Kringg kring kringgg...Bunyi loceng tanda rehat membuatkan semua pelajar cepat-cepat menyimpan buku dan peralatan tulis ke bawah meja.
Ryna dari tadi hanya mendiamkan diri,Malas mahu ke kantin. Perut yang lapar diabaikan begitu saja. Sekarang ni dia buntu bagaimana mahu bercakap dengan Faiq. Rasa serba salah menebal di hati. Faiq sudah hilang entah ke mana dari sebelum rehat lagi .Cikgu Amran aka cikgu kimia tidak menghiraukan ketidakadaan Faiq di dalam kelas. Ini mungkin kerana Faiq memang bijak dalam subjek kimia,malah bukan subjek itu sahaja namun semua subjek killer.Ryna dmenompang dagu ddengan tangan lalu memandang keluar tingkap. Entah kenapa dia merasa bagaikan bersalah terhadap Faiq hal semalam. Tambah pula Faiq tidak mahu bercakap dengannya,bukan sahaja tidak mahu bercakap malah sering mengelak dengannya setiap kali Ryna mahu mulakan percakapan.
Sungguh dia buntu bagaimana mahu bercakap dengan Faiq dan memohon maaf. 'Dah tahu kau tu makwe dia kau boleh pulak tipu dia,itu lah kau Ryna.Tak pernah nak jaga perasaan orang' monolog Ryna sambil tergelengkan kepala.
'Oh lupa petang ni kan ada kelas Addmath dengan dia, boleh lah aku minta maaf' monolog Ryna lagi lalu dia tersenyum dah bangun dari kerusinya dan keluar dari kelas. Rehat masih ada lagi dalam 15 minit. Dia mahu ke tandas untuk membuang hajat dek kerana sakit perut yang teramat. 'Ini mesti kes makan Maggie pukul 3 pagi tadi' monolog Ryna lalu cepat-cepat menuju ke tandas. Belum sempat sampai di hadapan pintu tandas perempuam Ryna terlanggar tubuh lelaki entah datang dari mana.
"Maaf ya saya kena cepat, urgent " ujar Ryna sambil membuat muka tahan sakit lalu masuk ke tandas tanpa menoleh ke arah mangsa langgarnya.
Faiq yang melihat hanya mengelengkan kepala lalu menunggu di bangku yang sedikit jauh dari tandas perempuan. Duduk di bangku hadapan tandas perempuan nanti kena chop bukan-bukan pula nanti.
Selepas beberapa minit Ryna keluar dari tandas dengan muka lega. Faiq hanya memerhati dengan muka bekunya.
Ryna berjalan Perlahan-lahan untuk masuk ke kelas.Sedang ralik Ryna berjalan sambil melayan perasaan dirinya dek kerana perut nya berkeroncong hebat,seseorang menegurnya.
" dahh tahu ada gastric kenap kau tak makan?" Terjah Faiq sambil berjalan beriringan dengan Ryna.
" Allahuakhbar, tak reti bagi salam ke?" Marah Ryna lalu mengurut dadanya yang terkejut akibat pertanyaan Faiq yang Tiba-tiba bagaikan angin puting beliung itu. Faiq hanya menayang muka bekunya sahaja.
". Aku tanya kenapa kau tak makan?" Soal Faiq sekali lagi dengan suara kasarnya itu.
" malas " jawab Ryna geram. Dah lah sergah orang macam tu je takde salam takde say hai ke hello ke. Buat nya aku ada sakit jantung tak ke mati kempunan aku kat sini. Bebel Ryna dalam hati.
" Degil kan kau ni" ujar Faiq lalu menarik hujung tudung Ryna.
" aduhh bongoklah, habis tudung saya rosak aduhhhh, lepas lah Faiq " marah Ryna. Pandang orang mengusik tudung nya. Faiq buat bodoh sahaja sambil menarik tudung Ryna dan menuju ke Taman depan Koperasi sekolah.
"Faiq tolong stop tarik tudung saya, rosak lah nanti " marah Ryna sekali lagi.
" ikut aku" Faiq lepaskan lalu berjalan maju kehadapan.
" ishh menyakitkan hati jeeeeeeeeeeee" jerit Ryna sedikit kuat lalu berjalan ke arah Faiq yang duduk di hadapan kerusi di taman depan koperasi.
" duduk " arah Faiq
"Tak nak" ujar Ryna protes
" aku cakap duduk" Faiq menayang muka bekunya "
"Yelah yelah " Ryna mengalah. Faiq sudah hilang dari pandangannya setelah Punggung Ryna selamat mendarat di atas kerusi.
'Haishh tadi suruh duduk, ni dia pulak yang hilang. Tak faham betul aku dengan mamat beku sekor tu' bebel Ryna geram. Rasa bersalah terhadap Faiq tentang semalam dilupakan begitu saja dek rasa geram di hatinya terhadap Faiq
" dah-dah lah tu membebel . Nah makan roti ni. Nanti kau lapar pulak. Ehh lupa kau memang tengah lapar pun" ujar faiq sambil menghulur roti gardenia perisa coklat kepada Ryna lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Ryna. Pandangan pelajar lain terhadapa mereka Faiq abaikan begitu sahaja. Dia menganggap hanya dia dan Ryna sahaja berada disitu.
" tak pernah tak menyakitkan hati " ujar Ryna geram lalu mengambil roti yang dihulur kepadanya dengan kasar.
" makan tu boleh tak baca doa dulu ?" Tegur Faiq. Ryna berdegus geram. Lalu membaca doa makan dan terus makan roti gardenia perisa coklat itu.
" nak lagi" ujar Ryna selepas menghabiskan sebungkus roti itu. Faiq hanya mengelengkan kepala lalu menghulurkan roti yang berada di dalam plastik di hadapannya kepada Ryna.
" terima kasih " ucap Ryna lalu sambung makan.
Faiq yang dari tadi hanya memerhati Ryna makan. Setelah melihat Ryna sudah habis makan Faiq menghulur sekotak air laici kepada Ryna. Ryna menyambut.
" thanks. Awak tak makan ke?" Tanya Ryna lembut. Rasa geram nya terhadap Faiq sudah pudar.
" dah" jawab Faiq sepatah.
" dah jom masuk kelas," ajak Faiq. Ryna hanya mengangguk. Mereka berjalan beriringan sekali lagi.
" Sebelum aku terlupa petang ni kelas kau dengan aku Batal" Ujar Faiq sebelum sampai di hadapan pintu kelas mereka.
" kenapa tak ada? " tanya Runa pelik. Faiq hanya mengangkat bahunya lalu masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat duduknya.
Haduh, macam mana aku nak minta maaf kat dia hal semalam?Tapi pelik kenapa Faiq nampak okay sahaja bila aku dengan dia tadi? Malah terlebih care pasal aku. Pelikk ni. Selalunya beku tahap 10 kalau aku ada buat dia terasa. Haishh pelik pelik. Nampaknya aku kena cari masa yang sesuai untuk minta maaf dekat faiq. Ujar Ryna dalam hati.
Moh singgah baca story;
Title: Umbrella by C_crispyzBersambung
Okay tahu tak best.
Jumpa kat next chapter.
Typo abaikan dahulu yee.

ANDA SEDANG MEMBACA
Oh My Tutor
RomanceFaiq Faiqal seorang Pelajar cemerlang di Glory High school. Dengan perangai nya yang dingin membuat kan semua warga Glory high school takut untuk mencari masalah dgnnya.Namun Disebabkan satu arahan membuatkan hati nya tersentak. " Saya nak kam...