Selepas sahaja mencuci pinggan, Ryna terus ke tingkat atas untuk bersiap. Dia sudah membersihkan diri sebelum makan tengah hari tadi,namun dia belum bersiap-siap untuk keluar dengan abang Haiden kesayangannya. Iya! Mana mungkin dia lupa bahawa petang ini dia akan keluar date dengan abang Haiden.
Ryna mengenakan Blouse putih dan skirt berwarna minx blue.(Skirt kembang)Tudung bawal berwarna minc blue juga di pakai di kepalanya dengan gaya tersendiri.
Setelah siap memakai tudung, Ryna terus mengambil beg silangnya lalu turun ke tingkat bawah.
"Okay jom abang " ujar Ryna setelah sampai di hadapan kereta Honda Civic milik Haiden. Haiden yang sedang scroll screen fon nya terhenti.
"Wah jarang dapat tengok adik abang pakai skirt bila keluar ni, nampak keayuan disitu Hahahahah " ujar Haiden. Memang benar jarang sekali dia dapat melihat Ryna keluar memakai skirt,selalunya Ryna lebih suka pakai jeans. Ya jelas keayuan seketul Ryna Irish disitu.
" eee abang ni, tahu lah Adik jarang pakai skirt, tak perlu lah perli " Ryna buat suara rajuknya.
" Bukan perli tapi adik abang lagi nampak aku dan terserlah keayuan bila pakai skirt. Faham? Dah jom masuk"Kata Haiden. Ryna hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta milik Haiden.
" kita nak pergi mana bang?" Tanya Ryna setelah Kereta Honda Civic milik Haiden meluncur di atas jalan raya.
"Apa kata kita pergi tengok wayang?" Cadang Haiden.
"Adik ikut je" ujar Ryna
••••••••••
Ryna dan Haiden berjalan beriringan dan menuju ke panggung wayang. Haiden berjalan menuju ke kaunter untuk membeli tiket.
" Dik" panggil Haiden
"Ya?" Tanya Ryna
"Nak tengok cerita Paskal or Polis Evo 2? "Tanya Haiden.
" Polis Evo 2 lah,Cerita paskal adik dah tengok dengan along haritu " jawab Ryna. Haiden hanya mengangguk. Setelah selesai membuat pembayaran Haiden dan Ryna membeli Popcorn dan air.
" Cerita lagi 30 minit, kita nak kemana dulu?" Tanya Haiden.
" Kita tunggu jelah, 30 minit tak lama pun " cadang Ryna.
" Abang okey je " ujar Haiden. Haiden dan Ryna mencari kerusi yang berdekatan dengan panggung wayang lalu melepak disitu.
Ryna membuka App Instagram lalu membuka camera dekat story ig nya.
"abang jom selfie" ujar Ryna kepada Haiden yang ralik tersenyum bermain dengan phone nya. Tak lain tak bukan mesti chat dengan makwe dia. Haiden memandang ke arah camera telefon milik Ryna lalu tersengih.
" okay say cheese " ujar Ryna namun dia bukan mengambil gambar malah membuat video.
" cheese" ujar Haiden sambil tesenyum menampakkan kedua lesung pipitnya.
" Eeee ni video,apani tipu abang " ujar Haiden. Lalu membuat muka masam. Ryna hanya tersenyum tanda happy dapat kenakan abang Haiden nya. Selepas Haiden membuat muka masam mencukanya baru video 15 saat di story ig milik Ryna terhenti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Oh My Tutor
RomantizmFaiq Faiqal seorang Pelajar cemerlang di Glory High school. Dengan perangai nya yang dingin membuat kan semua warga Glory high school takut untuk mencari masalah dgnnya.Namun Disebabkan satu arahan membuatkan hati nya tersentak. " Saya nak kam...
