Pertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya.
"Saya sukakan awa...
Jungkook terjaga tatkala telefonnya berdering. Lelaki itu menggosok matanya yang masih kuyu. Tangannya mengapai telefon Nokia 3310 edisi pertama yang dihadiahkan oleh sang ayah sempena hari jadinya yang ke-17 tahun lepas. Jika Bellerose dihadiahkan Iphone X oleh Tuan Jung, Jungkook pula dihadiahkan Nokia 3310 oleh Encik Lee. Sungguh besar jurang kehidupan di antara Jungkook dan Bellerose.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Deringan alarm yang berbunyi kuat pada pukul 5.30 minit pagi dimatikan oleh Jeon Jungkook. Walaupun mungkin hanya dia sahaja yang menggunakan telefon jenis ini disekolahnya, dia tetap menghargai dan menyayangi telefon yang mungkin atau memang telah ketinggalan zaman itu.
Badannya direngangkan lalu dia melangkah ke dapur. Paip air dibuka lalu mukanya dibilas dengan air sejuk yang mengalir turun supaya lebih segar.
Jungkook mengeluh perlahan. Mukanya yang basah diraup. Perbualan di antara ibu bapa angkatnya masih terngiang-ngiang dalam kepala.
"Patut ke aku berhenti sekolah?" Jungkook menyoal diri sendiri perlahan. Mungkin jika dia berkorban pada kali ini, dia dapat meringankan beban Encik Lee dan Puan Lee. Setelah itu mungkin dia dapat melakukan kerja sambilan untuk membantu ibu dan ayahnya.
Tidak lama kemudian Jungkook menggelengkan kepalanya perlahan. Bukankah Puan Lee dan Encik Lee amat ingin melihat dia berjaya pada masa hadapan? Sanggupkah dia menghampakan dan mengkuburkan harapan ibu dan bapanya yang setinggi gunung? Mereka berdua telah banyak memberi dan berkorban apa sahaja buat dirinya walaupun dirinya bukanlah anak kandung.
Jungkook menutup matanya lama. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk menyuarakan hasrat hatinya dan mungkin dia patut berfikir dengan lebih matang.
Pintu peti sejuk dibuka lalu beberapa ekor ikan kering diambil. Bibirnya mengoyak senyuman tipis tatkala melihat ikan kering itu. Mindanya mula terfikirkan Bellerose. Suka benar gadis itu pada ikan kering ini walaupun gadis itu baru pertama kali mencubanya.
Dapur gas dinyalakan. Minyak yang sudah tersedia di dalam kuali dipanaskan. Lima ekor ikan kering yang dibelinya di pasar kelmarin dimasukkan ke dalam kuali lalu digoreng. Sementara menunggu ikan keringnya garing, Jungkook membasuh dua cawan beras di dalam periuk lalu ditanak di atas dapur gas memandangkan rumahnya tidak mempunyai periuk nasi elektrik seperti di rumah-rumah orang lain.
Puan Lee yang terjaga dek terdengar kebisingan dari arah dapur mula melangkah menghampiri Jungkook. Bahu anak tunggalnya yang sedang fokus menggoreng ikan masin ditepuk perlahan.
"Jungkook buat apa ni?" soal Puan Lee sambil menjenguk ke dalam kuali.
"Jungkook buatkan sarapan." balas Jungkook. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat si ibu yang berdiri di sisinya.
"Kenapa goreng ikan kering banyak sangat? Kita bertiga je yang nak makan." Puan Lee memandang wajah putih Jungkook.