BAB 8 - Janji&Maaf

2.3K 153 31
                                    

Apakah kau cuba,
tuk menentukan,
Keikhlasan hatiku padamu,
bertapa ku mencuba,
mendapatkan secebis,
kasihmu..

🍁🍁🍁

"Macam mana keadaan Fang Doktor?!" soal Boiboiboy cemas. Jelas terpancar kerisauan di riak wajahnya.

Doktor muda perempuan dihadapan Boiboiboy memberikan satu senyuman manis. Namanya Iris yang tertera di tag gadis muda itu. Maksudnya Doktor Iris.

"Fang, kawan kamu baik-baik sahaja. Mungkin dia terlalu letih sehinggakan antibodinya melemah. Buat masa sekarang dia perlu berehat yang secukupnya" terang Iris kepada Boiboiboy.

Boiboiboy senyum lega lalu mengangguk tanda faham.

"Boleh saya masuk?" soal Boiboiboy.

Iris mengangguk tanda 'boleh'.

"Jangan kejutkan Fang ye, biarkan saja dia tidur, dia perlukan rehat" pesan Iris lagi.

Boiboiboy mengukirkan senyuman manis kepada Iris. Tanda mengerti. Dia bukan mahu menganggu, tapi ingin melihat sahaja keadaan Fang bagaimana.

"Baik doktor, terima kasih" ucap Boiboiboy lalu masuk ke dalam wad yang didiami oleh Fang.

🍁🍁🍁

Iris mengeluh panjang saat melihat laporan perubatan perihal penyakit Fang.

'Tegarnya hati kau Fang, sanggup rahsiakan tentang penyakit kau semata nak melihat abang kau bahagia demi dendam dia.. Sanggup kau bertahan sehingga saat ni semata ingin melihat Kaizo puas melunas semua dendamnya terhadap kau, Lupakah Kaizo pada takdir? takdir yang telah aturkan segalanya' desis Iris.

Tidak sampai hati rasanya mahu mengukir janjinya pada Fang. Kerana dia sudah menganggap Fang seperti adiknya.

Masih terngiang-ngiang ditelinga Iris perbualan diantara dirinya dengan Fang sebentar tadi.

🍁🍁🍁

Iris memeriksa dengan teliti perihal status kesihatan Fang. Sesekali dia mengerling sekilas pada wajah yang pucat itu. Terbaring lesu di katil pesakit. Sungguh luruh jantungnya seketika apabila melihat keadaan Fang yang melemah.

"Kenapa doktor? saya dah tak ada harapan ke?" soal Fang dengan suara melemah.

Senyuman hambar diukir olehnya.

Iris diam. Tidak menjawab persoalan itu malah tangannya lincah mencatit perihal kesihatan Fang.

"Fang, kamu kena jalani rawatan tu, kalau tak.." belum sempat Iris menghabiskan ayatnya. Fang terlebih dahulu mencelah.

"Kalau tidak saya akan mati kan doktor? tak apa.. Saya tak kisah semua tu, yang saya kisahkan sekarang ni, kalau.. Saya mati.. A-abang macam mana? siapa yang akan jaga dia nanti?" luah Fang panjang lebar.

Deng!

Sungguh saat ini terasa ada suatu batu yang menghempap kepala doktor perempuan muda ini. Itu yang difikirkan oleh Fang. Dia lebih fikirkan perihal abangnya berbanding dirinya. Masih butakah Kaizo perihal Fang saat ini?.

[C] BOOK 1 : DIA ABANGKU [KaiFang]✅Where stories live. Discover now