Apakah kau cuba,
tuk menentukan,
keikhlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..🍁🍁🍁
Kaizo membuka perlahan-lahan Iris delima merahnya. Entah mengapa malam ini dia terasa tidak boleh tidur. Walhal selama ini dia boleh sahaja lena dari tidurnya, kerana terlalu letih bekerja. Itu adalah faktor mengapa kaizo selalu tidur awal dan mengabaikan Fang.
Dua tapak tangannya dilipat ke belakang bagi melapik kepalanya. Kedua Iris delima merahnya itu memandang Siling yang dihiasi corak bungaan yang cantik.
Tiba-tiba.. Siling itu berubah menjadi seakan satu layar di pawagam. Kaizo terkejut dan berasa pelik, namun di diamkan sahaja. Dia menganggap bahawa dia terlalu penat sehinggakan dapat melihat benda imaginasi secara berlebihan.
Kaizo juga sedar bahawa disekeliling biliknya sudah berubah menjadi satu bilik yang gelap dan asing. Cahaya yang terhasil hanyalah dibantu oleh layar yang dilihatnya.
Dia masih berdiam di atas katilnya. Meskipun sekarang ia hanya lah sebuah bilik asing yang gelap. Kerana jauh disudut hatinya, dia ingin mengetahui apa yang ada di dalam layar tersebut.
Ia nya seolah wayang yang tidak perlu dibayar. Seketika kemudian, wajah seorang kanak-kanak berusia tiga tahu mula ditunjukkan di layar itu. Kelihatan ketika itu kanak-kanak tersebut sangat gembira.
Namun, layar itu terus menunjukkan imej-imej yang lain sesuai dengan peredaran masa.
Kaizo.. menangis.. kejamkah dia selama ni?
"Abang?" sayup-sayup kedengaran suara yang amat dikenalinya memanggilnya dengan lembut.
Kaizo tersentak lantas bangun lalu mencari suara itu.
"Fang? fang, kau dekat mana?" soal Kaizo. Iris delimanya memandang sekeliling.
Namun sayangnya.. Tiada.. Suara itu seolah hilang..
"Kaizo, tunaikan janji kamu sayang, tunaikan sebelum terlambat" kata suara wanit itu dengan lembut sekali.
Suara ibu?
"Ibu! ibu jangan tinggalkan Kai lagi hiks.. K-Kai janji tunaikan kalau ibu ada hiks.." jeritnya bersama tangisan. Dia terlalu rindukan Erza! sangat..
"Abang.. adik pergi dulu jaga diri, jangan lupa selalu jaga kesihatan abang, adik sayang abang.. selamat tinggal Kaizo.." suara si adik mula menghilang bersama senyuman manis. Senyuman yang seolah dia sudah lepas dari segala seksaan yang diberi kepada Kaizo selama ini.
Kaizo kaget. Dia segera mengejar Fang. Sayangnya.. Fang semakin menjauh dan menjauh.
Dia terduduk memeluk lututnya. Air matanya seolah tidak berhenti untuk terus mengalir.
"Tak! tak! Fang! Fang!" jeritnya lagi. Seakan terkena histeria.
"Hiks.. Fang.. maafkan abang.. hiks.." ucapanya dengan suara lemah.
Apa yang dia rasa sekarang ini? dia takut.. takut akan kehilangan Fang, kenapa baru sekarang dia merasai perasaan itu. Kenapa baru sekarang dia menyedari kewujudan Fang?.
🍁🍁🍁
"FANG! JANGAN TINGGALKAN ABANG!" jerit Kaizo sekuat hati lalu kedua Iris delimanya terbuka luas.
Nafasnya turun naik. Peluh yang merenek hebat. Seakan penghawa dingin kini tidak memberi sebarang kesan kepadanya. Dia.. Mimpi buruk!.
Tanpa membuang masa. Dia bangun dari tempat tidurnya lalu pergi ke bilik Fang.
Pintu bilik dibuka perlahan. Terlihat wajah si adik yang agak pucat sedang enak tidur.
Dia lega.
"Selamat malam Fang" ucapanya perlahan lalu menutup kembali pintu bilik milik Fang.
"Apa maksud mimpi tu?"
Mimpi itu seolah yang dia akan kehilangan Fang. Tapi mengapa? Satu tanda tanya yang kini berada di benaknya.
Mimpi itu mahu memberinya amaran kah?.
TBC..
Hye minna~
Selamat pagi,
Mohon abaikan segala typo,
vote jika best dan komeb bila perlu.Maaf kalau hambar dan merapu. Rai cuba lagi ok?
Ramai yang tanya adakah Fang akan sehat macam dulu atau mati? haha.. nak tau? stay tuned lah!
Jangan lupa spam comment&vote bebanyak!.
YOU ARE READING
[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅
Fanfiction[PROSES EDIT BALIK KERANA KAU ABANGKU CHANGE TO DIA ABANGKU] Dia, adik yang tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Menjadi penyebab kematian kedua orang tuanya. Abang? abang yang tidak pernah menganggapnya ada atau wujud. Malah, selal...