Jungkook membuka pintu pagar rumahnya yang sudah nazak. Jika ditendang oleh budak-budak kampung yang nakal pasti dalam sekelip mata sahaja roboh menyebah bumi.
"Jungkook dah balik." katanya setelah membuka pintu rumah. Dahinya berkerut tatkala terdengar Encik Lee yang sedang batuk. Rasanya sudah sebulan ayah angkatnya itu mengalami batuk-batuk yang berterusan, dia ingatkan ayahnya sudah sembuh. Namun tidak.
"Ayah." sapa Jungkook lalu menghampiri Encik Lee. Belakang lelaki tua itu diusap lembut, cuba melegakan batuk lelaki tua itu.
"Tak hilang lagi ke batuk ayah? Dah sebulan ayah batuk." ujar Jungkook risau. Tangannya masih mengusap belakang badan Encik Lee. Bukan apa, dia takut. Dia takut jika batuk Encik Lee ini bukannya batuk biasa. Dia masih belum bersedia untuk kehilangan Encik Lee walaupun lelaki itu bukan ayah kandungnya. Rasa sayang dan kasihnya pada ayah dan ibunya tidak dapat dijual beli walaupun mereka bukan darah dagingnya.
"Esok lusa baik lah tu." kata Encik Lee dengan nada suara yang serak. Baru seketika reda, batuknya kembali menyerang. Tangannya mengusap dada sambil berdeham.
"Jomlah pergi hospital, ayah. Jungkook risau." Jungkook cuba memujuk ayahnya walaupun ini mungkin yang ke seratus kalinya. Encik Lee degil. Walaupun sudah dipujuk berkali-kali, lelaki itu tetap dengan keputusannya. Tidak mahu ke hospital.
"Tak payahlah ke hospital. Membazir. Nanti baiklah batuk ayah ni." Encik Lee masih tidak bersetuju dengan cadangan Jungkook. Dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia tidak mahu ke hospital. Dia melakukan ini untuk kebaikan Jungkook juga.
"Tapi ayah-" Jungkook masih cuba memujuk.
"Dah, ayah okay. Ayah tak apa-apa. Kamu jangan risau." Encik Lee memotong percakapan Jungkook sebelum sempat Jungkook menghabiskan kata-kata. Tangannya menepuk bahu Jeon Jungkook sebelum melangkah pergi dari ruang tamu.
Jungkook mengeluh. Encik Lee memang degil. Jika itu katanya, maka itulah. Dengan langkah lemah kakinya menuju ke bilik tidurnya lalu menghampiri meja belajar yang terletak di hujung dinding. Sebuah kotak yang berukuran 10cm×10cm di ambil.
Terdapat beberapa keping wang di dalam kotak itu lalu dikira. Keluhan lemah terlepas juga dari bibinya tatkala wang simpanannya hanya tinggal 3000 won (RM10) sahaja setelah dia membeli beberapa buku rujukan bulan lepas. Beberapa keping wang itu dimasukkan ke dalam poket seluar lalu dia melangkah keluar dari bilik tidurnya.
"Ibu, Jungkook nak keluar sekejap." beritahu Jungkook ketika terserempak dengan Puan Lee yang baru muncul daripada dapur.
"Jungkook baru balik. Nak keluar pergi mana pula, sayang?" tanya Puan Lee lembut. Beberapa ekor ikan kering goreng bersama semangkuk kimchi diletakkan di atas meja makan.
"Jungkook ada hal sekejap." balas Jungkook. Tangannya menggosok belakang lehernya. Ah, ibunya tidak boleh tahu yang dia mahu pergi ke farmasi. Pasti ibunya melarang jika dia mahu menggunakan wang simpanannya untuk membeli barang yang tidak berkaitan dengan hal pelajaran.
"Taknak makan dulu? Rezeki kita hari ni, Puan Yoo ada berikan beberapa ekor ikan kering." kata Puan Lee sambil tersenyum. Sungguh Puan Lee bersyukur kerana mempunyai jiran-jiran yang pemurah dan baik hati. Tidak teragak-agak menghulurkan bantuan ketika mereka memerlukan dan dalam kesusahan.
"Balik nanti Jungkook makan ya, ibu? Jungkook pergi dulu." pamit Jungkook. Basikal yang digunakan oleh ibunya untuk ke pasar dibawanya. Walaupun basikal itu mempunyai raga yang besar pada kedua-dua sisi basikal itu, dia tidak langsung berasa malu. Kadangkala ada juga suara-suara sumbang yang mengejeknya ketika dia menggunakan basikal itu, namun dia hanya menghiraukan ejekan dan hinaan itu. Dia tidak pernah malu dengan apa yang dia miliki.
YOU ARE READING
(OG) CANDY CRUSH + jjk
FanfictionPertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya. "Saya sukakan awa...