[ KLINIK DOKTOR KIM ]
klinik ni klinik appa taehyung. so memang tuan kim dah kenal sangat dengan kawan kawan tae.
puan park pulak tinggal di rumah sementara tunggu tuan park balik.
jadi jimin sorang yang bawak sufi ke klinik.
"macam mana uncle isteri saya?" tanya jimin. sumpah memang dia gelabah.
"isteri jimin ni terlalu sedih dan stress. disebabkan itu, menganggu kandungannya." jelas tuan kim.
jimin toleh ke arah sufi yang terbaring di katil klinik. tak sedarkan diri.
"jangan buat dia terlampau sedih mahupun berikan tekanan kat dia. risau kandungan tak kuat dan boleh menyebabkan keguguran." jelas tuan kim lagi.
jimin hanya mengangguk.
***
keesokkan paginya, pukul 8 pagi. aku tersedar. perlahan aku buka mata aku. aku toleh sebelah. jimin masih lagi tidur.
aku perlahan membangunkan diriku dan duduk menegak.
apa yang jadi dengan aku semalam? aku ingat balik.
[ FLASHBACK ]
"a-apa ni?" terkejut aku melihat gambar gambar jimin dengan choa. gambar yang ditangkap selca oleh choa. dalam keadaan choa tidak memakai apa apa hanya menutup badannya dengan selimut. begitu juga jimin.
"k-kenapa k-kau t-tipu a-aku p-park j-jimin?!" aku genggam tangannya aku dan menangis sepuasnya.
sakitnya nangis tanpa suara.
sampaikan aku rasa sakit sangat kat bahagian perut aku. aku menyimpan gambar gambar itu di bawah bantal milik aku.
aku kuatkan diri untuk berdiri. aku rasa macam nak lari je dari jimin. tapi tanpa aku sedar, mata aku jadi kelam dan aku rebah. terus aku tak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Random[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...