jimin ditolak masuk ke dalam wad icu.
aku terduduk kat kerusi menunggu. aku pegang perut aku.
ya Allah dugaan apa ni? aku perhatikan tangan aku yang berlumuran darah suami aku.
atok, sufi tak kuat tok.
jimin. jangan tinggalkan aku.
aku memasuki tandas. aku membersihkan tanganku daripada darah tu.
aku menatap wajahku. pucat, lesu, mata sembab.
setelah bersih, lantas aku keluar menuju ke tempat menunggu tadi. aku lihat omma, appa dan semua kawan kawan jimin telah pun menunggu.
"sufi?" omma berlari datang ke arah aku.
aku menangis dan terus memeluk omma.
"ya Allah sufi. duduk dulu." pesan omma.
aku tak tahu kenapa aku rasa lemah sangat.
aku duduk.
"sufi. ni polis jumpa ni kat kereta jimin." kata seokjin.
aku mengambilnya. kotak baju baby yang aku nak. dia belikan untuk lepaskan keinginan aku.
aku memeluk kotak baju baby itu seeratnya.
omma mengusap belakang badan ku perlahan bagi menenangkan aku.
"omma. sufi nak mintak sesuatu boleh?"
"ye apa dia sufi?" tanya omma.
"bawak sufi ke masjid berdekatan sini. boleh?"
omma pandang aku. lantas matanya memandang kawan kawan jimin.
"jungkook? yoongi? boleh tolong?"
jungkook dan yoongi pandang sesama sendiri.
***
jungkook dan yoongi membawa aku ke masjid berdekatan.
aku duduk di belakang.
setelah sampai aku seorang masuk ke dalam masjid. manakala jungkook dan yoongi tunggu dalam kereta.
"kenapa sufi pergi sini?" tanya yoongi.
"dia nak solat kot." jawab jungkook sambil pandang bangunan masjid itu.
***
'ya Allah. kau sembuhkan lah suamiku.'
di dalam wad icu. doktor dan nurse sedaya upaya menyelamatkan jimin.
tiba tiba nafas jimin menjadi seksa.
kelam kabut doktor untuk memberi bantuan pernafasan yang lebih kuat.
'ya Allah bantu lah hamba Mu ini.'
"ppailli ppailli !!" doktor menjerit memanggil nurse.
nurse memasukkan ubat tidur di dalam badan jimin.
nafas jimin semakin reda.
'berikan kesempatan aku hidup dengan suami ku lebih lama ya Allah. aku kesian dekat anak ku ini. tolong bantu kami ya Allah.'
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
De Todo[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...