_Chap 21_

4.8K 216 28
                                    

"Abang..?"

Aku tercari-cari kelibat aku dalam rumah kami. Terkejut juga aku, bangun aje dari tidur aku ada atas sofa dekat ruang tamu. Mata aku jatuh ke sekeliling rumah. Kosong.

Hmmm. Mungkin dia ada dekat bilik. Laju aku melangkah ke arah bilik Alfee yang berada di tingkat dua.

Makin aku hampir dengan bilik dia, makin kuat bau hanyir menerpa hidung aku.

Aku tutup hidung bila perut aku mula rasa sebu. Rasa nak muntah mula membuak-buak.

Makin dekat dengan bilik Alfee, makin kuat bau hanyir tersebut.

Aku berfikir sesaat sebelum aku tersentak.

Blood. This is blood scent.

Dan aku rasa tubuh aku mula menggeletar kuat. Aku cengkam kuat tangan di sisi aku sebelum bibir aku gigit kuat. Hampir tumpah air mata aku  bila teringatkan wajah Alfee.

Tuhan.. tak mungkin Alfee akan buat perkara macam ni.

Krek..

Pintu bilik Alfee terbuka sendiri tanpa sempat aku sentuh tombol pintu.

Langkah aku segera mati. Betul-betul dua tapak dari bilik Alfee. Gulp. Liur diteguk kasar.

"Ayla." Dan suara kasar Alfee bergema. Aku angkat wajah, cuba memandang wajahnya. Namun.. aku menyesal dengan tindakan aku.

Dia. Tegak di hadapan aku. Kali ini badannya bermandi darah lagi.

Baju tidak dipakai menyebabkan kulitnya yang putih seakan menyerlah di bawah warna cecair merah darah tersebut.

Alfee senyum senget pada aku sebelum badannya disandar pada bingkai pintu. Dia berpeluk tubuh sebelum mata coklat gelapnya menikam wajah aku.

Aku kaku. Tapi aku yakin wajah aku pucat. Teramat pucat.

"You look pale."

Tap. Dia melangkah setapak merapati aku.

Aku tersentak. Makin laju degupan jantung aku yang menyuruh aku lari tapi.. aku tak mampu. Kaki aku seakan terpasak di lantai.

Tap. Setapak lagi dia melangkah.

"No!!" Dan aku terduduk di lantai. Kaki aku bagaikan hilang fungsi. Badan aku yang menggeletar kuat aku tak mampu sorokkan.

"Sial." Dan wajah Alfee ketara kelihata yang dia benci dengan reaksi aku terhadap dia.

"Kau takut dengan aku ke hah?!!" Kuat suara dia melengking ke arah aku.

Aku buka mulut untuk bersuara tapi suara aku bagaikan hilang. Aku mengesot ke belakang laju.

"Berani kau lari daripada aku!!"

Zapp!!

"Abang, sakit!!"

Suara aku bergema bila aku rasa kulit kepala aku hampir tercabut bila Alfee tarik kuat rambut aku. "Abang.. please.."

Dan tubir mata aku pecah. Takut. Aku terlalu takut akan Alfee sekarang.

"Bangun!" Dan dia tarik aku kasar agar aku berdiri. Tangan kirinya langsung tak melepaskan genggaman rambut aku.

Sakit gila!

Kasar dia heret aku ke dalam bilik dia.

Mual.

Itu yang mampu aku katakan sebaik sahaja aku masuk ke dalan biliknya.

Darah terpecik di merata tempat.

OBSES ✓Where stories live. Discover now