAN ]

"Sedapnya tomyam!" Getus hati aku keriangan. Sumpah memang sedap.

"Atok tak nak makan ke?" Soal Jimin bila nampak atok minum air suam sahaja.

Atok hanya menggeleng dan tersenyum manis.

"Atok dah kenyang. Minum air je." Jawab atok lembut.

"Sufi, meh makan sekali." Pelawa papa Jimin, bapa mertua aku juga. Konon nak panggil papa Jimin ek.

"Okay papa hehe." Jawab aku dengan kekok.

Lusa aku ikut Jimin balik ke Korea. Aku nak bawak atok sekali. Sebab aku risau dia sorang sorang dekat kampung. Tak boleh je nak harapkan Umi Liyana. Dia pun kerja semua. Kalau tak, tak ada siapa yang nak tolong mak ayah dia kat warung.

Walau macam mana pun, aku kena bawa atok sekali.


*****



Malam tu, selepas balik dari makan makan. Aku nak jumpa atok. Aku pergi ke bilik atok. Atok tak ada. Lepas tu aku terus tergerak nak tengok dekat dapur. Ya aku nampak atok duduk sorang sorang dekat dapur sambil pegang satu buku album.

Aku datang menghampiri atok.

"Atok? Tak tidur lagi ke?" Tegur aku.

Bila atok dengar suara aku, dia terus kelam kabut lap laju laju pipi dan matanya. Atok menangis ke?

Aku dah mula rasa sayu.

"Tak lagi Sufi. Sufi kenapa tak tidur lagi? Min mana?" Soal atok.

"Sufi cari atok. Jimin dah tidur dah. Atok okay ke ni?" Soal aku perlahan sambil duduk di sebelah atok. Lantas aku memegang lembut tangan atok.

"Atok okay je Sufi. Cuma tak sangka cucu atok ni sorang dah bina rumah tangga sendiri. Lepas ni cucu atok sorang ni dah ada tanggungjawab sendiri dalam mengurus suami, anak anak." Ujar atok sambil menggosok lembut kepala aku.

"Ish atok ni. Walaupun Sufi dah kahwin atok. Sufi takkan lepaskan tanggungjawab jaga atok tau. Atok kena ingat tu. Sufi janji, Sufi jaga atok sampai akhir hayat Sufi. Sebab atok segalanya bagi Sufi. walaupun Sufi tak mampu nak balas jasa atok jaga Sufi dari kecik sampai ke besar. Tapi ni je Sufi mampu buat." Aku menggenggam lembut tangan atok.

"Sufi, atok tak nak susah kan Sufi ye. Atok mintak sangat supaya Allah cepat cepat cabut nyawa atok. biar atok tak susahkan Sufi." Ujar atok buatkan aku tersentak. Aku dah mula sebak.

Kampung Girl [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now