Faiq duduk di atas batu betul betul berhadapan dengan pantai. Dia serabut! Dia mahukan ketenangan. Bunyi ombak menghempak pasir di gerigi pantai membuatkan Faiq tenang. Angin sepoi sepoi bahasa terkena kulit mukanya. Sungguh berasa tenang saat ini. Namun apabila mengenangkan balik tindakan Ryna terhadapnya. Kusut dan serabutnya kembali.
Faiq mengeluh.
Sudah seminggu Faiq dengan Ryna tak bersemuka antara satu sama lain. Seminggu juga lah Faiq tidak dapat mendengar suara Ryna, usya Ryna, buli Ryna. Ryna pula bila jumpa Faiq asyik nak mengelak je. Muak sangat ke tengok muka Faiq? Atau merajuk belum reda?
Faiq pula lepas exam last paper hari tu, masa kejadian Ryna merajuk dengannya, faiq bukan pergi memujuk Ryna. Dia balik rumah. Terkurung dalam bilik.
Ego!
Ego!
Ego!
Disebabkan ego Faiq yang tinggi melambung Faiq memilih untuk pulang ke rumah.
Faiq malas mahu memujuk Ryna. Dia takut Ryna tersalah anggap dengannya.
Dia takut Ryna anggap dia suka Ryna.
" Tapi memang aku suka kan Ryna" ujar Faiq perlahan sambil melihat ombak bergelora.
" Apa yang kau cakap ni Faiq? Aku Tak suka Ryna Kau tak suka Dia Faiq." Faiq bagaikan org gila bercakap dgn dirinya sendiri.
" Tapi aku rindu kau Ryna. Kau buat aku rasa lain. Aku tak tahu perasaan aku sekarang ni." Faiq bercakap dengan dirinya
"Aku rindu kau Ryna. Kau abaikan aku bila aku bercakap dgn kau. Kau larikan diri dripada aku. Kenapa kau buat mcm tu? Aku tak suka kau cuba larikan diri drpda aku. Kau buat aku gila Ryna." Sambung Faiq lalu dua dua tangannya menarik rambutnya. Serabut , kusut. Stress!!
" Aku benci kau Ryna!!" Jerit Faiq geram. Dia terlampau serabut dengan tindakan Ryna.
Orang yang berada di tepi pantai itu memandang Faiq pelik. Faiq hanya membuat tidak tahu. Bagaikan orang sekeliling tidak wujud. Dia dan hanya dunianya sahaja.
" Tapi aku sayang kau " ujar faiq perlahan.
" Tak tak tak. Aku benci Ryna" Jerit Faiq mengelak kebenaran.
"Aku sayang dia lah!"ujar Faiq perlahan sambil menguis nguis (?) Pasir dikakinya.
" tapi aku ego!" Ujar faiq perlahan
Faiq terus bangun dan berlari ke arah motobike. Dia tekad,dia kena pujuk Ryna, Dia tak nak Ryna buat dia macam tunggul lagi.
.
Ding dong .....
Bunyi loceng dari dalam rumah menarik perhatian Puan Raisha yang sedang menyiram bunga bunga kesayangannya. Pn Raisha meletakkan paip getah dan menutup paip lalu dia ke arah pintu pagar .
"Assalamualaikum Aunty" Faiq memberi salam setelah melihat kelibat Pn. Raisha di hadapanny? pn Raisha tersenyum
"Waalaikumussalam. Kamu rupanya Faiq. Nak jumpa Ryna ke?" Pn Raisha menjawab salam lalu bertanya kepada Faiq sambil membuka pintu pagar
" Haah nak jumpa Ryna. Ryna ada tak Aunty?" Tanya Faiq sambil tersenyum.
" Ryna Ada dalam rumah tu tengah layan drama korea dengan Alongnya." Jawab Pn Raisha sambil tersenyum.
" Masuk lah Faiq. Tu Ryna dengan Ryan dpan tv tu, kamu duduk la dulu. Aunty nak ke dapur. Buatkan air" ujar Pn Raisha. Ryna dan Ryan menoleh ke arahnya. Ryan tersenyum. Ryna mencebik. Pn. Raisha sudah pun ke dapur. Mujur lah Ryna sudah terbiasa memakai tudung di dalam rumah. Haihss
" Faiq jemput la duduk." Ryan menjemput faiq duduk. Faiq menyalami tangan Ryan lalu duduk disofa berhadapan dengan Ryna.
