_chap 6_

9.1K 390 22
                                    

"Inilah rumah dia." suara Fateh mendatar tapi langsung tiada nada menjengkelkan macam selalu.

Kepala aku menunduk bila Fateh sibuk cuba membuka pintu utama rumah banglo dua tingkat tersebut dengan kunci di tangan. Hati aku berdebar hebat. Aku gelisah.

Gelisah dengan reaksi Alfee. Adakah dia gembira dengan kedatangan aku?

"Ayla"nama aku yang tiba-tiba diseru lembut buatkan laju kepala aku terangkat. Fateh kini sudah berdiri di dalam rumah sambil berpeluk tubuh.

"Masuklah." Fateh angkat kening pada aku sebelum pintu utama ditolak lebih luas. Aku anggukkan kepala sebelum perlahan aku atur langkah ke arah Fateh.

"Bilik Alfee ada di tingkat atas,bilik paling besar. Master bedroom." tanpa menoleh ke arah aku, selamba Fateh labuhkan duduk di atas sofa sebelum tangan dia mula mencapai remote control atas sofa. Ceh. Gaya macam ni rumah dia aje. Tapi, mungkin si Fateh sering datang ke sini

"Fateh" aku kuatkan diri untuk panggil nama Fateh. Fateh pula automatik pandang aku dengan kening berkerut. Muka dia macam kata 'apa tunggu lagi?'

"Kenapa.."aku gigit bibir. Berfikir semula, patut ke aku tanya soalan ni? Alih-alih aku pandang kaki sendiri.

"Kau nak apa?"

Dan aku hela nafas. Tanya jelah.

"Kenapa Alfee tak cari aku?" Ya, inilah soalan yang sering bermain di fikiran aku sejak dulu.

Dan wajah Fateh berubah bila mendengar soalan aku. Bibir merah dia senyum.

Senyum pahit.

Apa yang dia sembunyikan dari aku?

"Kau akan tahu sendiri jawapannya nanti"

Tahu jawapannya nanti? Kening aku berkerut namun kaki aku mula mengatur langkah ke arah tangga.

Agaknya, apa ayat pertama yang aku perlu ucap bila berjumpa nanti ha?

Bodoh! Kenapa tak cari aku!

Atau,

Kau pergi mana selama ni hah?

Huish. Kejam pulak ayat aku. Atau patut aku tampar dia sebab tinggalkan aku?

Khusyuk aku berfikir, tanpa sedar aku kini sedang terpacak di depan bilik yang aku kira bilik Alfee. Aku yakin kerana bauan bunga ros mula menusuk.

Nafas aku tarik sebelum hembus perlahan. Rileks, Ayla. Rileks.

Dan dengan lafaz bismillah aku tolak pintu bilik berwarna coklat. Krek..

Pintu tersebut terbuka dan satu pemandangan yang aku sangka aku takkan lihat lagi kini menyapa mata. Alfee.. figura belakang badan dia sedang termenung di balkoni. Bibir aku menggeletar.

Aku sebak. Terlalu sebak. Ya Allah.

Perlahan kaki aku mula melangkah ke arah dia. Satu tapak.

Dua tapak.

"Kau nak apa Fateh?" suara garau Alfee yang tiba-tiba bergema buatkan aku berkerut. Fateh? Dia ingat aku Fateh?

Namun masih kaki aku setia melangkah ke arahnya. Kini, kaki aku terpacak betul-betul di belakang badannya.

"Alfee" bahunya aku sentuh lembut dan,

Pantas dia berpaling.

"Al.."dan senyuman aku mati. Aku kaku.

"Siapa?" keningnya berkerut dan mata cantik dia jatuh pada wajah aku tapi..

Pandangannya kosong.

OBSES ✓Where stories live. Discover now