Bunyi ketukan dari luar pintu bilik membuatkan Ryna terjaga dari tidurnya yang lena. Ryna memgosok matanya dengan kedua-dua tangannya,terasa mata seakan kabur kerana baru sahaja tersedar dari bangun.
Tukkk...tukkk .....tukkk
Bunyi ketukan dari luar pintu biliknya sekali lagi terhasil. Ryna dengan mamai bangun menujuk ke pintu bilik untuk membuka pintu.
" Nak Apa???" Tanya Ryna geram selepas membuka pintu biliknya Mananya tak geram,masa tidurnya diganggu. Haishh dia cukup pantang orang mengacau masa tidurnya. Dia merasa bagaikan masa rehatnya diganggu.
"Uishhh garangnya adik Along " Ujar Ryan sambil tersengih. Bukan dia tak tahu dia sudah menganggu masa tidur Ryna tapi dia terpaksa .
" Macam mana tak garang kalau Along ganggu masa tidur kakak? Dah tahu kan hari minggu ni kakak habiska masa dengan tidur. Haishh " bebel Ryna . Ryan mengelengkan kepalanya.
" Bukan sengaja pun ganggu, ni haa ada orang nak jumpa. Dah pergi pakai tudung " ujar Ryan. Ryna mengerutkan dahinya. Pelik!
"Sape cari Kakak cuti-cuti ni? Cari maut betul lah"marah Ryna.
"Tak payah membebel, dah cepat pergi cuci muka, gosok gigi then pakai tudung. Jangan lupa pula turun bawah. Tetamu dah lama tunggu, tak baik buat tetamu tertunggu-tunggu." ujar Ryan panjang lebar.
" Ye lah Along ku sayang " ujar Ryna lalu tutup pintu biliknya dan menuju ke tandas untuk mencuci muka.
••••••
Ryna turun ke tingkat bawah dengan malas. Kalau bukan sebab ada tetamu yang entah siapa nak jumpa dia sudah pasti dia malas turun ke bawah. Sudah pasti dia menyambung tidurnya yang tergendala dek gangguan tetamu 'tak diundang' itu.
" Ha tu pun Ryna, buat apa kat atas? Tak reti turun bawah ke?" Bebel Mamanya,Pn Raisha.Ryna hanya mampu tersengih macam keram busuk. Melihat Mak Su sekeluarga ada di ruang tamu membuatkan Ryna cepat-cepat menuju ke arah Mak su dan pak su nya untuk bersalaman.
"Tidur lah Ma apa lagi, macamlah mama tak tahu perangai anak dara mama kalau time hujung minggu ni" ujar Ryan yang berada di sebelah Haiden iaitu anak kepada Maksu dan paksu nya.Ryna hanya tersengih lalu duduk di sebelah Ryan. Kerana di situ sahaja tempat yang kosong.
" Membuta je kerja, bukannya nak study, spm tinggal berapa bulan je lagi tuu" Bebel Pn.Raisha sekali lgi.
"Alah biarkan jelah si Ryna tu membuta time cuti ni kak ngah, Ryna pun kena rehat juga, study 24 jam tak boleh jugak, stress di buatnya nanti" ujar Pn Rania. Aku tersengih. Maksu tak pernah tak sokong aku. Ujar Ryna dalam hati.
" betul cakap Maksu tu Ma, study 24 jam tak boleh jugak, nanti kakak stress lepastu depress. Tak ke naya nanti " ujar Ryna lalu tersengih.
" Kuat tidur pun tak boleh jugak nanti jadi otak lembap. Nak ke otak lembap?" Ujar Pn.Raisha lalu tersenyum sambil mengangakat kening sebelah kirinya.
Ryna hanya tersengih.
"Haa nak ke? " ujar Ryan sambil melihat Ryna.
" Diam ahh Along,bising je" kata Ryna laluh jeling Kepada Ryan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Oh My Tutor
RomanceFaiq Faiqal seorang Pelajar cemerlang di Glory High school. Dengan perangai nya yang dingin membuat kan semua warga Glory high school takut untuk mencari masalah dgnnya.Namun Disebabkan satu arahan membuatkan hati nya tersentak. " Saya nak kam...
