_chap 25 [Last]_

10.1K 288 85
                                    

" Aku letakkan dalam kereta ok?" Fateh angkat patung beruang coklat tersebut sebelum kakinya dibawa ke arah kereta Audi miliknya.

Dan aku angguk kepala pada Fateh sebelum kaki aku perlahan menyarung selipar pada kaki. Sedih-sedih ni kasut pun aku malas pakai.

Aku mengeluh sebelum pintu aku tutup perlahan. Mangga aku kunci sebelum aku pandang sekeliling rumah.

Rumah ini menyimpan terlalu banyak memori.

Memori keluarga aku masa kecil.

Memori dengan ayah.

Memori bersama Alfee.

Dan aku mengeluh perlahan.

Rasa sebak di dada aku tahan. Aku kena tabah. Alfee mungkin dah pergi tapi aku kena teruskan kehidupan aku. Aku tak boleh terus memandang ke belakang.

"Ayla.."

Suara kasar lelaki menyebabkan aku laju menoleh. Seorang lelaki cina yang berumur pertengahan 50-an menyapa mata aku. Dia tegak berdiri di hadapan aku.

"Ya, saya." Aku senyum kecil padanya. "Uncle Yap kan?"

Dan kepala lelaki tersebut diangguk kecil. Bibirnya mengukir senyum. Senyum.. sedih.

Mungkin.

"I'm sorry for your lost."

Dan aku anggukkan kepala kepadanya. "Terima kasih." Aku berdehem kecil. Janggal.

Bukan ke arwah Alfee ada bunuh anjing Uncle Yap. Aku kena minta maaf pada dia.

"Err.. uncle pasal Lucy"

Ayat aku mati bila Uncle Yap mengangkat tangan kanannya, mengarahkan aku agar berhenti bercakap.

Wajah Uncle Yap kesal. Dia pandang kasutnya.

"Uncle datang nak ucapkan terima kasih pada arwah sebenarnya. Kalau bukan sebab abang kamu, mungkin Lucy dah mati." Jelas kedengaran pelat cinanya.

Namun aku terngadah sebaik sahaja mendengar ayat yang dituturkan oleh Uncle Yap. Bibir aku menggeletar.

"Lu.. Lucy belum mati?"

Dan Uncle Yap anggukkan kepalanya laju. Air mata mula merembes keluar.

Aku pula kaku.

"Lucy kena langgar lari dekat taman waktu Uncle bawa dia jalan-jalan. Mujur dia datang dan tawarkan diri untuk bawa Lucy ke hospital." Uncle Yap teresak. Dia berusaha kesat air matanya.

Aku pula terkaku.

Wajah Alfee pada malam tersebut mula terbayang.

Bukan dia bagitahu aku dia yang bunuh Lucy.

Takkanlah.. dia tipu.

Dan hati aku tersentap.

"Bu.. bukan Alfee yang langgar ke, Uncle?"

Soalan aku dibalas gelengan oleh Uncle Yap. " Bukan dia. Kereta lain yang langgar. Alfee ternampak dan dia tawarkan diri dia. Uncle terhutang budi dengan dia. Kalau bukan sebab dia, Lucy dah mati."

Dan aku melorot jatuh. Wajah aku tekup.

"I killed that stupid dog! Puas?!"

Dan aku terbayang wajah Alfee pada waktu tersebut. Wajahnya marah. Sangat marah.

Namun bila aku seakan percaya akan kata-katanya.

Wajahnya berubah keruh.

Adakah.. dia hanya tipu aku?

OBSES ✓Where stories live. Discover now