Apakah kau,
cuba untuk menafikan,
keikhlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..🍁🍁🍁
Kedua mata Fang terbuka dengan perlahan-lahan. Terasa ada cahaya yang menerombosi penglihatannya dan menyukarkan untuknya membuka kedua matanya. Namun, digagahkan juga agar kedua matanya bisa terbuka.
"A-akak I-Iris.." panggil Fang dengan suara yang melemah.
Iris tersentak lantas memandang Fang. Terasa lega apabila melihat anak muda ini sudah sedarkan diri selepas dua hari Fang tidak sedarkan diri akibat menjalankan pembedahan memindahkan jantung dan hati baru kepada Fang.
"Fang dah sedar? syukurlah. Kak Iris check dulu ye?" lembut suara Iris berkata.
Fang mengangguk lemah. Membiarkan Iris melakukan tugasnya. Namun, sesekali matanya meliar mencari-cari kelibat abangnya.
"Akak, abang tak datang?" soal Fang. Dia terasa pelik kerana Kaizo tiada disampingnya sewaktu Fang telah sedarkan diri.
Iris diam. Persoalan Fang dibiarkan sepi. Malah tangannya lincah menulis sesuatu di atas buku pesakit yang disediakan. Setelah itu baru dia memandang Fang dengan senyuman kecil.
"Fang, rehat dulu ye" nasihat Iris. Sebolehnya dia mahu memberitahu Fang setelah anak muda ini sembuh.
Fang mengeleng. Wajah Iris dipandang penuh berharap. Dia inginkan jawapan. Dia mahukan abangnya sahaja saat ini.
Iris mengeluh. Satu sampul surat yang berwarna biru laut diberi kepada Fang.
Fang mengambil sampul surat yang berwarna biru laut tersebut dengan teragak-agak. Dia pelik sebenarnya.
"Akak, keluar dulu" kata Iris setelah memberikan amanah yang dipegang kepada Fang. Lalu keluar dari wad yang diduduki oleh Fang.
Sengaja dia berbuat demikian. Iris Mahu memberikan privasi kepada Fang. Dia tahu Fang seorang yang kuat dan pasti akan menerima semua ini dengan baik.
Fang mengangguk faham. Tanpa membuang masa Fang terus sahaja membuka sampul surat yang diberi oleh doktor muda itu tadi. Tulisan dan ayat yang ditulis oleh Kaizo dibaca satu persatu dengan tekun sekali.
Hai Fang Hao,
terlebih dahulu abang mintak maaf sebab tak dapat temankan adik bila adik dah sedar nanti. Maafkan abang ye sebab mungkir janji. Takdir telah menulis segalanya dengan begitu cantik sekali.Adik?
bila adik baca surat ni, abang dah tak ada lagi nak teman Fang, nak bergurau senda dengan Fang. Maaf kerana terlewat menciptakan memori indah. Malah abang menciptakan satu lubang neraka kepada kau.Fang,
Inilah sebab kenapa abang selalu pulang lewat malam. Abang nak beri adik hadiah sempena hari lahir adik yang dah lepas. Maaf sebab selalu melupakan hari penting adik. Hadiah ni takkan pernah hilang malah akan sentiasa ada bersama kau.Adik,
abang nak kau tahu bahawa abang selalu bangga dengan pencapaian kau. Kau nampak saja abang seolah abang tidak kisahkan? walhal abang kisah, IPhone tu sebenarnya hadiah daripada abang. Maaf, terlalu ego untuk memberitahu itu.Tahniah Fang! teruskan usaha kau lepas kau dah sihat. Dunia ni terlalu luas untuk kau terokai. Dunia ni terlalu banyak misteri yang perlu kau ungkap. Dunia ini juga terlalu banyak manusia yang bertopengkan kejahatan disebalik kebaikan.
Fang,
berjanjilah kau akan terus tersenyum dan tabah menghadapi dunia ni. Cekal hadapi segala cabaran di dunia ni. Tabahlah adik, seperti mana kau terus tabah saat menerima segala hamuan, kebencian dan kemarahan abang dahulu.Ok lah, rasanya dah terlalu panjang ni abang tulis. Fang, jaga dua perkara yang aku kirimkan kepada kau. Satu, jantung dan hati aku pada kau. Dua, pedang yang diberi oleh papa dahulu.
Fang.. aku sayang kau sangat. Ingatlah bahawa aku sentiasa di dalam hati kau.. Selamanya.. Maaf ni takkan pernah terungkap dan memadai atas apa yang telah abang lakukan pada kau Fang..
Ikhlas,
Kaizo Hao..Hiks.. Hiks..
"Kenapa abang.. Kenapa.." hanya tangisan yang kedengaran di ruang itu.
Fang sendiri tidak menyangka Kaizo sanggup berkorban demi dia. Kaizo sanggup menaruhkan nyawanya hanya semata untuk menyelamatkan Fang. Fang menghargai semua itu.
Surat yang diberi oleh Kaizo dilipat cermat lalu diletakkan di atas meja.
"Adik, akan tunaikan janji adik kepada abang. Harap abang selalu doakan adik dekat sana" gumam Fang sendirian. Dia juga memberikan sedikit semangat kepada dirinya agar terus tabah.
Dia sudah bertekad akan meneruskan kehidupan dan mencapai cita-citanya demi Kaizo. Dia mahu abangnya berbangga kerana mendapat adik sepertinya.
Fang senyum sendirian tanpa sedar.
"Adik akan rindukan abang.."
Jadilah,
setabah yang boleh,
dan selalu ungkirkan senyuman,
meskipun hati kau telah berderai,
hancur.. - RaisyaAirisJadikan memori semalam,
sebagai kenangan yang indah,
untuk kau ingati,
malah jadikan ia sebagai,
sumber kekuatan untuk kau,
menempuh hari esok,
dan mendatang.. - Iris Elendra.Maaf yang takkan terungkap,
ku berikan kepada kau,
janji yang dimungkiri olehku,
maaf wahai adik kerana,
meninggalkan kau tanpa sempat,
aku menciptakan lebih banyak,
memori indah,
namun aku yakin kau mampu,
menjadi setabah dulu Fang Hao..
- Kapten KaizoTBC..
Hye minna,
selamat pagi,
mohon abaikan segala typo,
vote jika best and komen bila perlu.Maaf kalau hambar,
Nanti Rai cuba lagi.So, macam mana chapter ni? best tak?😂 ada yang nangis? so dah ready untuk final bab?😏
Apapun enjoy this chapter! nantikan bab akhir nya ya gusy! and keep voting also spamming comment!!.
Enjoy reading alls my readers!!.
YOU ARE READING
[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅
Fanfiction[PROSES EDIT BALIK KERANA KAU ABANGKU CHANGE TO DIA ABANGKU] Dia, adik yang tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Menjadi penyebab kematian kedua orang tuanya. Abang? abang yang tidak pernah menganggapnya ada atau wujud. Malah, selal...