Apakah kau cuba,
untuk menfikan,
keikhlasan hatiku,
pada mu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..🍁🍁🍁
PRANG!
Aku tersenyum lebar saat melihat beberapa not wang kertas yang pelbagai warna berada di dalam tabung ku jatuh ke lantai. Di ikuti dengan beberapa keping duit syiling. Lantas tanpa membuang masa aku mengutip satu persatu duit syiling itu dan mengambil beberapa not wang kertas yang pelbagai warna lalu mengiranya dengan cermat.
"Cukup rasanya kalau nak buat semua ni untuk abang" gumamku sendirian.
Kalendar yang terlekat cantik di dinding ku ambil lalu melihat satu angka 5 yang ku bulatkan dengan besar sekali. Satu senyuman lebar terukir.
Ya, 5 November merupakan hari lahir Kaizo. Aku selalu mengingati hari penting abangku. Cuma kebiasaannya aku tidak pernah menyambut mahu pun memberikan ucapan kepada abang aku. Tapi, tahun ni aku ingin membuat kelainan untuk abang aku. Aku ingin memberikan satu kejutan yang istemewa untuknya. Siapa tahu tahun ini sahaja aku mampu memberikan kejutan yang indah sebegini buatnya.
Jam di sisi katil ku kerling seketika. Jam menunjukkan sudah menginjak ke angka 10 malam. Jadi jika dipuratakan ada dalam satu jam setengah [ Maaf kalau salah author dengan matematik bermusuh😂] untuk aku mempersiapkan segalanya untuk Kaizo.
'Harap abang tak marah dan suka kejutan ni' desis hatiku penuh berharap.
🍁🍁🍁
"Kak Iris!" jeritku memanggil nama doktor peribadiku memerangkap kakak angkat ku yang tersayang.
Iris kaget seketika saat mendengar suara Fang yang menjerit lantang memanggilnya.
"Fang nak apa ni datang hospital akak?" soal Iris lembut. Meskipun dia terkejut dengan jeritan Fang sebentar tadi.
Aku senyum. Sebelum aku memberitahu rancanganku. Aku terlebih dahulu melabuhkan punggungku di atas kerusi empuk menghadap Iris.
"Fang nak akak tolong Fang buat suprise untuk abang, hari ini kan hari lahir dia. Fang tak tahu nak bagi apa, jadi.. Fang nak buat kejutan untuk dia.. Supaya dia gembira" ucapku memulakan perbicaraan. Asal tujuan aku datang ke hospital milik Iris.
Iris senyum kecil. Dia sendiri terlupa hari ini hari lahir Kaizo. Sekarang barulah dia mengerti mengapa wajah Kaizo kelat saat mengambil dirinya dari rumah pagi tadi.
"Fang nak akak tolong apa?" soal Iris. Ingin tahu. Wajahnya tidak lekang memandang wajah polos itu. Hatinya senang jika Fang sentiasa tersenyum saat ini.
Dan dia selalu berdoa agar senyuman itu kekal sehingga akhir hayat dia.
"Ni semua senarai yang Fang nak buat. Dan ni duitnya. Akak tolong beli bahan nak buat kek kesukaan abang saja" kataku lalu menghulur senarai bahan kek yang perlu dibeli berserta wang yang sudah dibajetkan oleh diriku.
Iris itu mengambil senarai bahan kek yang harus dibeli olehnya. Wang yang dihulurkan oleh Fang ditolak cermat."Tak apa, kak Iris guna wang akak saja, Kak Iris hampir lupa hari ini hari lahir Kaizo" ujar Iris bersama senyuman.

YOU ARE READING
[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅
Fanfiction[PROSES EDIT BALIK KERANA KAU ABANGKU CHANGE TO DIA ABANGKU] Dia, adik yang tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Menjadi penyebab kematian kedua orang tuanya. Abang? abang yang tidak pernah menganggapnya ada atau wujud. Malah, selal...