CHAPTER 1

4.4K 439 95
                                    

p/s : edited

"Pakcik Han, turunkan Bella ikut pintu pagar belakang okay?" kata Bellerose sambil mengerling ke arah jam tangan yang terlilit kemas pada pergelangan tangan. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun ini namun gadis itu sudah berani datang lambat.

Kenapa masuk ikut pintu belakang? Hmm, kalau dia masuk ikut pintu pagar utama, itu namanya gali lubang kubur sendiri. Memang tempah mautlah jawabnya.

"Terima kasih pakcik. Balik nanti Bella call pakcik okay?" Bellerose berkata lembut kepada Pakcik Han. Pakcik Han ialah pemandu yang digaji oleh daddy untuk mengambil dan menghantarnya ke sekolah sejak kecil lagi.

Dari dalam kereta dia mengerling pintu pagar belakang. Nafas lega dihela. Fuh, nasib baik tiada guru yang bertugas di pintu pagar belakang. Mungkin semua guru telah berkumpul di dewan.

Gadis itu melangkah keluar daripada kereta. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada mata-mata asing yang memerhati. Kaki pula laju mengatur langkah.

Memang nasib dia baik agaknya hari ini. Batang hidung cikgu-cikgu langsung tak kelihatan. Pak guard pun hilang entah ke mana.

"Nice." bisik Bellerose perlahan sambil tersenyum. Sekarang apa yang perlu dia lakukan adalah berjalan ke dewan dengan berhati-hati supaya tak terserempak dengan mana-mana guru.

Kalau terserempak, memang dia kena bersiap-sedialah tadah telinga dengar ceramah pagi-pagi buta. Isu ini juga pastinya akan menjadi buah mulut para pelajar.

Mahunya esok muncul gosip bertajuk 'Ahli SRC (Student Representative Council) ditangkap datang lewat pada hari pertama persekolahan'. Oh, sungguh memalukan. Lagi malang jika gosip itu sampai ke telinga guru disiplin. Kebarangkalian untuk dikenakan denda mengemas buku di perpustakaan selama seminggu amatlah tinggi.

Jam yang terlilit elok pada pergelangan tangan dikerling sekali lagi. Dah hampir 40 minit Bellerose terlewat. Hmm, memang salah dia kerana menonton Chinese drama sehingga pukul 4 pagi semalam. Memang inilah makan dia.

Otaknya ligat mencari cara untuk menyelinap masuk ke dalam dewan. Agaknya, kalau dia masuk ikut pintu belakang dewan, selamat tak?

Sedang ralit Bellerose berfikir, terasa beg galasnya ditarik ganas oleh seseorang dari arah belakang.

"Eh eh eh." Bellerose cuba mengimbangi badan yang hampir rebah. Dia mendengus geram. Manusia mana pula yang berani main tarik-tarik beg ni?

Bellerose berpusing, niat dihati mahu memaki kaw-kaw manusia yang menarik begnya. Namun belum sempat aku membuka mulut, niatnya terbatal tatkala melihat lelaki yang berdiri tegak dihadapannya.

"Lambat." kata lelaki itu sepatah dengan nada dingin. Namun sedikit pun gadis itu tidak gerun malah dengan beraninya dia mempamerkan senyuman manis. Sebab apa Bellerose tak takut? Sebab lelaki itu ialah Jeon Jungkook aka candy crush kesayangan Bellerose.

"Oh, Jungkook! Hai!" Bellerose melambai ceria.

Jeon Jungkook, ahli SRC yang paling aktif dan pastinya calon utama bagi jawatan Presiden SRC tahun ini. Wajahnya dingin dan amat jarang sekali dihiasi dengan senyuman. Kata-katanya pedas berbisa. Sekali dia menyembur kata-kata pedasnya, pasti hati terasa pedih seperti ditikam oleh sembilu. Memang boleh menyebabkan sesak nafas dan juga serangan jantung sehingga membawa maut.

"First day sekolah dah pandai datang lambat. Kau tahu tak yang kau ni ahli SRC? Daripada dulu sampai sekarang, kau memang tak pernah nak berubah. Apa alasan kau datang lambat hari ni, loceng?" Jungkook memandang Bellerose tajam. Berwibawa sungguh Jungkook menjalankan tugasnya. Memang tidak boleh langsung berkompromi.

(OG) CANDY CRUSH + jjkWhere stories live. Discover now