_chap 9_

8.7K 320 23
                                    

Sepi.

Dingin.

Hidung aku mula sesak dengan bau snow pines Fateh.

Dan apa yang kedengaran hanyalah hembusan nafas Fateh yang perlahan. Amat perlahan. Seakan dia sedang menghidu bau badan aku pun ada.

Eh. Dia hidu aku?!

Dan wajah aku berubah. Makin pucat bila aku sedar yang aku sedang peluk Fateh sedangkan Fateh, langsung tak balas pelukan aku. OMG.

Apa kau buat ni Ayla?! Mana maruah diri kau?!

Pap!

Sekali tolak, terus badan Fateh dijarakkan dari aku. Wajah aku panas. Sumpah! Aku rasa wajah aku sekarang mesti merah gila.

Dan wajah Fateh, mula tenang.

Shit! Aku pasti dalam kepala otak dia dah fikir bukan-bukan sebab aku yang pergi peluk dia. Good Ayla. Maruah kau memang dah ke laut.

Belum sempat Fateh buka mulut, laju aku turun dari katil, buatkan dia sedikit terangkat dari birai katil.

"Don't!" laju aku tegah dia. Mata aku bergenang. Rasa malu tak berhenti menerjah diri aku.

Kening Fateh berkerut sebaik sahaja melihat reaksi aku.

Aku gigit bibir sebelum perlahan aku tarik nafas dalam sebelum hembus. "Aku nak balik"

Dan tapak kaki Fateh mula menyentuh lantai. Kini, dia tegak di hadapan aku.

"alone."dan aku tekan perkataan tersebut. Wajah Fateh seakan..  marah.

Kisah apa aku. Aku ketap gigi sebelum pandang mata Fateh, mengharap pengertian dari Fateh. Dan aku rasa nak menjerit bila perlahan Fateh anggukkan kepalanya.

Namun,

"I will send you home" suaranya tegas. Titik. Lupa pula yang Fateh ni manusia keras kepala!

Hardhead as well!

"Sebab kau tanggungjawab aku sekarang."

Gigi aku makin kuat diketap. "Kau ingat kau suami aku?"

Dan ya, Fateh kalah.

Diam.














>>>













Sawah padi yang terbentang luas, Alfee renung dengan dalam. Tak pernah dia lihat sawah padj sedekat ini dan memang dia berharap Ayla dapat datang bersama dia.

Ayla...

Dan nafas berat Alfee hembus. Lelah. Kenapa dia perlu rasa perasaan ini sedangkan.. dia adik aku.

Mungkin betul kata Fateh.

Aku dah buta. Buta dengan dunia. Oleh itu, aku harus kejar cinta Dia sekarang.

"Nak" dan satu tepukan pada bahu buatkan tubuh Alfee sedikit tersentak. Automatik kepala dikalih ke belakang.

Wajah tua yang lembut menyapa mata. "Buat apa dekat sini? Maghrib dah ni, jom balik."

Dan Alfee hulur senyum sebelum kepala diangguk perlahan. Akur.

"Tok kenapa cari Alfee?"

"Ajak balik rumah toklah"

Dan Alfee sengih. Tok. Satu-satunya nenek yang dia ada. Nenek yang faham akan keadaan dia. Nenek yang terima dia.

"Mata kamu tak sakit ke?" perlahan tok tanya sewaktu mereka sedang berjalan menghala ke arah rumah tok.

OBSES ✓Where stories live. Discover now