_chap 18_

4.8K 204 15
                                    

Beberapa tahun lepas..

"Kau apahal nampak gelisah sangat ni Alfee?"  Fateh renung kawan dia yang ralit mengemas barang sebelum sumbat ke dalam bagasi.

"Eh, kau nak pergi mana dengan bagasi bagai ni?!"Fateh tegakkan badan di atas sofa sebelum dia jatuhkan pandangan pada tubuh Alfee.

"Wei , aku bercakap dengan kau gila!"

Tap! Laju kepala Alfee terangkat pada Fateh. "Sorry"

Dia sengih bersalah tapi tangan masih laju kemas bagasi. Segala baju dia sumbat ke dalam bagasi. "Maaf, aku kalut nak berkemas. Aku kena balik Malaysia."

"What?!" Terus Fateh berdiri dari sofa yang dia duduk. Mangkuk berisi popcorn di atas riba dia terus terjatuh. Habis berterabur popcorn atas karpet rumah mereka.

"Oh, shit. Sorry."

Alfee hanya balas dengan senyuman. Tergeleng kepala dia dengan aksi kawannya.

Langkah Fateh buka sebelum dia labuhkan duduk di sebelah Alfee. Matanya tepat memandang Alfee.

"Cuba kau bagitahu aku kenapa kau nak balik Malaysia. We only have freaking one weak before our exam, Alfee."

Pergerakan Alfee terhenti. Dia mengeluh sebelum wajahnya diraup perlahan.

"Ayah aku sakit Fateh. Aku kena balik dan jumpa daddy. Ayah aku.. he's dying."

Dan bibir Alfee ketap kuat. Nafasnya mula tidak teratur.

"Alfee.. kau okay tak ni?"perlahan bahu Alfee yang menggeletar Fateh sentuh perlahan. Risau dia dengan keadaan Alfee.

Alfee tertunduk. Mata dipejam erat sebelum nafas dia cuba agar lebih teratur.

"Aku risau."

"Ha?"

"Ayla"

Dan diam berlabuh.

Kali ini, dada Fateh yang berdebar. Hampir beberapa tahun nama Ayla tidak disebut, kini Alfee bersuara. Dia takut Alfee akan bertindak keterlaluan.

"Alfee, aku nak ikut kau balik Malaysia."

Alfee angkat kepala memandang Fateh. "Tapi Fateh"

"No. Aku dah buat keputusan. Lagipun Daddy kau dah macam ayah pada aku."

Diam lagi. Mata Alfee bergenang sebelum senyum kecil dia ukir.

"Terima kasih"

Dan Fateh balas senyuman rakannya. "Itulah fungsi kawan. Takpe." Dan bahu kanan Alfee beberapa kali ditepuk kuat oleh Fateh.


>>>

"Dia meninggal. Berkemungkinan akibat overdosed."

Alfee terduduk.

Fateh di sebelah Alfee pula terkedu. Wajah doktor yang baru sahaja keluar daripada wad tersebut Fateh pandang seakan tak percaya.

"Are you.. kidding?" Suara Fateh bergetar. Bahu doktor tersebut dia pegang erat sebelum badan doktor tersebut ditolak agar memandang wajahnya. "Kau jawab soalan aku!!"

Doktor di hadapannya masih berwajah tenang. "Saya minta maaf encik. Ini mungkin salah nurse yang masukkan ubat tadi. Kami.. kami minta maaf."

"Shit!" Fateh menyumpah marah. Mata doktor tersebut dia pandang tajam sebelum dia tengking lagi.

"Kau ingat aku bodoh ke ha?! Berani kau bagitahu aku yang uncle Ariq meninggal tanpa perasaan. Kau ingat kau boleh lepas dari masalah ni." Suara Fateh sudah mengugut. Dia rapatkan badan dia ke tubuh doktor tersebut yang menggigil.

OBSES ✓Where stories live. Discover now