Seawal pukul 7:15 lagi semua pelajar berkumpul di dewan, baik pelajar menengah rendah dan menengah atas mahupun Pelajar PPUR dan PPUA. Hari ini merupakan Sambutan Hari Guru. Para pelajar diarahkan ke dewan lebih awal untuk memulakan majlis Sambutan Hari Guru.
Objektif Sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk mengenangkan jasa jasa guru terhadap murid muridnya. Memandangkan Sambutan Hari Guru ini disambut sepanjang tahu. Selain itu Melalui sambutan ini juga para pelajar dapat mengeratkan ukhuwah antara pelajar dengan guru secara lebih rapat lagi dengan turut serta mengikut acara acara yang diadakan. Danm ketika ini juga lah nak bersosial dengan guru- guru yang sebelum ini serius maut dalam kelas time mengajar.
Cikgu Adnan mula bersuara di atas pentas supaya para pelajar bertenang. Cikgu Adnan mahu mengaturkan kumpulan antara pelajar dan guru. Kerana pelajar yang ramai. Hanya satu per dua sahaja yang join acara acara yang diadakan bersama guru. Lagipun ada je setengah pelajar yang datang bukan nak main tapi nak mengedik. Tak de guna juga klau disenaraikan untuk bermain bersama sama guru. Biking hancur acara sahaja.
Semua pelajar dan para guru dibahagikan secara rawak oleh Cikgu Adnan dan Cikgu Naimah yang mengatur program sambutan Hari guru ini. Ada dua puluh lima kumpulan yang diketuai oleh seorang guru. Setiap kumpulan biasanya terdiri daripada 15 orang pelajar dan 5 orng guru termasuk dengan ketua kumpulan.
Faiq berada dalam kumpulan yang ke-10 bersama sama cikgu Arif, Sir Hilman, Cikgu suraya. Cikgu Farah dan diketui oleh Sir Azman. Selain itu, bercampur juga dengan junior junior form1, form 2, form 3 dan form 5. Dan yang paling penting Faiq dan Ryna satu kumpulan.
Selepas kejadian semalam. Faiq dan Ryna masih lagi belum bercakap. Perasaan bersalah Faiq terhadap dibuang jauh jauh. Takut dia TERminta maaf dengan Ryna.
Acara lari dalam guni dimulakan. Semua kumpulan sudah bersiap sedia. Bunyi pelajar pelajar memberi sokongan yang padu dia dalam khemah disebelah kanan padang sekolah.
" sir, azman cepat sir" laung pelajar yg sokong kumpulan sir Azman.
" cikgu Din cepat, cikgu cepat"
" sikit lagi cikgu"
" farah cepat farah"
"Zathul cepat zathul"
Para penyokong memberi semangat. Bersemangat betul para penyokong memberi sokongan terhadap kumpulan yg disokong.
" Khairul cepat. Sikit je lagi" laung Sir Azman bersemangat
Bermaknanya Lepas ini giliran Faiq untuk lari dalam guni. Dan Faiq kena bertukar guni dengan Ryna.
Khairul sampai di tempat Faiq. Cepat Faiq menyarung guni lalu berlari ke arah Ryna.
Bunyi sorokan dri para penyokong bergema apabila faiq start berlari.
Bila sahaja sampai di Hadapan Ryna. Terus Faiq pastkan guni tersebut kepada Ryna. Ryna membuat muka selamba. Dan cpat depat menyarungkan guni dan berlari kerana dia lah pemain yang last dalam kumpulannya. Kumpulam lain masih lagi mempunyai dua atau tiga permain yang belum berlari.
Dan akhirnya kumpulan Sir Azman mendapat tempat pertama dalam acara lari dalam guni. Cikgu Suraya dan Cikgu Farah memeluk Ryna. Gelagak gelagak gurunya yang gembira membuatkan Ryna tersengih sendiri. Bukan apa jarang acara sebegini diadakan.
" okey lepas ni banyak lagi acara yang kita akan join. So saya harap kamu semua bermain dengan semangat. Saya nak kumpulan kita dapat mata yang paling tertinggi" ujar Sir Azman bersemangat. Pelajar yang lain hanya mengangguk.
Acara seterusnya berlangsung. Dan kumpulan Sir Azman sekali lagi mendapat tempat pertama. Semua Ahli kumpulan Sir Azman bersorak. Termasuk lah Ryna dan Faiq.
Semua kumpulan diberikan rehat selama 15 minit. Ryna pergi ke khemah untuk berehat dan minum air kerana kepenatan bermain.
Ryna melihat Seorang juniornya sedang memberikan air kepada ahli kumpulan lain.
" Nana, Akak nak air mineral tu satu, dahaga" minta Ryna kepada juniornya yang bernama Nana.
" kejap ye kak" balas Nana
Belum sempat Nana menghulurkan sebotol air mineral. Faiq terlebih dahulu menghulur sebotol air mineral kepada Ryna.
Nana yang mahu menghulur sbotol air mineral itu terbantut.
Ryna masih lagi belum menyambut air mineral yang dihulur oleh Faiq. Jelingan yang dibalas oleh Ryna.
"Tak nak ambil ke?" Tanya Faiq keras. Geram . Ryna hanya melihat Faiq sekilas lalu melihat Nana.
" Nana Air mineral Mana?" Tanya Ryna.
" maaf kak. Air mineral tak ada. Abang Faiq yang last ambil tadi" bohong Nana. Entah kenapa dia berbohong. Mungkin sebab melihat jelingan Abg Faiq terhadapnya apabila kak Ryna meminta Air mineral.
" oooo, takpe lah" ujar Ryna.
" Aku hulur tadi bukan nak ambil" keras faiq berkata dan faiq sekali lagi menghulurkan air mineral kepda Ryna
Ryna mengambil air mineral yang di hulur oleh Faiq dengan cepat lalu meneguk sehingga separuh botol.
" Minum tu perlahan lahan boleh tak?tersedak baru tahu. Tersedak shaja takpe ni klau mati kat sini. Menyusahkan org je," Ujar Faiq keras.
Ryna hanya memberi satu jelingan kepada Faiq. Baru sahaja semalam Faiq buat di sakit hati , dan sekarang ni sekali lagi Faiq menyakitkan hatinya.
Bertambahlah mogok Ryna terhadap Faiq.
Ryna cepat cepat bangun,ingin melarikan diri daripada Faiq. Dia benci melihat Muka Faiq, dia benci dengar kata kata perli dan kata kata keras Faiq. Dia benci. Dan dia benci Faiq.
" Adohaiii. Merajuk lagi. " ujar Faiq perlahan
" perempuan memang menyusahkan" kata faiq
" benda kecik pun nam merajuk, Mengalahkan budak budak" sambung faiq perlahan lalu berjalan menuju ke arah Sir Azman. Malas mahu memujuk Ryna. Dia perasan Ryna Asyik nak larikan diri dripada dia. Tadi pun tak bercakap dengannya.
" perempuan ni memang mengada ngada" ujar Faiq lalu melihat Ryna yang sedang mesra berbual denga Junior juniornya.
Keep Vote & Komen.
![](https://img.wattpad.com/cover/92907301-288-k791141.jpg)
YOU ARE READING
Oh My Tutor
Любовные романыFaiq Faiqal seorang Pelajar cemerlang di Glory High school. Dengan perangai nya yang dingin membuat kan semua warga Glory high school takut untuk mencari masalah dgnnya.Namun Disebabkan satu arahan membuatkan hati nya tersentak. " Saya nak kam...