Saat ku sendiri,
Ku lihat foto dan video,
Bersamamu,
Yang telah lama ku simpan..🍁🍁🍁
MALAM itu terasa hening yang hanya ditemani oleh bintang-bintang yang terpampang di dada langit. Terlihat seorang insan sedang menompang dagu sambil kedua matanya menatap indah langit yang terbentang di hadapan matanya. Sesekali matanya melirik ke arah satu gambar yang dibingkai cantik. Dia tersenyum. Entah mengapa, malam ini terasa rindu akan insan yang berada di dalam gambar itu. Rindu yang menyesak dada. Rindu yang tidak pernah akan dibalas sampai bila-bila. Rindu yang sudah dua tahun ditahan.
"Abang" lima perkataan itu meluncur laju dari bibir itu. Sedar tidak sedar sudah dua tahun Kaizo pergi meninggalkan dirinya bersendirian. Takdir selalu salah memilih bukan. Baru sahaja dia merasa secebis kasih dari sang abang, dewa maut telah menjemputnya terlebih dahulu. Ah, dia baru teringat akan sesuatu. Sesuatu yang diberi oleh kakak angkatnya.
Surat baru dari abangnya. Surat yang telah ditulis oleh Kaizo sewaktu hayat nafasnya masih tersisa. Dia mencari dari segala sudut. Bermula dari tempat belajarnya, tempat tidurnya. Dan akhirnya, dia menjumpai surat itu di dalam beg sandang yang selalu dibawa oleh dirinya untuk ke kelas setiap hari. Beg berwarna ungu itu dicampak ke sudut dinding. Surat berwarna merah dibuka lalu membaca isi di dalamnya.
Hai Fang,
Apa khabar mu disana?
Sihatkah? Sakitkah? Atau kau masih busy di kolej mu?
Adik tersayang,
Esok adalah hari lahir abang. Sengaja aku ingatkan kau Fang. Sebab aku tahu
Kau sibuk di kolej. Aku tidak mintak banyak. Cukup sekadar mendoakan aku disini.Hei adik,
Sudah dua tahun berlalu kini. Tiadakah insan yang berjaya mencuri hatimu?
Jika ada, bawalah ia padaku. Kenalkan aku padanya. Aku ingin mengetahui,
Siapa susuk yang berjaya membuat adik aku tertunduk pada gadis.Bagaimana pelajaran mu? Sulitkah? Tentu saja sulit, kerana sekarang kau berada di kolej bukan di sekolah. Adik, kalau ada yang kau tak faham, kau boleh bertanya kepada penysarah di kolej. Ingat pesan aku, belajar lah bersungguh-sungguh. Banggakan aku disini. Kerana doa aku seiring denganmu.
Fang,
Maafkan aku untuk segala yang pernah aku buat pada kau. Aku terlupa amanah ibu dengan papa. Dendam di hati masih tersisa mungkin. Kini, diriku sudah jauh dari mu. Jagalah sebaiknya dirimu. Jadilah Fang yang sentiasa tabah, cekal dan mengukir senkuntum senyuman manis mu yang selalu kau beri padaku tika dahulu.Ok lah, disini sahaja dulu surat tangan dari aku. Yang lain akan menyusul kemudian.
Ingat Fang, abang sentiasa menyayangimu meski kini jasad kita dipisahkan jauh. Salam sayang dari ku. Kaizo Hao.Yang benar,
KaizohaoFang memeluk erat surat yang berada di tangannya. Air mata yang sedari tadi mengalir dibiarkan sahaja. Tiada tanda-tanda di mahu mengelapnya. Dia menangis teresak di birai katil itu. Tika ini dia terlalu merindui Kaizo. Jika waktu mampu diputarkan maka dia lebih memilih untuk pergi dahulu sebelum Kaizo. Kerana sakitnya kehilangan abang itu lagi parah lukanya daripada sakit tangan yang terhiris pisau.
"Abang, adik rindu abang hiks.. rindu sangat.." hanya itu yang mampu dia ungkapkan kini. Dan pada malam itu. Dia tidur bersama deraian air mata. Kerinduan terdalam yang tiada siapa tahu. Hanya dirinya sahaja mengerti. Dia terlalu rindu Kaizo. Sangat rindu.
YOU ARE READING
[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅
Fanfiction[PROSES EDIT BALIK KERANA KAU ABANGKU CHANGE TO DIA ABANGKU] Dia, adik yang tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Menjadi penyebab kematian kedua orang tuanya. Abang? abang yang tidak pernah menganggapnya ada atau wujud. Malah, selal...