Apakah kau cuba,
untuk menafikan,
keikhlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..🍁🍁🍁
Pemberitahuan :
Sila mainkan lagu di atas. Em, sediakan tisu maybe😂 I hope, I kuat untuk taip this scene.Kaizo menatap wajah pucat Fang dengan begitu dalam sekali. Sesekali dia mengelus lembut pipi adiknya itu. Berharap Fang akan segera sedar.
"Maafkan abang sebab selalu marah kau.. dera kau.. buat kau.. macam.. kau bukan darah daging aku sendiri.. Aku.. kejam.. kan.." luah Kaizo perlahan. Iris delimannya tepat memandang wajah Fang yang sedang terbaring lemah di atas katil wad.
Dia sendiri tidak menyangka. Adik yang dilihat begitu ceria menyimpan sejuta satu rahsia. Siapa sangka Fang yang terlihat selalu tersenyum, pasrah dengan cacian makinya. Rupanya menyimpan sesuatu yang dia tidak ingin tahu. Fang tidak mahu insan lain melihat dia seperti seorang yang lemah.
Lihatlah bertapa Kuatnya Fang melawan setiap kesakitan yang diterima. Kaizo bangga kerana memiliki adik setabah Fang dan sekuat Fang.
"Fang, kau.. tahu tak.. waktu ibu kata yang dia pregnant lagi. Aku Orang yang pertama gembira. Aku tak sabar nak tengok kau lahir.. sebab? aku nak jaga kau, lindungi kau dan nak curahkan semua kasih sayang aku dekat kau" tangan Fang digenggam erat.
Kaizo senyum. Dia tahu. Fang tidak mendengarnya. Lihat sahaja, kedua matanya tertutup rapat. Hanya alat bantuan dan detak jantung Fang sahaja yang didengarnya.
"Lepas kau lahir, aku janji takkan sakitkan kau, takkan cedera kau dan takkan buat kau derita bila dengan aku. Aku nak adik aku ni selalu ceria, senyum dan ketawa dengan aku" kata Kaizo lagi. Rambut adiknya di elus lembut sebelum menyambungnya lagi.
"Kau ingat tak? waktu kau umur 3 tahun. Kau mengamuk nak kan mainan baru, tapi aku tak nak belikan, kau merajuk dengan aku sampai kau tak nak cakap dengan aku dan kau tak pandang aku pun waktu tu. Kau tahu apa aku rasa? aku rasa sakit bila adik yang aku sayang abaikan kewujudan aku. Lepastu, aku belikan kau mainan baru jugak sebab dah tak tahan kau marah-marah, merajuk dengan aku. Aku tak nak hilang kau hanya sebab mainan" ucap Kaizo lagi. Dahi Fang dicium lama.
"Tapi.. Sejak peristiwa tu berlaku.. Aku mula tanam sifat benci tu untuk kau, ibu.. ibu dengan papa sanggup mati semata nak selamatkan kau.. di situlah mulanya dendam aku.. Ego aku.. Aku tak puas bila tak tengok kau dalam kesakitan.. Aku.. Aku nak kau rasa sakitnya hilang orang yang kita sayang depan mata kau sendiri.." ujar Kaizo lagi. Air matanya jatuh.
"Aku dera kau.. bencikan kau.. buat kau macam kau bukan adik aku.. Aku lupa macam mana sakitnya aku dulu bila kau abaikan aku.. Malah tinggalkan kau aku waktu tu.. Fang? bangunlah untuk aku.. Aku masih perlukan kau.. Aku perlukan kau untuk terus kuat nak hadap dunia ni.. Sebab kau.. Kau satu-satunya alasan aku.. kenapa sampai sekarang aku bertahan hidup.." Kata Kaizo lagi. Tubuh kecil Fang dipeluk erat.
Hiks.. Hiks..
"Aku.. Aku kalah dengan Ego aku.. Dendam yang bersarang dalam hati aku.. Aku perlukan kau Fang, sangat perlu. Bukalah mata kau.. Kita mula balik apa yang telah hilang dulu, Sedarlah Fang.. Aku sayang.. Sangat.." ucap Kaizo lagi bersama tangisan.
Kenapa baru sekarang dia menyedari yang Fang adalah permata dalam hidupnya? Kenapa Kaizo begitu lupa bahawa Fang adalah satu-satunya alasan yang kukuh untuk dijadikan alasan mengapa dia begitu tabah menghadapi segala ujian yang diberi oleh dirinya.
"Fang, walaupun aku tahu kau takkan lama lagi dengan aku.. Tapi izinkan aku cipta sedikit kenangan manis kita bersama.. please.." rayu Kaizo lagi.
Dia tahu semuanya sia-sia. Fang tidak mendengarnya. Malah tiada tanda-tanda Fang akan sedar untuk waktu sekarang.
"Adik.. Abang masih perlukan Fang.. bertahanlah walaupun seketika.."
TBC..
Hye minna,
Selamat pagi,
mohon abaikan segala typo,
vote jika best and komen bila perlu.Done for this chapter.
Maaf andai hambar. Nanti Rai cuba lagi.So, macam mana bab ni? best? menangis tak?😂 Maaflah kalau spoil😭 Rai tak reti buat citer sedih huwaaa😭 Apa pun enjoy this chapter alls my readers!!
Nantikan chapter yang seterusnya!! Komen banyak² guys!! I need your respon alls😘
YOU ARE READING
[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅
Fanfiction[PROSES EDIT BALIK KERANA KAU ABANGKU CHANGE TO DIA ABANGKU] Dia, adik yang tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Menjadi penyebab kematian kedua orang tuanya. Abang? abang yang tidak pernah menganggapnya ada atau wujud. Malah, selal...