24: Bengang

3.8K 209 0
                                    



Mendengar Pengetua membebel di atas pentas sangat membosankan. Tak ada langsung yang menarik minat aku untuk mendengar bebelan Tuan pengetua. Nasib lah aku bawa buku Fizik dapat lah hafal formula formula yang belum aku hafal. Tak ada lah bosan sangat. Zathul di sebelah sudah dibuai mimpi. Yes kewajipan bagi Zathul bila Perhimpunan hari isnin je mesti dia akan tidur. Katanya dengar cikgu cikgu membebel di hadapan hanya perkara yang sia sia. Haishh Zathul Zathul.

Sedang ku membebel sorang sorang tiba-tiba ada rakan sekelasku memanggilku.

"Ryna" panggil Syifa .Aku memandang ke belakang.

"Ye? " balas aku sambil tersenyum. Walaupun aku tak rapat dgn Syifa,aku akui syifa sangat baik denganku.

" ni ada orang bagi " ujar Syifa sambil menghulur kertas A4 sebesar tapak tangan aku yang sudah digunting kepada saiz kecil.
Aku mengerut kan dahi. Dengan ragu-ragu aku mengambil kertas yang dihulur oleh syifa

" Kertas apa ni?" Tanya Ryna

" Entahlah. Aku cuma sampaikan kat kau je" balas Syifa sambil tersenyum.

" Siapa yang bagi?" Tanya Ryna lagi.

" tuuuu" Syifa memandang belakang dan menunjuk seorang lelaki yang sedang duduk atas kerusi. Maklumlah Pengawas kena ada jaga depam barisan dengan belakang barisan.(faham-faham jela)

" Ouh Terima kasih " ujar sambil tersenyum. Faiq yang duduk di atas kerusi membuat muka dinginnya apabila aku memandangnya. Hais perangai dingin dia tu tak pernah berubah kan? Monolog Ryna dalam hati.

Ryna membuka lipatan kertas tersebut lalu membaca ayat yang ditulis di atas kertas A4 itu.


Rehat nanti rehat sekali ngan aku. Aku warning kau jangan rehat dengan orang lain! Okay ingat tu Sayang.


What the hell bro, macam lah dalam kelas nanti tak boleh cakap, nak jugak tulis surat. Fikir sweet ke faiq sayang?? Ujar Ryna dalam hati lalu tersenyum.

"Haishhh senyum senyum tu ada apa-apa ke? " tanya Zathul. Ryna yang mendengar teguran Zathul terus menyimpan kertas tadi dalam buku fiziknya.

" Halahh senyum pun salah ke?" Balas Ryna tenang.

" tak salah tapi tak ke pelik senyum sorang sorang, ke ada apa apa ni?" Tanya Zathul sambil mengangkat kening nya.

" Takde pape lah. Ni hah bukan tadi kau tidur ke? "Tanya Ryna untuk mengelak daripda ditanya oleh Zathul

" Perhimpunan dah nak habis tu yang aku bangun tu" bals Zathul.

" kau baca surat apa tadi?" Sengaja Zathul menanya Ryna

" mana ada aku baca surat apa-apa. Ada ada je kau ni" Balas Ryna.

" halah halah, macam lah aku tak tahu. " usik Zathul.

" takde papelah. Kau diam blh tak?" Geram Ryna

" yelah yelah " balas Zathul pasrah. Suka sangat berahsia


••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kringggggggggggg.

Bunyi loceng menandakan rehat membuat kelas Ryna kelam kabut. Ada yang sibuk mengemas buku-buku di atas meja ada yang sudah keluar dari kelas.

"Ryna jom rehat "Ajak Zathul.

" okay jom " dengan cepat cepat Ryna menyimpan kotak penselnya ke dalam begnya.

Faiq dan geng geng nya masih lagi di dalam kelas. Maklumlah geng-geng mereka suka keluar kelas paling last sekali. Faiq yang melihat Ryna keluar dari kelas bersama sama Zathul bengang.

" faiq? Kau tak nak rehat ke? " tanya hafiz , yang lain memandang faiq

Dengan pantas plus bengang dgn Ryna Faiq cepat cepat pergi ke arah geng geng mereka di hadapan pintu kelas.

" Kau asal nampak bengang semacam je? " tanya adam

" Haah,asal ni weh? Tadi okay je" tanya hisyam pula

Faiq hanya diam, diam malas menjawab pertanyaan rakan-rakannya. Yang dia pasti dia sangat bengang dengan Ryna. Agaknya minah tu sarapan pagi tadi dengan semut. Ujar faiq dalam hati. Rakan- Rakan nya sudah memandangnya pelik. Jarang Faiq bersifat bengang ni.

" Dia bengang lah sebab buah hati dia lupa yang dia kena rehat sekali harini" ujar Hafiz tersenyum. Haishh Faiq faiq . Semua rakan-rakan nya memandang faiq tidak percaya.

" buah hati? Siapa weh?" Tanya adam sedikit kuat.

" sejak bila abang dingin kita ni ada buah hati?" Tanya Hisyam pula. Faiq buat bodo saja dengan pertanya rakan-rakannya

" Wehh kitaorang tanya ni" geram adam.

" Semakk lah korang ni, aku cau lu " ujar Faiq lalu blah dan menuju ke kantin dengan cepat.

" weh Fiz, sape buah hati si Faiq tu?" Tanya hisyam.

"Kau tanya lah dia sendiri " ujar si Hafiz malas melayan rakan rakan nya.

"Aduhh capat lahh, dengan kita orang pun nak berahsia ke?" Pujuk adam.

" Aghhh takde takde, tanye Faiq sendiri " ujar Hafiz keras lalu lari meninggalkan adam dan hisyam

" wehh tunggu arr kitaorang " jerit adam dan hisyam serentak lalu mengajar Hafiz. Perangai cam budak budak diorang ni.

Oh My Tutor Where stories live. Discover now