_chap 8_

8.6K 316 15
                                    

Aku rasa bersyukur gila, sumpah. Alfee akhirnya bersetuju untuk jalankan pembedahan untuk mata dia.

Yeah. Agak pelik dia tiba-tiba baik dengan aku dan bagitau yang dia nak jalankan pembedahan. Heh. Siapa kisah. Asalkan Alfee bersetuju untuk lupakan semua perkara.

Dan sekarang aku dalam perjalanan ke hospital, tempat Alfee dirawat sebelum aku bertembung dengan Fateh di parking lot. Ralit Fateh pandang sehelai kertas kecil di tangan dia.

Wajah dia  berkerut dan jelas urat hijau mula timbul di dahi dia. Wau. Dia tengah marah ni kenapa?

Ada sesuatu dah terjadi ke?

Perlahan kaki aku atur ke arah Fateh yang sedang bersandar di kereta dia. Apabila aku dan dia berjarak lima tapak, segera aku matikan langkah.

"Kenapa ni, Fateh?"

Laju Fateh kalihkan badan dia menghadap aku. Wajahnya pucat.

>>>

Aku kena pergi Fateh. Aku perlu betulkan diri aku demi Ayla.

Tolong.. jangan cari aku.

Aku perlukan bantuan kau, Fateh.
Tolong jagakan Ayla demi aku.

Jaga dia, macam kau jaga aku.

Damn it! Kertas di tangan Fateh renyuk kasar. Nafas dia mula turun naik menahan amarah. Menggigil badan dia. Kalau bukan kerana dia dekat tempat awam, takde dia nak tahan sabar.

" Kenapa ni, Fateh?" suara lembut aku yang bertanya mematikan lamunan Fateh.

Fateh kalih badan ke arah aku di  sebelah kanan dia. Wajah ceria Ayla buatkan Fateh rasa bersalah.

Ya, bersalah untuk khabarkan berita ini.

Aku yang perasan akan perubahan wajah Fateh mula cemas. Ya...wajah Fateh seakan..

Gulp.

Ada sesuatu yang tak kena.

" Fateh..jangan takutkan aku" tepat mata aku jatuh pada mata Fateh yang bersinar marah. "pasal abang aku ke?"

Fateh hela nafas berat sebelum mata dipejam erat. Rambut coklat gelap miliknya diramas perlahan.

" Alfee dah pergi."

Sebaris ayat. Hanya sebaris ayat yang Alfee tutur namun mampu untuk menyesakkan dada seorang Nur Ayla.

Aku terpana. hilang kata.

"Kau bergurau? " aku cuba untuk bersuara tanpa getaran namun suara aku kini terlalu.. perlahan. Buatkan mata Fateh terbuka kembali.

"Aku tak bergurau."tegas suara Fateh. Langsung tiada tanda dia bergurau.

Nafas aku rasa sesak. Perasaan marah, geram, sakit hati... semuanya terkumpul buatkan mata aku panas. Langsung tak lawak. Sumpah!

"Ayla..?"

Dan aku pegang dada yang sesak. Mata aku terpejam erat. Panik. Nafas mula tercungap-cungap.

OBSES ✓Where stories live. Discover now