"Ish lagi sikit je nak dapat." Rungut Jimin sendiri sambil duduk sendirian di ruang tamu pada malam tu.
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Malah rumah atok masih lagi bising. Masih lagi sibuk merewang.
Jimin termenung dan membayangkan apa yang berlaku tadi.
| FLASHBACK |
Jimin merapatkan mukanya ke muka Sufi. Sufi terdiam dalam beberapa saat. Malah laju badan Jimin ditolaknya kuat.
"Kau ni kenapa?!" Marah Jimin yang terkejut juga.
"Aku tak bersedia lagi Ahmad Jimin Aryan!" Jawab Sufi selamba. Dan rambutnya kembali diikat. Tudungnya juga diambil semula serta disarungnya sekali. Terus dia keluar meninggalkan Jimin seorang dalam bilik itu.
Jimin mengeluh. Tak ada peluang lagi. Mungkin dia masih tak boleh nak terima lagi.
| END FLASHBACK |
"Jimin? Termenung jauh nampak." Tegur Tuan Park.
"Aniya appa hehe. Cuma tak sangka Jimin dah kahwin je." Balas Jimin sambil tersenyum nipis.
"Pegang amanah dari tuhan ni Jimin. Ini semua ada hikmahnya. Papa dengar cerita chingu kamu nak datang Malaysia ya?" Soal Tuan Park memulakan topik selanjutnya.
"Nae paa. Diorang dah gerak dah ni. Jimin suruh diorang tidur hotel dulu. Esok pagi Jimin pergi ambil diorang." Jawab Jimin.
"Aniy aniy. Penggantin tak boleh keluar. Gwaechanayo, biar papa pergi ambil diorang nae?"
Jimin mengangguk setuju.
"Habis je majlis esok. Malam minta ya pengantin sental kuali kuali yang ada." Usik atok kepada Sufi dan Jimin.
***
Jimin dan Sufi tidur sebilik. Memang Sufi letak bantal peluk antara dia dengan Jimin. Buat sempadan macam sempadan malaysia dengan thailand je.
Kalau author tu tak ada dah buat sempadan bagai sebab ia terlalu indah.
Pukul 5.30 pagi, rumah atok dah bising. Agaknya diorang memang tak tidur semalaman ke cane? Aku naik pelik.
Aku tersedar. Bilik gelap. Aku duduk sambil menggaru kepala. And aku terlupa sesuatu. Aku hempaskan tangan ku dengan kuat setelah selesai menggaru kepala.
"Arghhh!!" Jerit Jimin yang berada disebelah aku. Okay aku terlupa yang aku dah ada laki.
Tangan aku betul betul terhempas kat tempat sensitif Jimin. Sumpah aku tak sengaja.
"Ya Allah sorry!" Aku dah takut. Aku cepat cepat berdiri dan berlari untuk bukak lampu bilik.
Lampu nyala aku nampak Jimin tengah mengerang kesakitan sambil menonggeng. Sakit sangatlah tu.
"Kau ni kenapa haa setan?! Sakit siaa!" Marah Jimin.
"Wehh sorry sorry. Aku tak sengaja. Aku lupa kau tidur sebelah aku." Rayu aku. Takut beb. Kang pape jadi, kang tetiba jadi mandul sebab aku. Ya Allah jauhkan lah benda macam tu.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Diversos[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...