Hari ni aku akan ikut Jimin balik Korea. Payahnya kalau suami duk luar negara ni. Sebelum gerak ke airport aku sempat ziarah pusara arwah atok. Aku rindu atok.
"Atok, Sufi pergi dulu." Aku memegang lembut tanah pusara atok.
"Nanti Sufi balik sini Sufi datang ziarah atok ya, Sufi sayang atok dunia akhirat." Sambung aku lagi. Airmata aku turut mengalir.
***
[ AIRPORT SENAI, JOHOR ]
"Nah air." Jimin menghulurkan sebotol air mineral kepada aku. Bukannya nak beli air sedap sedap sikit ke err kedekut punya laki.
"Maceh." Balas aku manja sedikit menyirap.
"Lepasni aku nak kau panggil aku daddy." Ujar Jimin selamba.
"Ha? Daddy? Kenapa pulak kau bukannya bapak aku pun." Jawab aku.
"Sebab nanti senang bila kita dah ada anak. Tak ada lah kekok nak panggil depan anak kan. So nanti aku panggillah kau mommy." Balas Jimin.
Eeee daddy. Gurlie lah aku.
"Tak nak! Geli je."
"Habistu nak panggil apa? Sayang? Amiy? Anje? Ayang? Baby?" Soal Jimin.
Aku terdiam. Malas nak layan.
"Okay la. Panggil aku abang okay. Aku panggil kau ayang otey?" Ujar Jimin sambil tersenyum manis gedik gedik.
"Ikut kau lah." Jawab aku malas.
"Aip apa kau kau. ABANG."
"Ya abang." Balas aku dengan jelingan menyampah sekali.
"Fuh sejuk hati abang ni ayang." Jimin mengusap dadanya.
Aku tergelak kecil. Pandai dia ambil hati aku. Tetiba rasa bertuah betul dapat suami macam dia.
"Kan bagos senyum macam ni. Senang sikit hati abang." Jimin pandang muka aku.
Aku pandang muka dia. Tak tahu lah hati ni masih sedih teringat kat arwah atok.
"Ayang. Abang ada. Abang boleh jaga ayang okay? Dah takmo sedih sedih. Meh sini." Pujuk Jimin sambil menarik perlahan kepala aku untuk sandar kat bahu dia.
Perlahan aku lentokkan kepala aku kat bahu dia serta perlahan tangan aku memeluk pinggang dia. Aku rindu atok.
Jimin tersenyum nipis dan meletakkan tangannya pada pinggang aku juga.
Dia ni suami aku. Suami aku yang sah juga syurga aku. Semoga tuhan permudahkan semua urusan kami dunia akhirat.
***
[ DALAM KAPAL TERBANG ]
"Kenapa tak tidur lagi? Lambat lagi sampai ni." Tegur Jimin bila aku gelisah.
Sebenarnya aku tak pernah naik flight weh. Rasa mual, loya habis ni.
Aku genggam sekuatnya tangan Jimin sambil menutup mata aku. Dah lah aku duduk tepi tingkap. Kecut perut aku.
"Hui kenapa ni?" Soal Jimin pelik.
"Takut." Jawab aku perlahan yang masih tak membuka mata.
YOU ARE READING
Kampung Girl [ COMPLETE ]
Random[ JIMIN FANFICTION ] Kisah seorang lelaki Korea yang dipaksa ibu dan ayahnya untuk tinggal di kampung iaitu kampung atoknya sendiri di Malaysia dalam beberapa minggu. Dia juga fasih bertutur serta berbahasa melayu. Bertemu dengan seorang gadis berhi...