CHAPTER 18

2.9K 391 133
                                    

"Perlahanlah sikit." kata Bellerose pada Soobin yang sedang memapahnya. Sudahlah buku lali kakinya bengkak, boleh pula Soobin berjalan laju macam masuk acara berjalan 4000 meter.

"Kau tu yang lambat." cebik Soobin. Balasan lelaki itu membuatkan Bellerose mengetap bibir. Kalau kaki dia tak terseliuh, memang kaki dia dah selamat landing dalam anak tekak Soobin.

Perjalanan untuk ke pintu pagar hadapan sekolah yang sepatutnya mengambil masa selama tiga minit sahaja telah berubah menjadi sepuluh minit. Bermandi peluh Bellerose dan Soobin dibuatnya.

"Bella, pemandu aku dah sampai. Kau nak tumpang?" soal Soobin setelah dia mendudukkan Bellerose di perhentian bas.

"Tak apa. Kau baliklah, aku nak call Pakcik Han." kata Bellerose menolak pelawaan Soobin. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket blazer sekolahnya.

Soobin hanya mengangguk. Setelah mengucapkan selamat tinggal, lelaki itu melangkah masuk ke dalam keretanya meninggalkan Bellerose sendirian. Kebanyakkan pelajar memang sudah pulang ke rumah kerana sudah lama waktu persekolahan tamat.

"Hello Pakcik Han." sapa Bellerose setelah panggilannya diangkat oleh Pakcik Han.

"Hello Bella. Bella, pakcik minta maaf sangat-sangat. Pakcik tak dapat nak ambil Bella hari ni. Pakcik terpaksa hantar daddy Bella ke Busan." tutur Pakcik Han dengan kesal. Tadi, tiba-tiba sahaja Tuan Jung terpaksa ke Busan kerana terpaksa menghaduri mesyuarat penting.

"Oh." Bellerose mengangguk walaupun Pakcik Han tidak dapat melihat.

"Mummy ada dekat rumah?" soal Bellerose lagi.

"Puan Ariel pun ikut Tuan Jung ke Busan." jawab Pakcik Han.

Mulut Bellerose memuncung. Dah kalau semua orang tak ada dekat rumah, dia nak balik dengan siapa? Dengan kakinya yang terseliuh lagi, takkanlah nak merangkak kut. Mahunya subuh esok baru sampai rumah.

"Oh, tak apalah kalau macam tu. Bye, pakcik." kata Bellerose lalu mematikan talian.

Kalau nak tunggu Pakcik Han dan ibu bapa dia balik, berjanggutlah dia. Mesti mereka semua pulang lewat malam. Mesyuarat Tuan Jung bukannya sejam dua.

Nak naik grab? Huh, aplikasi grabcar pun tak ada dalam telefon dia. Nak download? Tak apalah sebab nasib Bellerose terlampau malang kerana dia tidak melanggan mobile data. Kredit pun tinggal nyawa-nyawa ikan.

Bellerose mengeluh panjang. Dia memang dah tak ada pilihan selain berjalan kaki. Lantaklah sampai subuh esok pun, asalkan sampai rumah. Jangan dia tumbang separuh jalan sudahlah.

Dengan langkah yang terhincut-hincut, gadis itu melangkah dengan bersusah-payah.

"Kalau aku tahu, memang aku tumpang je Soobin tadi." bebel Bellerose. Dahinya berkerut menahan sakit tatkala kakinya yang terseliuh menginjak tanah.

•••

Jungkook memerhati Bellerose yang sedang melangkah dengan terhincut-hincut daripada jauh. Lelaki itu menggeleng kepalanya geram.

Kaki dah berbalut macam tu pun, ada hati lagi nak berjalan? Huh.

Lantas basikalnya dikayuh. Figura Bellerose yang sedang melangkah dihampiri.

"Loceng." panggilnya tatkala tiba disebelah gadis itu. Kayuhannya diperlahankan. Perlahan bak langkah Bellerose yang seperti kura-kura tunggu masa je nak mati.

Gadis itu memandangnya seketika lalu menjeling.

"Amboi." bisik Jungkook dalam hati. Jual mahal! Tak tahu ke yang shopee tengah buat promosi sekarang?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(OG) CANDY CRUSH + jjkWhere stories live. Discover now