BAB 14 - Memori Indah

1.5K 109 32
                                    

Apakah kau cuba,
untuk menafikan,
keihlasan hatiku,
padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatlan secebis,
kasihmu..

🍁🍁🍁

Pemberitahuan :
Jangan mainkan lagu di atas sehingga diberitahu. Enjoy the scene alls my readers❤️😘

"Abang! cepatlah, semalam kata nak pergi jalan-jalan?" kata Fang. Tidak sabar mahu menghabiskan masa bersama Kaizo.

Manakan tidak. Hanya di waktu hujung minggu sahaja dia dapat meluangkan masa dengan abangnya. Terkadang hujung minggu Fang diisi dengan aktiviti lain kerana abangnya terlalu sibuk.

Namun, semalam entah mengapa Kaizo tiba-tiba sahaja mengajaknya pergi ke Taman Tema Pulau Rintis. Fang gembira bukan kepalang apabila abangnya mengajak dirinya ke Taman Tema Pulau Rintis.

"Ye, abang dah siap ni. Jom" ujar Kaizo yang muncul dari belakang Fang.

Kasut yang berjenama Nike dicapai lalu disarungkan ke kaki. Setelah itu pintu rumah dikunci rapat. Barulah Kaizo mengorak langkah ke Honda Civic miliknya.

"Tak sabar betul, bukannya lari pun Taman Tema tu" perli Kaizo.

Fang tergelak kecil.

"Ala, bukan selalu pun kita luang masa bersama" balas Fang.

Kaizo senyum kecil. Kepala Fang diusap sayang.

"Maaflah ye, abang sibuk lakukan sesuatu kebelakangan ni sampai abaikan Fang" ujar Kaizo.

Fang mengangguk faham. Dia tidak kisah pun. Asalkan dapat bersama abangnya. Itu sudah memadai bagi Fang.

"Adik nak main apa dekat sana nanti?" soal Kaizo. Matanya masih fokus kepada pemanduan.

Fang diam. Berfikir sejenak. Sejujurnya, inilah pertama kali dia pergi ke Taman Tema yang dianjurkan oleh Pulau Rintis. Jadi, dia tidak tahu sangat soal permainan atau aktiviti yang dianjurkan di Taman Tema tersebut.

"Adik tak tahu lagi. Apa yang best dekat Taman Teman tu?" soal Fang balik.

Kaizo senyum kecil.

"Macam-macam ada. Abang ajak adik sebab malam ni ada pertunjukkan bunga api. Kan dah lama kita tak tengok bunga api" jelas Kaizo asal tujuan dia mengajak Fang ke Taman Tema yang dianjurkan oleh Pulau Rintis.

"Wah! tak sabarnya!" jawab Fang teruja. Bunga api adalah kesukaannya.

Kerana bagi Fang simbol bunga api menunjukkan kecerian di dalam hidup. Sebab apa? sebab bunga api berwarna-warni dan setiap warna membawa maksud yang berbeza. Itulah sebab mengapa dia menyukai bunga api.

Kaizo gelak kecil saat melihat reaksi yang diberi oleh adiknya.

🍁🍁🍁

TAMAN TEMA PULAU
RINTIS.

Setelah hampir satu jam mencari parking. Akhirnya Kaizo menjumpai tempat yang sesuai untuk memarking Honda Civicnya.

"Ok jom turun" kata Kaizo.

Fang mengangguk lalu turun dari perut Honda Civic milik Kaizo. Begitu juga Kaizo.

[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅Where stories live. Discover now