_chap 10_

6.9K 228 7
                                    

"Ayla.."

"Ya Allah, apa lagi?" suara aku betul-betul dah nak mengamuk. Ini kali ke berapa entah mamat Fateh ni asyik ulang aje nama Ayla tu. Tahulah nama aku cantik, tak perlulah ulang hampir berpuluh kali.

Hergh! Aku merengus marah sebelum wajah aku tekup. Stress! Stress!

Fateh pula, dah tersenyum. Gembiralah tu bila dah berjaya buat aku hampir separuh gila. Aku langsung tak faham dengan dia. Langsung tak!

Diam mula berlabuh dan masing-masing mula membisu. Kalau nak harapkan si Ayla buka mulut dulu memang taklah bila darah dia dah mendidih tahap nak bertukar jadi wap.

Screw him!

"Kau tak nak tahu ke aku nak bawa kau dekat mane?"suara Fateh mula bergema selepas kereta mereka mula melintasi satu selekoh. Bibir merah Fateh mula mengukir senyum perlahan.

Dia mengintai.

Hekeleh perempuan ni. Muka merajuk memang tak boleh nak cover langsung. Habis ketat muka si Ayla.

"Ayla.... Tak nak tahu ke?" Fateh bertanya lagi.

Kali ini Ayla tidak membalas juga. Baru Fateh hendak bertanya untuk kali ketiga, suara Ayla bergema.

"Kalau kau tanya aku untuk kali ketiga, memang aku takkan bercakap dengan kau lagi lepas ni." Dingin Dan beku suara Ayla. Seakan membawa musim salji bersama membuatkan si dia yang berada di sebelah membeku.

...

"Kita nak pergi mana?"

Kali ini rahang Fateh hampir terjatuh namun Fateh kekalkan riak wajah bersahajanya. Yes!

"Rahsia."

Terus aku palingkan wajah menghadap Fateh. Gigi aku terketap geram. Tadi dia yang suruh aku tanya sangat nak pergi mana dan bila aku tanya boleh dia jawab rahsia!

Rahsia kaki kau!

Ketawa Fateh pecah.














>>>>














" This is not funny Fateh. Not funny!!" Nada aku naik seoktaf. Hampir jatuh rahang aku bila bebola mata aku menyapa warna biru laut. Kepala aku kalih ke kiri menghadap Fateh.

"Kau bawa aku ponteng kelas semata-mata nak bermain-main dekat pantai? Kau ingat aku ni umur berapa tahun?!"suara aku memetir lagi.

Fateh berpaling ke arah aku dengan senyum tipis di bibir merahnya. Kening kanan dijungkit. "Aku rasa kau nampak comel kalau topi ni."

"Haah?"

Pap! Satu sun hat terletak elok atas kepala aku. "Fateh?" Muka aku dah bingung.

Sengih Fateh melebar sebelum jarak antara wajah kami dijarakkan. "Itu dipanggil perlindungan. Aku tak nak wajah comel kau kena sunburn."

Dan Fateh kenyit mata.

Okey..

This is not funny. He looks more creepy right now. Terus aku kerutkan kening.

"Jarakkan cepat."

"Hah?" Kening Fateh berkerut. Senyuman di bibirnya luntur. "Jarak apanya ni Ayla?"

Pap!

"Ini!" Serentak dahi Fateh ditolak kasar. Terteleng terus kepala Fateh. Ok. Fateh rasa sangat janggal Dan keliru.

Dia marah aku ke? Apsal perempuan Ni payah sangat nak faham?

Kok! Kok! Kok!

Fateh tersentak. Automatik kepala Fateh berpaling ke arah tingkap. Wajah Ayla menyapa mata.

OBSES ✓Where stories live. Discover now