" Lama kau tak datang cafe Faiq? Selalunya ada je kau muncul depan cafe tu" tanya Ryan. Ryna menghiraukan Faiq dngan alongnya itu. Malas mahu mendengar. Layan Drama lagi bagus.
" Busy sikit tu yang tak datang tu. Ni datang pun nak ajak Ryna keluar. Boleh ke?" Tanya Faiq. Ryan tersengih.
" Bawak je Ryna tu keluar Faiq. Asyik terperuk dalam rumah je layan drama korea dia tu. Aunty tengok pun dah naik muak dah " ujar Pn. Raisha bercampur usikan . Pn Raisha meletakkan sekelas air di hadapan Faiq lalu duduk disebelah Ryan anak sulungnya.
" betul tu Faiq. Aku pun dah naik muak " sambung Ryan hanya sekadar gurauan. Faiq tersengih.
" sampai hati mama dengan along kan? Dah muak sangat ke tengok muka kakak ni? Lari rumah baru tahu" ujar Ryna ala ala merajuk.
" Tak yah buat drama la kakak. Usik sikit je. Dah nak lari rumah bagai. Macam budak budak " ujar Ryan .
" Biar lah . Jeles " balas Ryna lalu menjeling alongnya.
" jeling jeling korek biji mata tu kang" ujar Ryan geram.
" Dah dah tak payah gaduh. Ryna pergi naik atas tukar pakaian Faiq nak bawak kamu keluar kan! Tak baik buat tetamu menunggu." Ujar Pn. Raisha. Faiq hanya tersenyum melihat gelagat anak beranak dihadapannya.
" tak nak lah mama. Kakak nak tengok drama ni sampai habis" Ryna memberi alasan.
" Haishh macam lah tak boleh record cerita kakak tu . Dah naik atas cepat." balas Pn. Raisha.
" Haa. Kakak lupa lah mama arini kakak nak jumpa zathul" ryna memberi alasan lagi.
" Bukan ke zathul balik kampung dia ke?" Tanya Ryan.
" Mana along tahu hah?" Tanya Ryna . Aduhai aku tak nak keluar dengan mamat dingin ni. Ujar ryna perlahan.
" Dia update pic dalam ig dia dan buat caption At my grandmother &grandfather house " jawab Ryan dengan penuh yakin. Pelik je bila adiknya banyak alasan tak nak keluar. Haih buat malu je.
" Ha yelah yelah Akak naik atas tukar baju" Ryna mengalah lalu berjalan naik ke tingkat atas dengan muka yang masam.
" Kakak tak baik buat muka depan tetamu" pesan Pn. Raisha
" ye mama. Kakak senyum" Ryna memandang mamanya sekilas lalu senyum dan kembali berjalan naik ke tingkat ats. Nampak sangat senyum tak ikhlas.
" Banyak betul alasan dia bagi. Maafkan aunty ya Faiq dengan sikap Ryna tu" ujar Pn. Raisha.
" Takpe la aunty saya faham. Orang merajuk macam tu lah aunty" ujar faiq tersenyum.
"Oh i see patut pun Ryna bukan main lagi bagi alasan bagai" kata Ryan tersenyum.
" Tak payah nak pujuk sangat lah si Ryna tu Faiq. Nanti reda la tu merajuk dia. Mengada je lebih tu" Pn. Raisha menggeleng kepalanya.
" Tak boleh Aunty nanti saya yang susah" ujar faiq. Ya nanti aku yang susah. Susah nak buli dia, dengar suara dia, kacau dia. Haisss
" suka hati kamu la Faiq. Ha jemputlah minum Faiq. Nak tunggu si Ryna siap tu berjam jam la jawab nya " ujar Pn, Raisha smbil tersenyum.
"Baik Aunty" Faiq minum air dengan perlahan dan berhati hati (?)
" pujuk tu bagi sweet sikit Faiq. Biar cair adik aku tu. Hati dia tu keras macam batu " pesan Ryan tersengih.
" No hal bro " Faiq Tersenyum.
Amacam? Hahaha sorry lama tak update.
Keep vote and comment gaiss.
![](https://img.wattpad.com/cover/92907301-288-k791141.jpg)
YOU ARE READING
Oh My Tutor
RomanceFaiq Faiqal seorang Pelajar cemerlang di Glory High school. Dengan perangai nya yang dingin membuat kan semua warga Glory high school takut untuk mencari masalah dgnnya.Namun Disebabkan satu arahan membuatkan hati nya tersentak. " Saya nak kam...