esoknya jimin tak pergi kerja sebab muntah muntah. hahaha lagi teruk dari aku mabuknya.
sampaikan omma dengan appa datang rumah. risau pasal jimin.
"kenapa tak cakap dengan omma pasal sufi pregnant?"
aku menggaru kepala yang tak gatal.
"ingat nanti nak datang rumah omma dengan appa baru bagitahu."
"buwerkk!!" kedengaran sayup je jimin muntah kat dapur.
"teruk sangat tu muntah muntahnya. jimin makan tak?"
"makan. tapi tak lama tu muntah."
"hahaha biasalah tu pembawakkan budak kan." kata appa pulak.
"tak sangka kita akan timang cucu nanti kan oppa." teruja omma sambil usap usap perut aku.
"nae. bertuahnya appa ada menantu macam sufi. terima kasihlah sudi terima jimin seadanya." kata appa. aku dah segan dah.
"eh tak apa appa. dia suami sufi. memang tugas sufi untuk terima dia seikhlas hati sufi." balasku ditambah dengan senyuman.
"duduk dengan omma lah. senang omma nak tengokkan sufi."
"eh tak apalah omma. nanti kalau pantang baru duduk dengan omma. sekarang ni sufi boleh lagi sorang sorang. omma jangan risau lah ya." jawabku.
"ish dengan aku tak risau pulak tu. aku ni muntah muntah macam nak mati rasa." bebel jimin sendiri lalu jimin duduk sebelah aku.
aku pandang jimin.
"okay?" tanyaku.
"nampak macam okay ke?" jimin jeling aku.
aku berdekah tengok jimin. kesian laki aku ni. tak pasal pasal mabuk.
***
dah berapa jam dah jimin kat atas membuta. dan aku masih lagi mencekik sambil tengok tv.
TING TONGG !
loceng rumah aku berbunyi. aku bingkas bangun dan tengok siapa yang datang.
kau capai tudung sarung aku dan aku bukak pintu.
dekat luar pagar, kawan kawan jimin datang. diorang melambai dari luar.
aku mengambil kunci gate kecil dan keluar untuk membuka gate kecil.
"jimin ada?" tanya jungkook.
"ada. dia tidur dekat bilik." jawabku.
gate telah pun dibuka.
"thank you sufi." kata kawan kawan dia yang lain kecuali jungkook yang pergi ke kereta semula untuk mengambil barang.
langkah aku terhenti bila aku toleh ke rumah sebelah. lelaki tu ada kat luar dan dia melambai aku. aku cuma tersengih kekok.
dia kenyit mata dia kat aku. aku tersentak. pelik.
tiba tiba jungkook tolak aku daripada belakang.
"dah masuk sufi." katanya sambil pandang slek kat lelaki sebelah rumah aku.
aku mengangguk dan masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
De Todo[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...