Sufi tengah cari barang barang dapur. Tiba tiba datang seorang budak perempuan kecil lingkungan umur 7 tahun menangis cari ibu ayah dia.
"Eh adik? Kenapa ni sayang?" Tanya Sufi sambil cangkung biar sama tinggi dengan budak perempuan tu.
"Icha cari ayah Icha tak jumpa." Jawab budak tu.
"Laa nama Icha ya? Kakak bawak Icha kat kaunter ya? Jom." Sufi berdiri tegak kembali. Baru nak pimpin tangan budak tu. Tiba tiba kedengaran suara seorang lelaki datang ke arah dia dan memanggil Icha.
Terus Icha berlari ke arah lelaki tu sambil memanggil ayah. Pantas lelaki itu memeluk anaknya.
Ibunya ada berdiri kat belakang, lalu budak perempuan tu berlari ke arah ibunya.
Ayahnya datang menghampiri Sufi.
***
"Manalah perempuan ni. Lama betul. Ada apa apa jadi ke?" Soal Jimin sendiri lalu bangun dan masuk ke dalam tempat Sufi masuk tadi.
***
"Terima kasih cik. Puas cari. Rupanya kat sini dia." Ujar lelaki itu.
"Eh tak apa encik. Saya pun baru jumpa dia, dia datang kat saya tadi nangis nangis. Risau juga. Ingat nak bawak dia ke kaunter. Tak sangka encik jumpa dia kat sini dah." Balas Sufi dengan senyuman.
"Tu bukan Sufi ke? Siapa pula lelaki tu?" Soal Jimin sendiri. Jimin ternampak Sufi berbual dengan lelaki itu tanpa perasan ada isteri dan anak lelaki tu.
"Again?!" Getus hati Jimin yang marah. Terus Jimin jalan tinggalkan Sufi disitu.
***
Selesai beli barang, Sufi berlari tergesa gesa ke tempat di mana Jimin tunggu tadi. Tapi Jimin tiada.
Lak mana pergi mamat korea ni? Haih tulah kau Sufi lambat sangat. Mesti dia marah aku nanti. Sufi terus berlari keluar dari mall. Pantas Sufi masuk ke dalam kereta lalu mengeluarkan telefonnya dan menelefon rumah atok.
TRUTTT TRUTTT TRUTTT ~~
Angkatlahhhh!!
Telefon di angkat.
"Assalamualaikum atok." Sufi memberi salam.
"Waalaikumussalam ya Sufi. Kenapa?" Jawab atok di dalam talian.
"Nak tanya. Jimin ada kat rumah ke?"
"Tak ada pulak. Dia kan dengan kamu.."
"Jap jap ada orang datang.."
Sufi terdiam.
"Laa Jimin yang balik. Kamu kat mana ni Sufi? Kenapa biarkan Jimin naik teksi?" Soal atok.
"Oh tak apa lah kalau dia dah balik. Sufi otw balik ni tok. Sufi nak drive. Assalamualaikum atok."
"Waalaikumussalam." Talian dimatikan.
![](https://img.wattpad.com/cover/168462046-288-k204522.jpg)
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Random[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...