_Chap 24_

5.6K 245 65
                                    

" Saya maafkan Aunty."

Dan wajah Aunty Marlene berubah. Merona merah wajahnya. Dia hentak meja di hadapan aku.

"Saya maafkan perbuatan aunty bunuh abang dan daddy."

Dan Aunty Marlene berdiri. Dia sauk kasar baju aku ke dalam genggamannya.

"Apa masalah kau sial?!! Aku tak pernah minta maaf daripada kau!! Aku tak hadap maaf kau tu!"

Dan aku tersedak. Terlalu kuat dia tarik baju aku menyebabkan pernafasan aku tersekat. Beberapa pegawai polis yang panik melihat keadaan kami cuba untuk meleraikan genggaman Aunty Marlene namun aku menegah.

Aku pandang wajah Aunty Marlene dengan riak tenang sebelum aku tolak kuat tangannya. Terbelakang Aunty Marlene akibat tolakan aku.

Dia menyumpah marah sebelum cuba merempuh aku namun laju aku pegang kedua pergelangan tangannya.

"Sabar Aunty Marlene." Aku cuba untuk bertenang.

Dia meludah pada wajah aku. "Lepaskan aku sial. Fuck you!!"

Dan aku tolak sekali lagi tubuhnya ke lantai. Terhantuk kepalanya pada lantai. Ha, tadi kau suruh sangat aku lepaskan. Ni aku lepas sungguh.

Aunty Marlene angkat kepala memandang aku. Dia jeling aku tajam. Dia cuba untuk bangun dan menerkam aku sekali lagi namun kali ini dua pegawai polis bertindak menahan tubuhnya.

Biarlah, aku datang nak berbincang elok-elok kau terkam aku.

Aku menapak merapati Aunty Marlene sebelum langkah aku mati betul-betul di hadapannya. Aku teliti wajah Aunty Marlene.

Rambutnya berserabai. Wajahya penuh kesan lebam dan ada kesan darah kering pada wajahnya. Aku lepaskan keluhan perlahan sebelum mata hitam pekatnya aku tentang.

"Saya tahu Aunty tak pernah minta maaf pada saya ataupun berhajat saya maafkan Aunty sebab Aunty nak saya harap Aunty terima balasankan? Aunty nak saya berdendam pada Aunty kan?" Dan aku ketawa kecil di hujung ayat.

Wajah Aunty Marlene berubah. Keruh.

"Saya takkan pernah berdendam pada Aunty. Hukuman saya pada Aunty ialah" aku senyum kecil padanya.
"Rasa bersalah seumur hidup kerana saya maafkan Aunty walaupun Aunty tak pernah minta."

Dan wajahnya merona merah lagi.

"Kenapa kau maafkan aku sial?!! Aku tak nak maaf kau!  Aku puas bunuh diorang!!"Aunty Marlene mengamuk. Namun, aku langsung tak sangka amukannya disertakan tangisan.

Air matanya pertama kali gugur di hadapan mata aku.

Kepalanya tertunduk dan dia gigit bibir.

"Kenapa kau maafkan aku?!! Kau buat aku rasa bersalah! Kau buat aku macam orang jahat." Dia mengongoi.

Dan aku tersenyum. Senyum sedih dan pasrah dengan takdir. Bahunya aku tepuk perlahan.

"Indeed, you are a bad person. Tapi, Allah Maha Pengampun. Saya harap Aunty berubah dan kesal seumur hidup Aunty. Aunty takkan pernah dapat hidupkan kembali mereka yang dah mati. So, don't bother to find me after this cause I already forgive you."

Dan aku melangkah keluar daripada balai polis. Aku hembus kuat nafas aku.

Tak. Aku tak marah padanya. Lebih kepada kecewa. Perasaan kecewa yang menyebabkan aku tak mampu untuk marah.

Kerana aku letih. Terlalu letih dengan permainan dunia.

Sebaik sahaja aku lihat kereta Audi Fateh dari jauh, aku keluarkan telefon.

OBSES ✓Where stories live. Discover now