BAB 13 - Kasih Yang Diinginkan

1.7K 106 34
                                    

Apakah kau,
cuba untuk menafikan,
keikhlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..

🍁🍁🍁

Satu bulan berlalu dengan pantas sekali. Aku menjalani kehidupan dan hari-hari aku dengan bahagia sekali. Hasrat aku untuk mendapatkan kasih sayang seorang abang sudah tercapai. Sekarang kami dah rapat. Aku bersyukur sangat.

"Fang, cepat sikit! abang dah lewat ni!" jerit Kaizo dari tingkat bawah.

Aku gelak kecil sebaik sahaja mendengarkan suara lantang abangku. Pantas sahaja beg sandangku ku capai dan turun ke bawah dengan laju.

"Ye, adik dah siap" balas Fang yang sudah terpacak di hadapan Kaizo.

Kaizo senyum. Baju sekolah adiknya dibetulkan sedikit dan rambut adiknya dibetulkan juga agar lebih rapi dan kemas.

"Ok dah, nah ni bekal adik. Jangan lupa makan ubat tu ikut waktu dia. Kalau rasa tak sihat cepat-cepat call abang" pesan Kaizo lalu menghulur bekal makanan untuk adiknya.

Fang mengangguk faham. Bekal huluran abangnya diambil lalu diletakkan di dalam beg sekolahnya.

"Abang datang ambil ke?" soal Fang sambil memakai kasut sekolahnya.

"Yelah, takkan nak balik jalan kaki. Nanti adik sakit, abang juga yang susah" jawab Kaizo. Kepala Fang diusap lembut.

Fang senyum kecil lalu masuk ke dalam kereta. Manakala Kaizo pula mengunci pintu rumah. Setelah itu dia berjalan ke honda Civicnya untuk menghantar Fang ke sekolah.

"Abang, tak sibuk ke?" soal Fang pelik. Bukan apa, selalu sahaja dia melihat abangnya pulang sehingga lewat malam.

"Hm, sikit.. Tapi tak apa. Abang ambil adik dulu lepastu abang pergilah pejabat semula" jawab Kaizo mudah.

Bagi Kaizo adiknya itu lebih penting daripada segalanya. Dia tidak mahu melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Cukuplah, dia serik. Hampir sahaja dia kehilangan Fang satu bulan yang lepas.

"Tapi kalau busy, adik boleh balik dengan Boiboiboy" kata Fang lagi. Tidak mahu menyusahkan Kaizo.

Kaizo senyum nipis lalu mengeleng kecil.

"Tak apa, abang ambil adik. Abang janji adik akan sihat seperti dulu" balas Kaizo lagi lalu kepala adiknya diusap lembut.

Fang terdiam. Wajahnya dipalingkan ke luar tingkap. Bagi Fang, abangnya terlalu berharap yang dia akan sihat sama seperti dahulu. Padahal abangnya sudah tahu akan keadaannya yang sebenar.

'Kenapa abang sakitkan diri abang untuk perkara yang takkan terjadi. Benda tu terlalu mustahil Kaizo' desis hati Fang.

"Adik.. Adik tak kisah kalau adik mati sekarang. Sebab hasrat adik dah tercapai" kata Fang. Wajahnya dipalingkan ke Kaizo yang sedang memandu lalu senyum nipis.

Kaizo gelak kecil. Seakan menyangkal kata-kata Fang. Dia sendiri sudah berjanji akan pastikan Fang sembuh meskipun nyawanya menjadi taruhan.

"Hasrat? hasrat apa?" soal Kaizo. Berpura tidak tahu. Walhal dia mengerti akan maksud adiknya itu. Namun dia ingin memastikan sahaja adakah perkara itu yang ingin dibicarakan oleh Fang.

Fang senyum kecil.

"Hasrat adik bersama abang dan dapatkan kasih sayang abang, kasih sayang yang adik inginkan selama ni. Sekarang adik dah dapat kasih sayang abang. Terima kasih" jawab Fang lagi. Kali ini matanya tepat memandang Kaizo.

Kaizo senyum nipis sebaik mendengar penjelasan Fang. Sudah diduga itu yang akan dibicarakan oleh Fang.

"Abang nak Fang janji takkan pudarkan senyuman ni, walaupun nanti kita terpisah jauh selamanya" ujar Kaizo pula. Kali ini dia serius.

"Adik janji.. demi abang.."

Kaizo..

Senyum..

Kecil..

"Fang, aku nak kau tahu bertapa sayangnya aku sehingga sanggup memberikan hak aku kepada kau, berjanjilah kau akan menjaganya sebaik mungkin.. Dan teruslah mencari lalu melangkah depan demi cita-citamu wahai adikku Fang sayang.." - Kapten Kaizo.

TBC..

Hye minna,
Selamat malam,
mohon abaikan segala typo,
Vote jika best and komen bila perlu.

Done for this chapter.
Maaf kalau hambar. Nanti Rai cuba lagi.

So, macam mana bab 13 ok?
Haha.. since dah habis exam and mood cuti untuk sem 1 Rai akan habiskan citer ni. Dah nak tamat pun hehe..
spam comment ye!

Rai nak tahu respon korang! best ke tak?!😂😚

Nantikan chapter yang baru
Apap pun enjoy!.

[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅Where stories live. Discover now