_chap 2_

15.7K 552 22
                                    

Semuanya kabur. Gelap. Dan sejuk. Aku ada di mana?

Dan aku tersentak bila tangan kanan  aku terasa digenggam erat sebelum...panas.

Ya...ini 'dia'. Lelaki yang sering menemani aku siang dan malam. Aku tak kenal dia tapi dia...

Sering tangisi aku.

"Maaf.."suara dia bergema. Garau dan serak.

Siapa kau? Kenapa kau kena selalu minta maaf pada aku sedangkan aku..

tak kenal kau.

Kau siapa?!

"Maafkan abang, Ayla.."

Zup! Dada aku mula berdegup laju dan... satu memori yang aku bencikan seakan kembali berlayar di ingatan aku.

"Maafkan abang, Ayla." lengan aku digenggam.
"No!!" dada dia aku tolak kuat sebelum aku rasa tubuh aku melayang.
"Aylaa!!"

Bipp!

"Doktor!!"Alfee cemas bila alat yang mengesan nadi Ayla mula berbunyi. "Doktor!!"

Bipp!

Dan genggaman tangan dia pada tangan kanan Ayla dilepaskan.

"Tunggu abang yer Ayla. Abang pergi panggil doktor."dahi Ayla dicium dan segera kaki Alfee berlari keluar.

"Doktor!!"

Jangan. Jangan tinggal aku..

Nafas aku sesak. Mata aku langsung tak boleh dibuka dan.. air mata aku jatuh.

Dia tinggalkan aku.

Dia tinggalkan aku sedangkan...

aku perlukan dia..

Bipp!!

"Doktor!!"

Dan sekali lagi Ayla hanyut dalam kegelapan.

Kelam.

Dan sepi.














>>>













"Doktor.. macam mana dengan adik saya?"mata Alfee tepat merenung doktor Kamal yang baru sahaja melangkah keluar dari wad Ayla.

Doktor Kamal pandang Alfee sebelum dia mengeluh perlahan.

"Doktor?"

"Harapan untuk adik awak sedar amatlah tipis. Dia seakan.. enggan. Enggan bangun dari koma. Mungkin.."

Mata Doktor Kamal tepat jatuh atas mata Alfee.

"dia tak nak bangun kerana ada orang yang dia benci."

Alfee hilang kata. Wajah dia berubah dan dia tertunduk bila doktor Kamal mula melangkah pergi.

Ayla... Ayla tak nak bangun sebab abang ke?

Benci sangat ke Ayla pada abang?

Dan mata Alfee berkaca.

"Alfee"bahu Alfee yang ditepuk buatkan kepala dia ditala ke belakang.

Ariq. Dengan wajah risau dia memandang Alfee.

"Macam mana dengan Ayla?"tangan dimasukkan ke dalam kot putih doktornya.

Angguk. Dan mata Ariq, Alfee pandang sayu.

"Daddy.."

Ariq angkat kening.

"Boleh daddy tunaikan satu permintaan Alfee?"dan Alfee, ukir satu senyum pahit untuk menutup sebak di dada.

Keputusan dia muktamad. Mungkin... inilah yang terbaik buat dia dan Ayla.

"Alfee nak sambung belajar luar negara."

Wajah Ariq keruh. Terus mati senyuman di bibir Ariq.

"Please.." dan mata kuyu Alfee berharap.













>>>














"Ayla... Ni abang.." dan perlahan Alfee labuhkan duduk di birai katil. Wajah tenang Ayla yang seakan tidur lena dia pandang.

"Ayla tak nak bangun?"

Sepi.

" Ayla benci sangat pada abang?"rambut Ayla dielus sebelum... air mata dia jatuh setitik.

"Ayla.."  dan Alfee sembamkan wajah dia pada bahu Ayla.

Dia lagi. Kenapa..  dia sering tangisi aku. Aku benci dia? Kenapa aku bencikan dia?

Tolong... jangan menangis lagi sebab tangisan dia buat aku sedih. Aku nak pujuk dia. Peluk dia agar berhenti menangis tapi aku tak mampu.

Aku seakan lumpuh.

"Ayla.."suara dia mendesah di telinga aku. Serak. Ya.. Aku tahu dia baru sudah menangis di bahu aku.

"Abang akan pergi jauh dari sini.. tapi janji dengan abang"pipi kanan aku diusap sebelum rambut aku diselit ke belakang telinga.

Pergi. Dia nak tinggalkan aku lagi?

"you have to wake up." dan dahi aku rasa panas. Lama, sebelum aku rasa ada air panas yang menitis.

Dia.. menangis lagi kerana aku.

Tangan aku dilepas dan.. aku rasa sebak.

Jangan! Jangan tinggalkan aku!

Bunyi tapak kaki dia melangkah buatkan aku rasa sebal. Kenapa? Dia bencikan aku,

"Abang sayang Ayla"

Krek!

Pintu wad tertutup sebelum..

Zap!

Mata aku terbuka dan seakan pertama kali melihat dunia... air mata aku menitis. Panas. Sayu. Sebak. Terkilan.

"Jangan.. tinggalkan aku..."

>>>
Sebulan berlalu...

"Macam mana tidur semalam. Okey?" Ariq labuh duduk atas kerusi sebelah katil.

Aku. Hanya mampu pandang kosong wajah dia.

"En"dan aku berdehem. Hampir tersasul. "Daddy... tak happy ke bila Ayla dah sedar?"

Soalan dari aku buatkan wajah Ariq berubah. Dia berdehem sebelum usap rambut aku. Senyum cuba diukir... tapi.

Aku tahu itu senyuman bersalah.

"Mestilah."

Aku pandang kosong wajah lelaki yang mengaku dia ialah ayah aku.

Ya.. aku hilang ingatan. Klise? Memang ya tapi itulah realiti hidup.

Aku pasti..daddy ada sorokkan sesuatu dari aku.

'Dia'.















>>>














Tak Best? tahu. Sangat tak sedap bila saya si penulisnya. Kalau ada yang baca, saya bersyukur.

Do give  your comment about my bangangness story.

Bye...

OBSES ✓Where stories live. Discover now