Hari pertunangan mereka berdua telah pun tiba.
"Kenapa lah aku berdebar, padahal aku tak suka." Getus hati Sufi yang pelik sambil duduk di bilik. Cuma ditemani sepupu rapatnya, Umi Liyana. Mereka semua sedang berbincang di luar.
Jimin yang berada di luar rumah juga bersama sepupunya daripada korea, Park Woojin. sepupu sebelah ayahnya.
"Hyung-ah." Panggil Woojin.
"Nae?"
"Betul ke hyung nak kahwin dengan yeoja ni?" Soal Woojin yang tertanya tanya kenapa tiba tiba Jimin membuat keputusan mendadak macam ni.
Jimin hanya mengangguk.
"Hyung sayang dia ke?"
Jimin terdiam. Tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan daripada Woojin itu.
"Jimin. Ppalii masuk." Tuan Park memanggil Jimin daripada pintu rumah.
"Ha nae nae appa." Jimin meninggalkan Woojin di belakang. Malah Woojin hanya mengikut belakang Jimin untuk masuk ke dalam rumah.
Jimin masuk je dah nampak Sufi sedang bersalaman dengan beberapa sedara perempuan sebelah ayahnya.
"Yeppeuda, kiyowo." Getus hati Jimin setelah melihat Sufi dengan mata kepalanya sendiri.
"Aigo Jimin angau ke?" Getus hati Jimin sendiri.
Baju dress berwarna pink dengan crown bunga bunga atas kepala Sufi, diikuti tudung bawal berwarna putih sungguh menarik hati Jimin. Tak jemu memandang. Memang kena dengan warna kulit Sufi yang putih kemerahan.
Sufi memandang Jimin yang duduk di sebelah atok. Gaya rambut Jimin forehead tu membuat Jimin lebih menarik.
Ya Allah kenapalah dia nampak lain harini? Sabar Sufi sabar. Jangan terpedaya dengan godaan yang sebegini rupa.
Aku tak tahu nak bagitahu perasaan aku macam mana. Nak kata gembira, macam tak sebab terpaksa. Cinta selepas kahwin? Ni bukan drama lah. Tapi nak buat macam mana, jika takdir aku memang tertulis macam ni.
Memang kekok betul Sufi nak biasakan diri. Malah atok memandang Sufi sayu dengan senyuman nipis.
"Atok mintak maaf Sufi. Ni adalah yang terbaik untuk Sufi." Getus hati atok.
***
Selesai majlis pertunangan antara Sufi dan Jimin. Jimin masih stay lagi kat rumah atok dalam 2 minggu. Untuk lepaskan diorang berdua kursus nikah sama sama. Selepas dari itu, dia akan pulang ke korea bersama mak ayah dia.
Makan malam telah pun tiba. Macam biasa Sufi menolong mak Jimin masak makan malam.
"Sufi? Sufi kena biasakan tau makan makanan korea." Kata mak Jimin.
"Kenapa maksu?" Soal Sufi.
"Sufi. Jangan panggil maksu dah. Panggil mama macam mana Jimin panggil ye?" Puan Park tersenyum manis memandang Sufi.
"Mama? Hehehe." Sengih kekok si Sufi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Yes mama. Sufi kan dah nak jadi isteri Jimin dah. And jadi anak menantu mama. Kena biasakan diri ye?" Balas mak Jimin sambil menggaul sayur goreng di dalam kuali.
Sufi hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
"Makanan dah siap ke? Suami dengan anak kamu dah lapar ni." Tanya atok kepada mak Jimin.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Random[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...