_chap 14_

4.8K 227 15
                                    

" Kau ni apahal cuai sangat. Dah tahu dalam kebun tu banyak batu, kayu yang kau bijak sangat berlari sana sini dah kenapa hah? Lembap betul kau ni." Mulut Fateh tak berhenti membebel pada aku. Tangannya lincah membalut kaki kanan aku yang  membengkak.

Aku pula hanya mampu tadahkan telinga. Tahu salah aku.

Alfee yang duduk di sebelah aku juga diam tak berkutik. Seakan kalah dengan mulut doktor ni.

"Maaf. Lain kali aku akan lebih berhati-hati . "Aku beri janji pada Fateh sebelum sengih gigi pada dia.

Fateh mendengus. Matanya diangkat memandang aku sebelum jari telunjuk tepat dihala ke dahi aku. "Kalau kau buat lagi aku tak nak dah tolong kau. Ini pun nasib baik aku ni doktor."

" Ya, Fateh. Ya. Aku faham." Aku angkat kedua tangan pada Fateh tanda mengalah. Penat telinga aku nak menadah bebelan mamat ni. Lebih dari tok dia membebel.

Haihhh. Lemah lutut aku sekejap.

" Dah siap." Fateh berdiri sebelum tangan kanan dia mengangkat first aid kit. Kepala dia disengetkan sambil memandang aku.

"Aku nak pergi dapur sekejap sebab tok ajak aku teman dia memasak jadi.." dia leretkan suara sebelum kepala diangkat memandang Alfee. " I hope that both of you could make up." 

Terus Fateh pusingkan badan ke belakang sebelum kakinya dibawa melangkah ke arah dapur. Aku pula ralit merenung belakang badannya.

"Ayla."

Zap! Laju aku palingkan kepala ke arah Alfee. Kedua tangan aku dibawa ke atas riba sebelum aku sulam erat. Berdebar. Entah kenapa jantung aku tak berhenti berdegup sekarang.

" So.." aku angkat kening pada Alfee.

Alfee pandang wajah aku sebelum tangan kanan dibawa ke belakang leher.  " Abang tahu.. abang bukanlah abang yang terbaik untuk Ayla. Abang minta maaf. Abang bukan larikan diri dari Ayla tapi abang nak tenangkan diri. I need some space Ayla." Suara Alfee bergetar. Matanya mula berkaca namun segera matanya dilarikan daripada memandang wajah aku.

Aku mengeluh kuat. Kecewa.

" Abang." Dan tangan aku laju mencari kedua tangannya sebelum aku genggam erat. Mata aku cuba mencari matanya namun Alfee masih mengelak pandangan aku.

Ok, aku faham.

" Abang kena faham Ayla juga. Ayla hilang abang buat masa yang lama. Abang tahu tak Ayla keseorangan selama ni. Ayla sendiri menghadapi ibu tiri kita. Ayla ingat, Ayla dah takde sesiapa dalam dunia ni sampailah abang muncul. I miss you abang. I don't care at all about your feelings because I know that you just love me too much as a little sister. You didn't have a thing for me brother. I just thought that maybe you were confused."perlahan aku meluah. Ayat aku yang berterabur langsung aku tak hiraukan.

Alfee angkat wajahnya. Wajahnya... Terkedu. Matanya bergenang.

Aku makin eratkan genggaman. "I want you to go home with me abang." Air mata aku hampir menitis. Aku merayu untuk kali pertama dalam hidup aku.

"Please.." dan empangan air mata aku pecah. Namun bukan aku sahaja, empangan air mata Alfee juga pecah.
Dan tanpa aku sedar, laju tubuh aku disauk ke dalam pelukan Alfee. Hampir aku terangkat daripada tempat duduk aku.

" I' m sorry.." dan bertubi- tubi dahi aku dicium Alfee. Aku dapat rasakan bahu aku panas kerana Alfee juga menangis.

"Ayla sayang abang. Please.. ikut Ayla balik."

Dan Alfee jawab dengan anggukkan yang bertubi-tubi.

















>>>>>>


















OBSES ✓Where stories live. Discover now