Special Bab - Kehidupan Baru

1.3K 70 6
                                    

Inilah aku,
dengan kehidupan baru,
dengan Fang yang,
lebih matang,

Ini semua kerana,
semangat dan juga,
harapan Kaizo Hao,
ingin melihat aku berjaya..

🍁🍁🍁

KOLEJ ANTARABANGSA
PULAU RINTIS.

Cuaca hari ini amat baik. Langit yang membiru serta dihiasi dengan suara merdunya burung-burung menambahkan lagi suasana harmoni itu.

Terlihat seorang lelaki yang berpakaian santai sedang memerhatikan ke kolej yang bakal dia masuki sebentar lagi.

Jantungnya berdegup kencang menahan debar. Satu persatu langkah diatur dengan perlahan. Beg yang tergalas dibahu dipegang erat. Takut. Gementar. Semuanya bertukar menjadi satu.

GEDEBUK!

Fang menelan liur kasar. Bukannya dia sengaja mahu melanggar gadis tersebut. Tanpa membuang masa cepat-cepat Fang membantu gadis itu.

"Maaf, aku tak sengaja" pohon Fang. Wajahnya sedikit menunduk.

Gadis itu melempar senyum.

"Tak apa, pelajar baru?" soal gadis yang berambut agak keperangan. Dia kelihatan comel dengan rambut yang diikat dua begitu.

Fang mengangguk perlahan. Malu.

"Patutlah tak pernah nampak, aku Daha.. Daha Elvera. Kau?" soal gadis itu.

"Fang.. Fang Hao. Em, aku dah lambat. Pergi dulu bye" dalih Fang. Sebenarnya dia tahan akan kecomelan gadis dihadapannya ini.

Hal ini kerana, jantungnya berdegup kencang saat memandang gadis yang bernama Daha Elvera. Pantas sahaja kakinya mengorak langkah untuk ke bilik kuliah.

'Kenapa dengan aku ni?' desis hati Fang.

🍁🍁🍁

Sedar tidak sedar. Sudah hampir seminggu Fang berada di kolej tersebut. Dan dalam tempoh satu minggu itu juga Fang terasa dirinya perhati oleh seseorang. Namun siapa?.

Mainkan lagu di atas..

Sering kali ku pandang,
tenang raut wajahmu,
terasa seluruh raga,
larut dalam getar,
nyatanya hatiku musnah,
menahan perasaan..

Dari kejauhan terlihat seoarang gadis sedang memerhatikan tingkah Fang. Dia terasa tenang melihat wajah Fang. Dia sudah angau kah? atau  mungkin cinta pandang pertama.

Entah berapa lama,
harus memendam rasa,
bimbang keinginan hati,
hanya sisa mimpi,
mampukah yang ku inginkan,
jadi kenyataan..

Fang saat ini sedang bekerja separuh masa di Cafe kolej tersebut. Entah kenapa kedua matanya ralit menatap seorang gadis yang sedang tekun melakukan ulangkaji. Tangannya juga lincah melukis sesuatu untuk gadis tersebut.

[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅Where stories live. Discover now