#15

2.1K 104 12
                                    

Jungkook masih menunggu keputusan doktor. Hatinya menjadi cemas. Sudah berapa jam dia menunggu tapi masih tiada kelibat doktor keluar dari bilik.

Jungkook hampir melelapkan mata tapi dia melihat doktor sudah keluar dari bilik pembedahan.

Jungkook dan Jungjae meluru ke doktor itu.

"Doktor, macam mana keadaan taehyung?" Jungkook terus bertanya.

Doktor itu menayangkan senyuman.

"Syukurlah. Dia masih boleh diselamatkan. Tapi keadaan dia agak kritikal. Peluru yang memasuki tubuhnya agak dalam. Jadi saya meramalkan tidak akan sedar dalam masa terdekat ini,"

Jungkook menghela nafas lega. Tapi hati nya menjadi risau semula.

"Bila dia akan sedar? Lama sangat ke doktor?"
"Macam yang saya cakap, dia tidak akan sedar dalam masa terdekat ni. Keadaan dia masih lagi lemah. Saya harap awak bersabar,"Doktor tersebut melangkah pergi.

" Takpe jungkook, yang penting taehyung selamat. Jom, kita tengok dia, "Jungjae memujuk jungkook supaya jungkook bertenang. Jungkook hanya mengangguk.

Dua beradik itu memasuki bilik taehyung. Wajah taehyung amat pucat. Keaadannya masih lagi lemah.

Jungkook menatap wajah namja kesayangannya. Dia merindui wajah yang suka mengusiknya. Wajah yang suka menghiasi senyuman petaknya. Dia sayu melihat taehyung.

Air mata jungkook kembali runtuh. Dia merasakan apa yang dialami taehyung merupakan salahnya. Dia tak patut memasukkan taehyung kedalam masalahnya.

"Taehyung, maafkan kook.Kook yang buat taehyung jadi macam ni. Kook x patut sayangkan taehyung. Kook tak dapat lindungi taehyung. Hiks hiks. Tapi kook tak boleh, kook terlalu sayangkan taehyung. Jangan tinggalkan kook lagi, jangan baring di atas katil ni lagi. Hiks hiks.."

Jungjae memeluk jungkook yang tengah emosi. Jungjae sebak. Dia sayang jungkook dan taehyung. Kedua-duanya seperti adik kandungnya sendiri. Dia juga sedih melihat taehyung yang terbaring di atas katil.

" Jungkook, jangan menangis. Aku tahu taehyung pasti tak suka diri kau sedih disebabkan dia. Kita pasti dapat lihat wajah gembira dia kembali. Kita perlu tunggu masa dia sedar. Jadi, kau jangan jadikan diri kau lemah. Kau mesti kuat," Jungjae berusaha membangkitkan semangat jungkook.

Jungkook mendiamkan diri. Matanya dipejam. Dia perlu menjadi kuat. Taehyung telah banyak berkorban untuk dirinya. Sekarang dia tak boleh lemah.

" Baiklah. Jungkook akan kuat. Saya tak akan sedih lagi. Thank you hyung. Sebab tak putus asa dengan jungkook,"Jungkook menayangkan senyuman.

" Macam ni lah adik hyung. Ok. Esok kita datang lagi ke sini. Kau pun kena berehat,"
" Baik hyung, "

Jungkook menatap muka taehyung seketika.

"Esok kook datang lagi. Taehyung, saranghae,"
_____________________________________

Seminggu kemudian...

Taehyung masih lagi tidak sedarkan diri. Jungkook hanya menanti.

Jungkook memasuki wad taehyung dia membawa sejambak bunga untuk taehyung. Walaupun dia tahu taehyung belum bangun dari tidurnya yang panjang.

"Taehyung! Jungkook ada bawak bunga untuk taehyung! Bunga ros. Harum sangat. Jungkook tahu taehyung suka bunga ros,"

Jungkook mempamerkan senyuman banny nya. Taehyung sudah berada di wad biasa, jadi dia berasa lega kerana taehyung sudah terlepas dari tahap kritikal. Hanya perlu menunggu namja itu sedar.

Jungkook duduk dikerusi. Dia memegang erat tangan taehyung.

" Taehyung, kook akan setia dengan taehyung. Kook sayang taehyung sangat2. Jadi bukalah mata tu. Kook nak taehyung mata jernih taehyung. Jangan pernah tinggalkan kook. Tolonglah bersama dengan kook sampai akhir hayat,"

Jungkook hampir menitiskan air matanya. Tapi dengan cepat dia mengesat. Dia tak nak lemah.

Jungkook menghampiri muka taehyung. Dia melihat bibir taehyung. Dia merindui sentuhan bibir taehyung. Jungkook meletakkan bibirnya ke bibir taehyung. Bibir itu dikucup lama.

Jungkook melepaskan ciuman tersebut.Namun seketika kemudian jungkook terlihat jari jemari taehyung mula bergerak sedikit. (author bace balik cite ni.. Tapi author tengok author buat cite ni macam cite cinderella😂sebab dia cium pastu tetiba hidup) 🤣🤣

Dengan perlahan taehyung membuka matanya.

"Jungkook..." Taehyung memanggil nama jungkook. Jungkook menitiskan air mata gembira. Doanya selama ini termakbul juga.

"Taehyung! Awak dah sedar! Saya akan panggil doktor," Dengan cepat jungkook memanggil doktor.

Doktor memeriksa taehyung. Doktor itu tersenyum.

"Baguslah. Dia sudah sedar. Saya akan check dia lagi selepas ini," doktor itu berlalu keluar dari bilik.

Jungkook terus memeluk taehyung. Dia amat rindukan taehyung. Jungkook menitiskan air mata.

"Taehyung.I miss you. I miss you so much.," Jungkook sudah tak terkata. Dia terlalu gembira.

Taehyung menayangkan senyuman.Dia pun rindukan jungkook. Mereka melihat wajah masing2.

"I miss you too. Ooo.. Uljima my love. I don't leave you. Love you so much jungkook,"Taehyung mengusap lembut pipi jungkook. Jungkook menayangkan senyuman.

"I love you too. Don't do it again. Saya tak nak awak sakit lagi," Jungkook mencebik. Dia sengaja berbuat begitu.

"Alololoo.. You so cute. Come here,"

Taehyung mencium bibir lembut jungkook. Jungkook membalas. Mereka berdua bercium hangat.

"Love you taehyung,"

"Love you jungkook,"

VKOOK{Protect Me } Where stories live. Discover now